Monday, November 19, 2012

Majlis Sumbangan Derma Kepada Warga Miskin Oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim Berjaya.

                            Ustaz Zul disamping Makcik Mah

                  Pada Ahad 18 hb November ,Ustaz Zulkifli Ibrahim telah menyempurnakan upacara penyampaian derma kepada warga miskin,Orang Kurang Upaya dan Warga Emas di Kampung Telok Bakong.seramai 20 orang dari penduduk Padang Marhum,Telok Bakong dan Kg Paloh telah disaring dengan teliti sebelum tersenarai dalam calun penerima.Aturcara bermula pada pukul 9.30 pagi.Ustaz Zul telah diiringi oleh wakil wakil dari Parti Keadilan Cabang Telok Bakong dan wakil wakil dari Telok Bakong Online ( TBO ).

                   Ustaz Zul berjumpa kembali rakan sepermainan Encik Shamsuddin

                     Berbincang Mengenai Masalah Negara

                 Aturcara dijalankan merangkumi penyampai derma,penerangan dan pencerahan kepada rakyat dan juga pemerhatian kepada kesihatan dan kediaman warga tersebut.Segala butiran peribadi penerima sumbangan telah mendapat perhatian yang teliti oleh Ustaz Zulkifli.Setelah menganalisa semua keadaan,beberapa aktivi akan dirancang berdasarkan keperluan oleh penduduk ini.Antaranya ialah Kempen Gotong Royong Membaiki Rumah Kediaman dan Kempen Penjagaan Kesihatan.

                Menyantuni Dua Orang Warga Emas Yang Menerima Sumbangan

                  Sesunguhnya acara yang ringkas ini adalah amat penting bagi mengenalpasti kesusahan dan permasalahan rakyat yang tidak begitu dihiraukan oleh kerajaan UMNO/BN.Slogan Pakatan Rakyat iaitu "Negara Berkebajikan" sememangnya bertepatan untuk membantu permaslahan rakyat yang terakibat dari pemerintahan berkroni dan korap  kerajaan UMNO/BN.Pakatan Rakyat sedarlah..masih banyak kerja kerja pemulihan yang perlu dijalankan..bekerjalah bersungguh sungguh dan beramanah...

                                   Warga Emas Yang Sedang Uzur Dipimpin Oleh Tim TBO

Ada Sumur Di Ladang,
Boleh Kami Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Bolehlah Kami Bertandang Lagi.

TEAM TBO MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMAKASIH KEPADA USTAZ ZULKIFLI
DIATAS SEGALA SUMBANGAN BELIAU.SEMOGA ALLAH MEMBALASNYA DENGAN
JUTAAN KERAHMATAN.

No comments:

Linkwithin