Tuesday, December 22, 2009
Haji Hadi semakin bercelaru..
Dari Blog Penjual UBat
PAS sedia bekerjasama dengan UMNO untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang.
PAS tidak pernah bermusuhan dengan UMNO, sebaliknya hanya berbeza pendapat didalam sesetengah isu, terdapat beberapa perkara dalam PAS yang sama dengan UMNO dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama. “Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik,” katanya lagi ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Tak pernah bermusuh? Hanya berbeza pendapat didalam sesetengah isu sahaja? Beberapa perkara dalam PAS sama dengan UMNO? Celaru..celaru..kalau macam tu, yang ini sudah jadi apa sekarang?
“Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”
Sekarang tengok..UMNO mula ambil kesempatan..
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mencatat sejarah kerana buat pertama kali Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa menghadirinya.
“Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.
“UMNO tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja,” katanya.
http://penjualubat.wordpress.com/2009/12/22/haji-hadi-semakin-bercelaru/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
EGM!
Post a Comment