Peristiwa Hitam Di Memali
Oleh: ZULKIFILI YAHAYA
Di tengah-tengah isu kenaikan harga barang dalam negara dan kebangkitan
rakyat Arab di luar negara tiba-tiba muncul isu Tabung Memali yang
kononnya diselewengkan. Ia semacam anti klimaks, membangkitkan isu lapuk
yang telah selesai dan berkubur lebih 10 tahun lalu.
Tetapi
biasalah BN, Utusan Malaysia dan RTM di saat ketandusan isu, mereka jadi
lalat dan langau akan menyelongkar setiap tong sampah dan jamban untuk
mencari bahan busuk yang boleh dijadikan isu bagi memperbodohkan
kalangan rakyat yang kurang cerdik agar mempercayai propaganda mereka.
Maka terus kekallah sokongan terhadap BN bermodalkan bara fitnah yang
dinyalakan saban waktu.
Halal atau haram membuat fitnah bukan
persoalan mereka kerana tiada perhitungan kematian, alam barzakh,
akhirat, syurga atau neraka. Yang penting bagi mereka ialah berusaha
mengekalkan kuasa BN melalui apa cara sekalipun kira-kira sampai
turunnya Dajal.
Media-media talibarut BN ghairah membangkitkan isu
tabung Memali kerana sedar bahawa ramai pemimpin PAS yang terlibat dalam
kepimpinan PAS Kedah sewaktu peristiwa berdarah Memali dan sejurus
selepasnya telah pergi untuk selamanya. Mereka tidak mungkin bangun
membela diri untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
Antaranya Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Azahari Razak, Ustaz Abd Wahab
Sulaiman, Cikgu Mustafa Long, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Ustaz Suhaimi
Ahmad dan ramai lagi. Fitnah oleh media talibarut BN ini dipanjangkan ke
medan maya.
Puteri Umno yang sebahagian besar ahlinya belum
melihat dunia sewaktu berlakunya peristiwa Memali turut memanjang fitnah
isu tabung Memali dalam platform maya mereka. Mereka sama sekali tidak
tahu bahawa peristiwa Memali adalah simbol kezaliman BN, menjadi
‘pembela’ kepada balu-balu dan anak mangsa Memali. Begitu jugalah
umumnya generasi muda hari ini, tidak begitu memahami akan peristiwa
Memali.
Maka ada baiknya kalau sebelum penjelasan mengenai
tabung Memali dibuat, elok gambaran sebenar mengenai peristiwa Memali
itu diperjelaskan terlebih dahulu kepada generasi terbaharu hari ini.
Peristiwa Berdarah Memali berlaku pada 19 November 1985 di sebuah
perkampungan bernama Mali, Mukim Siong, Baling. Pertukaran nama Mali ke
Memali dibuat oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Musa Hitam dan
nama itu terus popular hingga ke hari ini. Peristiwa itu berlaku
bermula dari tindakan nekad pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri
untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya mengikut Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) kerana ceramah-ceramahnya yang dianggap menggugat
keselamatan (menggugat ‘keselamatan’ politik BN?). Ustaz Ibrahim enggan
menyerah diri dan bertegas jika pihak polis mahu mengambilnya maka
ambillah mayatnya sahaja. Musa Hitam telah menghantar satu ketumbukan
polis yang luar biasa kekuatan dan jumlahnya untuk menangkap Ustaz
Ibrahim. Berlakulah apa yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai
“massacre” atau pembunuhan beramai-ramai terhadap Ustaz Ibrahim dan
pengikutnya di Memali. 14 orang kampung mati diserang, manakala empat
anggota polis terbunuh.
Musa Hitam adalah Timbalan Perdana
Menteri dan Timbalan Presiden Umno, manakala Ustaz Ibrahim adalah
seorang aktivis PAS maka apa yang dilakukan oleh Musa Hitam itu adalah
tindakan politik untuk menyekat kemaraan politik PAS. Kerajaan mempunyai
1001 langkah untuk menangkap Ustaz Ibrahim tanpa melalui pertumpahan
darah tetapi mereka sengaja memilih tindakan yang ganas dan rakus
terhadap orang kampung yang lemah.
Tindakan yang dilakukan oleh
kerajaan Malaysia itu lebih zalim dari isu kematian Teoh Beng Hock,
tetapi oleh kerana pada itu pembangkang tidak mempunyai kekuatan maka
mangsa kezaliman Memali dan PAS dibuli semahu-mahunya oleh kerajaan
Malaysia dan jentera propaganda mereka. Pihak yang terbabit dicop
sebagai penjenayah, Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan dituduh sebagai
pengamal ajaran sesat, ilmu kebal dan sebagainya. Ekoran serangan
berterusan oleh jentera propaganda BN dan saluran media kedua belum
wujud di Malaysia, maka imej PAS menjadi buruk. Akibatnya pada
pilihanraya umum 1986, PAS hanya menang satu kerusi di Parlimen
Pengkalan Chepa
sumber dari facebook
2 comments:
SAYA MAHU PERISTIWA INI DIHEBAHKAN DALAM VERSI YANG BETUL TIDAK KIRA SIAPA YANG BETUL ATAU SALAH. BETULKAH SEKATAN TELAH DIBUAT UNTUK ANAK MEMALI MENYERTAI PSK KESELAMATAN SELEPAS KEJADIAN TERSEBUT KERANA KERAJAAN TAKUT ADA BALAS DENDAM?
Itu adalah sebahagian dari tujuaan kami..menghebahkan kepada seluruh rakyat tentang apa yang sebenarnya terjadi pada masa itu.Banyak fakta fakta telah ditutup oleh media perdana...mungkin ada pihak pihak yang berminat untuk buat kajian mengenai sekatan terhadap anak memali memasuki pasukan keselamatan,..kami alu alukan langkah tersebut.Mungkin satu data/bancian mengenai pekerjaan anak Memali boleh diambil bagi membuktikan kebenaran hipotesis ini.Pihak Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Tempatan patut mengambil tanggungjawab ini.
Post a Comment