Semalam telah berlangsung majlis BBQ bersama Orang Orang Muda Telok Bakong.Majlis yang dianjurkan penuh oleh Encik Zaharin dan rakan rakan nya itu telah mendapat respon yang amat baik dari golongan Muda.Seawal petang lagi anak anak muda telah bertungkus lumus untuk mengadakan persiapan yang seadanya untuk majlis berkenaan.Kerjasama yang ditunjukkan oleh mereka amat membanggakan.Andaikan jikalau sokongan dan usaha gigih anak muda ini digembelengkan semasa PRU nanti?.
Seperti kita ketahui isu anak muda sentiasa dihebohkan di media media arus perdana.Tiada satu langkah yang berkesan yang dilakukan.Ada program UMNO yang merekrut anak anak muda ini yang mereka istilahkan sebagai mat rempit.Rupa rupanya orang muda ini UMNO gunakan untuk menjadi samseng jalan,pengacau dan pelontar cat.Ini boleh dilihat dimana mana ceramah Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia.Kalau di Perak ni kawasan DUN Sungai Rapat pegang tempat nombor satu.Memang cenggil pemimpin ni.Tak pe lagi kamu buat ..lagi rakyat getik dan chemus..
Orang muda sudah bosan dengan pemberian imej yang sedemikian.Oleh itu mereka telah berubah untuk memberikan sokongan yang penuh kepada Pakatan Rakyat untuk menawan PutraJaya.Majlis BBQ yang dianjurkan oleh orang Muda semalam membuktikan kata kata berkenaan.sesungguhnya mereka bersedia berkorban tenaga dan pemikiran mereka bagi mempastikan UMNO akan terus ditanam di Pilihan Raya Umum ke 13.
Majlis BBQ ini telah dipengerusikan oleh Encik Ramli iaitu Pemangku Pengarah Pilihan Raya DUN Bota.Doa selamat telah dibacakan oleh Calon PKR Dun Bota iaitu Ustaz Zulkifli Ibrahim.Majlis makan dijalankan sambil tayangan video dipertontonkan.Kemudiannya persembahan secara unplugged oleh Kumpulan Libang Libu sebanyak 3 buah lagu dan diakhiri oleh tayangan slaid oleh Encik Raei yang bertajuk "Anak Muda dan Melayu".
Sebenarnya anak muda adalah suatu entiti yang berfikiran positif dan progresif.Mereka ini adalah gigih dan tidak pernah kenal erti jemu untuk mengejar kemajuaan.Apa yang mereka perlukan sedikit panduan dan dorongan dari golongan yang lebih tua.Disinilah letaknya peranan besar kerajaan yang baik agar dapat menentukan halatuju anak anak muda.Apakah yang kita boleh harapkan dari kerajaan korap yang sudah memerintah selama 55 tahun.Adakah nasib anak muda ini akan berubah sekiranya kerajaan ini diberi peluang lagi?.Cukuplah 55 tahun,biar kerajaan baru pula yang bekerja.Anak anak Muda menaruh harapan kepada Kerajaan baru.Kerajaan Pakaran Rakyat.Negara Berkebajikan yang akan memelihara kepentingan semua golongan.
HIDUP....HIDUP...HIDUP ANAK MUDA....LAWAN....LAWAN...LAWAN ANAK MUDA MENENTANG KEBATHILAN.....
Msinc- Tersangat hormat kepada semangat dan keazaman anak anak muda Telok Bakong menentang penindasan dan pemerasan.Kalau ada rezeki TBO akan support jamuan anak muda..insyAllah..
Seperti kita ketahui isu anak muda sentiasa dihebohkan di media media arus perdana.Tiada satu langkah yang berkesan yang dilakukan.Ada program UMNO yang merekrut anak anak muda ini yang mereka istilahkan sebagai mat rempit.Rupa rupanya orang muda ini UMNO gunakan untuk menjadi samseng jalan,pengacau dan pelontar cat.Ini boleh dilihat dimana mana ceramah Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia.Kalau di Perak ni kawasan DUN Sungai Rapat pegang tempat nombor satu.Memang cenggil pemimpin ni.Tak pe lagi kamu buat ..lagi rakyat getik dan chemus..
Orang muda sudah bosan dengan pemberian imej yang sedemikian.Oleh itu mereka telah berubah untuk memberikan sokongan yang penuh kepada Pakatan Rakyat untuk menawan PutraJaya.Majlis BBQ yang dianjurkan oleh orang Muda semalam membuktikan kata kata berkenaan.sesungguhnya mereka bersedia berkorban tenaga dan pemikiran mereka bagi mempastikan UMNO akan terus ditanam di Pilihan Raya Umum ke 13.
Majlis BBQ ini telah dipengerusikan oleh Encik Ramli iaitu Pemangku Pengarah Pilihan Raya DUN Bota.Doa selamat telah dibacakan oleh Calon PKR Dun Bota iaitu Ustaz Zulkifli Ibrahim.Majlis makan dijalankan sambil tayangan video dipertontonkan.Kemudiannya persembahan secara unplugged oleh Kumpulan Libang Libu sebanyak 3 buah lagu dan diakhiri oleh tayangan slaid oleh Encik Raei yang bertajuk "Anak Muda dan Melayu".
HIDUP....HIDUP...HIDUP ANAK MUDA....LAWAN....LAWAN...LAWAN ANAK MUDA MENENTANG KEBATHILAN.....
Msinc- Tersangat hormat kepada semangat dan keazaman anak anak muda Telok Bakong menentang penindasan dan pemerasan.Kalau ada rezeki TBO akan support jamuan anak muda..insyAllah..
5 comments:
linagng libu, angat pijo ,,, wakaka terbaik bro
saloh eje le pulok ishhhhh
libang libu angat pijo,, terbaekkk bro.. wakaka
abis le umno lepas ni ebrkubur le..anak2 muda udah ramai sokong pr heheheh
semestinya...kita doakan umno terkubur..tapi kita doakan juga pengikut2 nya meninggalkan perjuangan umno dan mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat..amin..
idea liabang libu angat pijo tu terjadi secara kebetulan...pada malam tu kumpulan libang libu buat persembahan..oleh kerana ada masalah teknikal sikit..kump tu bermula lambat..penonton tertunggu tunggu..so ada penonton yang berteriak.."Kami udah libang libu angat pijo nunggu nye"..jadi dari laungan itu ler dapat idea untuk tajuk artikel ini..ha..ha..harap semua paham maksud nye...suatu keadaan yang resah,tak tentu hala,runsing yang amat sangat..tq..hi..hi..
Post a Comment