Sunday, December 27, 2009

Amalina ,hentikan 'gelek dangdut politik' mu !






kelulut@telokbakong.com
26.12.09



Jika diera awal 90an Malaysia artis Dangdut bernama Amalina berjaya menarik minat para pengemar muzik dangdut.Dengan suara dan gelek yang membuatkan peminatnya tergedik -gedik.

Kini nama Amalina kembali ngetop tetapi kali ini bukan Amalina dangdut .Bahkan Amalina ini adalah anak kepada Ulama sekaligus umarak negeri Kelantan.Nama penuh beliau Nik Amalina binti Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Bukan setakat anak ulamak beliau juga adalah isteri Abdul Ariffahmi Ab Rahman, ketua pegawai eksekutif PMBK, yang dipaksa meletakkan jawatan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Oktober lalu.

Amalina kini ngetop hinggakan tulisannya di blog Seri Suri dijadikan bukti sahih oleh Umno kononnya kerajaan kelantan didalam keadaan kucar kacir.

Kita tidak menafikan hak beliau untuk menulis. tetapi biarlah berfikir panjang Menteri Besar Kelantan adalah ayahanda beliau.Tindakan beliau mengulas isu yang diluar bidang keupayaan eloklah dielakkan.Bukan berlumba-lumba membuat kenyataan seperti semuanya mahu menunjukkan hebat berpolitik.

Dr Mahathir yang pernah jadi pemimpin nombor Malaysia dahulu ,tidak pula anak perempuannya membuat kenyataan berbaur politik .Kerana dia faham bapa beliau adalah PM ketika itu.Jika dia pun mahu menulis alamatnya imej bapanya akan turut tercalar.

Sebagai anak seorang ulamak , moleklah kiranya Amalina ambil jalan lain agar maruah suami dan bapanya terpelihara.Ada desas desus itu bukan tulisan dirinya sendiri mungkin tulisan orang lain yang menggunakan Binti TGNA.Itu mungkin persepsi yang sukar mahu dibuktikan .

Amalina pun sudah beberapa kali ditegur oleh Pas Pusat maka sewajarnya berhentilah 'bergelek dangdut politik' ini . Biarlah mereka yang menyelesaikan apa yang telah mereka mulakan.

Bukan niat mahu menyamakan antara dua Amalina kebetulan nama hampir serupa.Amalina penyanyi dangdut sudah bersara diarena seni hiburan.

Maka Puan Nik Amalina juga patut berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi gambaran negatif kepada Pas secara umum.Hentikanlah 'gelek tarian dangdut politik mu !

www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

Wednesday, December 23, 2009

KENYATAAN RASMI MENGENAI PERMASALAHAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KARIAH SELURUH NEGERI PERAK

Isnin, 21 Disember 2009
Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid adalah dilantik berdasarkan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 dan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 memperuntukkan bahawa :

Seksyen 93. (1)

Majlis boleh, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat peraturan-peraturan bagi –

(a) penubuhan Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid;

(b) menetapkan cara bagaimana anggota Jawatankuasa Kariah itu hendak dilantik; dan

(c) menetapkan fungsi-fungsi Jawatankuasa Kariah itu.



Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998 pula memperuntukkan bahawa :

Kaedah 3. (1)

Pegawai Tadbir Agama dan Penghulu setelah berunding dengan Orang Besar Jajahan, hendaklah mencadangkan kepada Majlis melalui Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, ahli Jawatankuasa Kariah bagi jawatan yang dinyatakan dalam subkaedah (2) (a) hingga (j) dalam Borang JK 1 Jadual Pertama.

Jabatan Agama Islam Perak telah menerima berbagai cadangan senarai Jawatankuasa Kariah bagi sesi 2009-2012 samada daripada pihak Ahli Jawatankuasa sedia ada, individu tertentu dan organisasi tertentu. Jabatan Agama Islam Perak tidak terikat untuk menerima pakai semua cadangan-cadangan tersebut walaupun ianya boleh dijadikan sebagai panduan bagi membuat pemilihan dalam urusan pelantikan. Di antara kelemahan yang didapati dari senarai yang dicadangkan adalah seperti berikut :

(a) Mengandungi beberapa nama mereka yang sudah meninggal dunia.

(b) Mengandungi beberapa nama yang tinggal di luar kariah.

(c) Tidak menepati kehendak undang-undang dari segi keanggotaan seperti tidak mempunyai wakil wanita, wakil belia, wakil surau dan wakil imam.

(d) Mengandungi beberapa nama yang dikenali tidak bermoral tinggi di kalangan masyarakat.



Oleh kerana tidak ada satu senaraipun yang menepati kehendak Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998, maka prosedur asal terpaksa digunakan bagi mengemukakan senarai nama kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Berdasarkan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998, Pegawai Tadbir Agama Daerah telah mengadakan perbincangan dengan Penghulu dan Orang Besar Jajahan bagi mengemukakan senarai nama cadangan Jawatankuasa Kariah bagi sesi 2009 – 2012 kepada Majlis.

Oleh kerana senarai yang dikemukakan oleh ketiga-tiga pihak ini berbeza dengan senarai yang dicadangkan oleh pihak yang memberikan cadangan awal tersebut, maka ianya dijadikan isu seolah-olah Pegawai Tadbir Agama berniat jahat membuat pindaan dan pertukaran daripada senarai asal yang pada hakikatnya tidakpun diperkenankan oleh pihak Majlis.

Apa yang pasti, pindaan yang dikatakan dilakukan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah adalah dilakukan dengan berdasarkan peruntukkan undang-undang dan dilakukan sebelum ianya dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan Persidangan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak. Tidak berlaku langsung apa yang didakwa sebagai pertukaran dibuat setelah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perak, sebagai Yang Dipertua Majlis memandangkan tidak ada pihak yang mengetahui senarai yang dikemukakan kepada Majlis melainkan pihak Jabatan Agama Islam Perak.

Adalah diharapkan agar semua pihak dapat berlapang dada dalam persoalan ini memandangkan jawatan Ahli Jawatankuasa Kariah ini adalah merupakan satu amanah yang besar dalam mengimarahkan rumah Allah, bukan merupakan satu kebanggaan yang menjadi rebutan di kalangan umat Islam.

Wallhu A’lam.

Tuesday, December 22, 2009

Haji Hadi semakin bercelaru..



Dari Blog Penjual UBat


PAS sedia bekerjasama dengan UMNO untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang.

PAS tidak pernah bermusuhan dengan UMNO, sebaliknya hanya berbeza pendapat didalam sesetengah isu, terdapat beberapa perkara dalam PAS yang sama dengan UMNO dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama. “Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik,” katanya lagi ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Tak pernah bermusuh? Hanya berbeza pendapat didalam sesetengah isu sahaja? Beberapa perkara dalam PAS sama dengan UMNO? Celaru..celaru..kalau macam tu, yang ini sudah jadi apa sekarang?

“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

Sekarang tengok..UMNO mula ambil kesempatan..

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mencatat sejarah kerana buat pertama kali Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa menghadirinya.

“Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.

“UMNO tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja,” katanya.

http://penjualubat.wordpress.com/2009/12/22/haji-hadi-semakin-bercelaru/

Sunday, December 20, 2009

Pakatan Rakyat : Keyakinan Kepada Rakyat



Konvensyen pertama Pakatan Rakyat yang julung julung kali dia adakan telah berlabuh sudah.Muncul satu dasar yang amat menyakinkan kita sebagai rakyat Malaysia.Pakatan Rakyat muncul di tengah-tengah serangan bertali arus dari regim Najib.

Maka muncul lah berita Pemuda Pas Kelantan mendesak Ariffahmi meletak jawatan segera sebagai tajuk utama akbar pro BN berbanding sejarah besar negara kita Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat cuba perlekehkan sebagai berita picisan.

Harapan menggunung rakyat agar perlaksanaan Dasar Pakatan Rakyat dapat berjalan dengan lancar tanpa terlalu banyak kesilapan lalu iaitu selepas era PRU 12.Bagaimanakah dasar ini akan dapat berfungsi sepenuhnya?Tiada caralah lain melainkan memberi peluang kepada PR mentadbir negara ini dalam PRU 13.

Mahu tidak mahu kita harus beralih kepada PR dari BN.Perkiraannya mudah.

APE DIRONJANG DI BAWAH BN KALAU HIDUP KITA MAKIN HARI MAKIN PAYAH,APA SALAH KITA NUKOR KE PR MUNGKIN NASIB KITA LEBIH BAIK.KALAU PR MERAGAM JUGE KITA SUSAH LER JUGA TAPI SAMA LER MACAM SEKARANG JUGEkKAN.TAPI TEMAN YAKIN PR BERHAJAT BENOR NAK NOLONG KITA....SETAKAT NI NAMPAK PEMIMPIN UTAMA JER...YANG PEMIMPIN BAWAHAN TU JANGAN PERASAN PULAK.KALAU KOME TAK MENJIWAI DASAR INI APAH TAK GUNENYE.

Keutamaan adalah rakyat.Laporan Audit negara memberi gambaran positif cara pentadbiran negeri di bawah PR.Buat BN usah ler gatai2 nak GST ler,takrif baru api ler,koje merepek mereban aje kome buat.

Friday, December 11, 2009

Penyerahan Sedekah dari Dermawan Kuala Lumpur untuk warga Telok Bakong

wargatbo@telokbakong.com




Pada 10/12/2009 yang lalu, penulis yang bercuti di Kampung Telok Bakong telah berkesempatan menyampaikan "sedekah" dari seorang hartawan/dermawan dari Bandaraya Kuala Lumpur kepada warga Telok Bakong yang amat memerlukan sedikit sumbangan demi kelangsungan hidup mereka. Sejumlah RM 1,000 telah diagihkan kepada beberapa orang warga Telok Bakong dan seorang warga Lambor Kanan. Siri kembara TBO ini adalah kesinambungan Ramadhan bersama Telok Bakong Online (TBO).

Ramadahan 1429 Hijrah dan 1430 Hijrah sebelum ini Telok Bakong Online (TBO) telah membuat kutipan sedekah dan diagihkan kepada mereka yang berkenaan dan pada kali ini diberi kepada warga Telok Bakong yang tidak dapat menerima sedekah tersebut pada Ramadhan yang lepas kerana kekurangan jumlah wang. Doakan agar para dermawan akan terus memberi sumbangan secara berterusan dan TBO pula akan terus iltizam dengan kerja-kerja kebajikan untuk warga Telok Bakong dan kawasan sekitarnya.

Saat yang amat memilukan ialah apabila menyerahkan sedekah berkenaan kepada balu Encik Ya Kedah (berasal dari Langkawi) melihat keadaan rumah beliau yang amat uzur dan perlukan tindakan segera dari pihak yang berkenaan. Lihatlah dipenghujung klip video ini,Telok Bakong Online (TBO) berharap dan mendoakan agar tindakan dengan kadar segera dapat diambil untuk membaiki rumah Makcik Minah yang uzur. Keadaan kesihatan Makcik Minah pun tidak memuaskan selepas kematian suami dan diserang "stroke". Kebetulan mak cik minah pula baru sahaja "discharge" dari Hospital Changkat Melintang kerana rawatan susulan selepas diserang "stroke". Semoga warga Telok Bakong akan lebih perhatin akan nasib jiran yang perlukan perhatian dari kita.

Semoga ada manfaatnya kembara TBO kali ini.

Sunday, November 29, 2009

nik Abduh pula diperbodohkan...




Saya Mohamad Shah berasal daripada Dungun Terengganu, bekas anak tahanan ISA 1984, amat tidak senang dengan berita yang disiarkan oleh Malaysiakini tentang penyataan berikut: "Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan," tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya

"Jika tidak, saya akan memanggilnya, 'Wahai si bodoh!'," tulis Nik Abduh Nik Aziz yang juga exco Dewan Pemuda PAS pusat.

Dalam keadaan orang orang Islam dan perjuangan Islam diserang dari segenap penjuru sama ada di negeri Kelantan Malaysia malah dunia, masih adakah orang seperti Nik Abduh, seorang anak ulama besar yang disanjung mengatakan jika seseorang yang meminta bapanya tidak meletakkan jawatan.

Wahai Nik Abduh. Ustaz Nik Aziz itu bukan hak tuan, dia hanya dipinjamkan Allah dilahirkan ke dunia untuk memimpin dan pemimpin bagi umat manusia sama ada Islam atau bukan Islam di atas muka bumi ini. Cuma Ustaz Nik Aziz adalah perantara di alam istillah sunatullah.

Selepas Nabi Besar Muhammad wafat, di sambung oleh para sahabat diikuti para ambia dan berbetulan Ustaz Nik Aziz itu seorang alim, warak serta berpandukan al Quran, Hadis Nabi maka dia adalah hak umat manusia. Bukan hak Nik Abduh sahaja.

Apakah Nik Abduh bersedia apabila dipadang mashyar kelak untuk menjawab bahawa dia adalah penghalang umat Islam meminta Ustaz Nik Aziz berkhidmat untuk umat Islam dan manusia.

Kalau Ustaz Nik Aziz selalu mengambil pengiktibaran daripada kisah Rasullah, adakah di zaman Rasullah anak-anak Baginda melarang Rasullah meneruskan penyebaran dan penyampaian Islam kepada manusia?

Tak pernah pula saya terbaca anak Rasullah melarang ayahnya meneruskan Baginda menyampaikan Islam semasa Baginda sakit. Adalah baik Nik Abduh mengambil pengiktibaran daripada seorang Imam di Kampung Sura Tengah Dungun, Arwah Imam Haji Razali apabila ditanya oleh anaknya,

"Ayah sampai bila ayah akan menjadi imam sedangkan ayah dah tua dan sakit" apakah jawapan seorang imam yang tidak bertaraf ustaz dan ulama kepada anaknya, "Ayah akan terus menjadi Imam sehingga ayah mati"

Apakah pengiktibaran yang Allah berikan kepada umat Islam dikampung itu
Imam Haji Razali sempat mengimamkan solat Jumaat terakhir dalam hidupnya dan sebelum beliau meninggal dunia ini pun beliau meneruskan solat walaupun berada di katil hospital.

Oleh itu perkataan "Bodoh" atau tidak cerdik yang diguna pakai oleh Nik Abduh adalah perkataan orang yang tidak cerdik tentang perhitungan hidup mati, ketuhanan dan Islam. Perlu di ingat Nik Aziz hebat bukan kerana nama dia Nik Aziz, tetapi kerana perjuangan, pengucapan, cara hidup, amal ibadatnya mengikut Islam. Mereka yang bakal meminta Ustaz Nik Aziz meneruskan khidmatnya bukannya "Bodoh" tetapi mereka yang bakal meminta Nik Aziz meneruskan khidmatnya adalah mereka yang cerdik serta berpandangan jauh dalam meneruskan perjuangan Islam serta menyambung seruan Rasulullah saw.

Yang demikian Nik Abduh jangan bongkak, kerana sejarah menunjukan anak isteri para nabi ada yang menentang seruan Allah, jangan sampai Nik Abduh tergolong di kalangan mereka itu.

Sekian terima kasih - Mohd Shah (Detikdaily)

Wednesday, November 25, 2009

Cerita Sebenar Mengapa Hasan Ali Lawan SELCAT





Nota Editor: Ini adalah surat dari seorang yang menggelarkan dirinya “Veteran PAS dalam JKR”. Beliau tampak marah dengan saya kerana tidak melaporkan sebab sebenar Dato Hasan menentang SELCAT. Sebagai jawapan kepada kemarahan beliau, izinkan saya membaca sebuah pantun:
Buah Cempedak Di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Saya Budak Baru Belajar
Kalau Salah Tolong Tunjukkan

(Bermula) Aku dok perati semua tulisan kao pasal SELCAT dan Hasan Ali. Dan aku dok tunggu kao sebut sebab paling utama Hasan Ali pertahan DO2 dan ADO2 ni, tapi tak keluar2. Jadi, ni aku nak bagitau kao sebab apa yang Hasan Ali takut sangat DO2 ni kena belasah dalam SELCAT.

Aku ni dah masuk PAS sejak zaman Asri lagi dan aku dah lama sangat dalam PAS ni walaupun aku kerja JKR. Kalau kao rasa kao masuk PAS zaman Yusuf Rawa tu hebat, aku rasa aku lagi hebat. Sebab tu aku rasa pandangan aku lagi mendalam dari pandangan kau. Jadi, aku mintak kau terbitkan surat aku ni. Biar semua orang tau.

Hasan Ali kena tunjuk kat DO2 dan ADO2 ni yang dia bukan di sebelah SELCAT tapi disebelah mereka. Sebabnya para DO2 dan ADO2 ni penting untuk perancangan Hasan Ali dan geng2 yang sekutu dengannya. Geng apa tu? Geng Perpaduang la, geng apa lagi.
Aku dah dengar Geng Perpaduang ni bekerja sama dengan Task Force 2010 untuk tengok PAS dan UMNO duduk dalam satu Barisan pada tahun 2010 nanti.

Jadi, Hasan Ali diberi tugas untuk menjinakkan para YDP2 dan pimpinan2 Negeri Selangor supaya Negeri Selangor ni solid belakang dia.
Cara terbaik adalah menggunakan khidmat DO2 dan ADO2 ini untuk memberi projek dan kontrak pada YDP2 dan pimpinan2 di peringkat akar umbi. Aku duduk dalam JKR aku tau la.

Sebab tu kau tengok masa mesyuarat Perhubungan Negeri, majoriti YDP2 ni dah jadi macam lembu kenyang. Senyap je. Tunduk je. Apa si Hasan Ali tu nak kelentong semua diorang telan macam telan racun lalang. Semua tak berani lawan, semua tak berani nak bantah sebab semua dah kena beli. Semua dah kena jinak.

Kau tengok Pemuda Selangor pun sama. Baru pegang jawatan dalam Pemuda Negeri, dah tukar kereta dari WAJA ke Mercedes. Mana dia dapat duit?

Pemuda Selangor ni semua dah kena beli jugak. Semua dah jadi macam lembu kena tarik hidung. Apa Hasan Ali nak semua diorang turut. Masa Khalid kena serang isu kepala Lembu, Pemuda PAS Selangor ni macam tak wujud. Tak dengar satu benda pun dari Pemuda PAS Selangor. Al maklumlah, dah jadi lembu kenyang. Duduk je la tunggu kena sembelih.
Jadi, bila Teng serang DO2 ni, diorang dah nak mogok. Tak nak dah bagi projek kat YDP2 PAS kat Selangor . Tu yang Hasan Ali melenting tu. Kalau projek stop, habislah dia. Semua YDP2 ni nanti berani lah balik memberontak lawan dia. Dah lah dia ni sejak awal memang tak popular.

(Nota Editor: Patutlah Hasan Ali berbangga sangat. Dalam recording dengan blogger UMNO, dia kata lebih 60% PAS Selangor memberi sokongan padu pada dia).

Bagi aku, 70% YDP dan AJK2 PAS Kawasan kat Selangor ni mesti ditukar dan ditukar sekarang. Semua dah kena bagi makan nasi kangkang Hasan Ali. Semua dah jadi Lembu Kenyang tunggu nak kena sembelih. Kalau tak mula bersih diorang ni, alamat dalam 2-3 tahun PAS akan jadi sebijik macam UMNO.

Aku paham sangat la sebab apa si Mustafa Ali tu sokong sangat Hasan Ali. Pertahan macam tak mau. Sebab kalau Hasan Ali kena tendang dari PJ, segala perancangan Task Force 2010 ni akan gagal. Macamana nak jinak orang-orang yang diperlukan untuk menyokong usaha diorang nak bawak PAS tubuh kerajaan dengan UMNO?

Aku bagi warning pada semua YDP2 PAS dalam Selangor ni. Kalau korang tak mula bangkit dan bertindak cara yang korang diamanahkan bertindak, aku akan stat serah dokumen pada Tulang Besi dan dedah siapa YDP2 yang kuat makan projek.
Cuba tengok lah masa Mesyuarat Perhubungan Khas SELCAT tu. YDP mana yang kuat berkokok sokong Hasan Ali, tu adalah antara calon-calon jelas YDP yang telah menjadi Lembu Kenyang.

Hasan Ali ni memalukan PAS. Kata jadi Exco Kemudahan Awam, tapi buat kerja macam taik. Mesyuarat dengan dia macam duduk dalam karaoke. Buang masa. Dia ni kerja dia melalut je, bukan tahu ape bende pun. Harap nama je sedap, tapi buat kerja hampeh. Baik lagi Fatah Iskandar dulu. Bila mesyuarat dengan Fatah dulu, banyak masaalah selesai. Bila mesyuarat dengan Hasan Ali, bukan nak selesai masaalah tapi masaalah lagi bertambah-tambah.

Tu lah setakat ni. Tulang Besi, kau ni kira baru lagi dalam PAS banding aku. Kau terima lah nasihat aku ni. Kau kena belajar banyak lagi pasal seni politik ni. Dalam politik, lagi banyak yang tersirat dari yang tersurat.

Veteran PAS dalam JKR

(NOTA EDITOR: Terpulang pada Saudara/ri pembaca untuk membuat penilaian sendiri tapi dibawah ini dibawa satu komen dari pembaca Malaysiawaves:

"Anonymous said...

TB,
Perancangan Task Force 2010 diSelangor sebagai mana dilaporkan tu memang nampak sehingga begitu ramai YDP-YDP Kawasan diSelangor dan ketua-ketua dewan menjadi "bisu dan kaku" kerana diumpan dengan "projek-projek".Maklumlah,selama ini tak pernah merasa projek,tiba-tiba "bulan jatuh keriba".Maka itulah sebabnya tak begitu ramai yang "berani"menentang Hassan Ali.Mereka ini tidak sadar siapa dibelakang Hassan Ali.Hanya beberapa orang saja diSelangor yang punya keberanian dan mereka telah pun dihukum oleh Hassan Ali.Yang menentang Hassan Ali tidak mendapat sokongan dari pihak-pihak yang sudah "kenyang" ni.Setakad ini,munkin Task Force 2010 telah kecewa diKelantan tapi mereka berjaya diSelangor.

Bercakap tentang Task Force 2010 ini,terdapat 5-6 orang diperingkat PAS Pusat yang telah "termakan budi" agensi ini.Kita boleh melihat cara mereka "termakan budi" dengan gaya-hidup mereka - mewah,kereta besar,rumah macam istana,selalu keluar negeri dan senang menghulurkan dana jika untuk projek mereka.Ana tak mau menamakan mereka - carilah sendiri.
November 24, 2009 10:32 PM "

Tulang Besi

http://www.malaysiawaves.com/2009/11/cerita-sebenar-mengapa-hasan-ali-lawan.html

OKU hilang telah dijumpai




Terkini,anak Cikgu Sabri yang dilaporkan hilang pada 21hb Nov dahulu,telah dijumpai semula ditanah perkuburan dihadapan rumahnya.Beliau dijumpai dalam keadaan lemah dan akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Diharap penduduk tidak membuat sebarang andaian yang boleh merosakkan akidah,berhubung dengan peristiwa ini.-msinc

Nota dari webmaster

Chat webmaster dengan waris yang berkenaan

3 Dec 09, 22:48
cah: kirenye 4 ari dia ilang,mcm2 spekulasi yg org buat.ape yg keme tau mknye kt dia kuo ikut pago blakang yg xponah di bukak dan xde tande kene bukak.allah maha mengetahui.
3 Dec 09, 22:47
we dasan: ok cah nanti aye betuikan tenkiu
3 Dec 09, 22:46
cah: mak su yoon kt ms sembahyang bacaan fatihahnya pun udah lanco ngan dengungnye pun betoi..ade hikmah dia ilang.ktnye dia g tempat tinggi.g mane xtau le.
3 Dec 09, 22:45
cah: ade le g nyengok die kat umhnye ms ry aji t.dh pulih le tp percy x dia mcm udh xmcm dlu.slalu ngulur tngan xpndang muke ngan xbrckap.tp ms dtg elok dia brckap ngan renung muke.
3 Dec 09, 22:42
cah: we, salam ape abo??lame xjoint bsl,ate cebetoikn fakta ank mksu yoon jumpe kat blakang rmh pakcik pin jiran deme,dlm kebun doyan ngan getah.dpn romah mn ade kubo,ade jln raye ngan bendang.

Monday, November 23, 2009

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan SPR kosongkan Kerusi Kota Siputeh

SPR gagal tangguh perintah kosongkan Kota Siputeh
Nov 23, 09 3:30pm



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu.

Suruhanjaya itu bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.

Isnin lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.



Dalam keputusannya, hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya dalam penghakimannya.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) telah menepati syarat tersebut," kata hakim itu lagi ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Speaker DUN itu memfailkan semakan berkenaan pada 1 Oktober, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

http://www.malaysiakini.com/news/118117

Seorang OKU Hilang di Telok Bakong

msinc@Telokbakong.com

Seorang warga Telok Bakong telah didapati hilang sejak dari hari Sabtu 20hb Nov. Beliau lebih dikenali sebagai 'Amir' itu adalah anak kepada Cikgu Sabri.Kehilangan OKU ini hanya disedari oleh keluarganya pada 4pm 20hb sekembalinya mereka dari Ipoh.Sehinga kini usaha mencari masih diteruskan dgn bantuan RELA,Pertahanan Awam,JPS dan penduduk tempatan.

Usaha mencari beliau masih diteruskan dan kerjasama dari penduduk setempat amat mengalakkan. Orang ramai diseru untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada berjumpa dengan saudara Amir ini.TBO akan berusaha menyiarkan photo beliau-msinc<

Linkwithin