Siapa Yang Akan Pilih PAS ???..Suatu Penilaian Kembali..
kelulut@telokbakong.com -(Artikel diisiarkan pada 14.11.2000)Pas perlu mulakan perubahan ," bahan mentah" telah pun tersedia parti pas tidak kekurangan cerdik pandai malahan jika diperhatikan kepimpinan Pas sering bertukar corak tetapi prinsip tidak pernah kelihatan tergadai.
Bahan mentah yang penulis maksudkan adalah insan yang soleh masih ramai dikalangan pimpinan , kejujuran mereka terhadap agama dan parti masih belum ternoda .
Kekurangan Pas hanyalah di peringkat pelaksanaan .Maksudnya kita masih berada dikelompok 'mencadang ' ," membangkang " kepada kerajaan BN.
Tetapi belum jelas kelihatan contoh - contoh yang rakyat mahu lihat dengan mata kepala ,bahawa PAS adalah alternatif kepada parti - parti yang lain.
PAS perlu menjadi contoh kepada parti - parti lain. Negeri - negeri yang dikuasai perlu lebih Islamik jika ada ruang - ruang dapat dilaksanakan.
Supaya tidak hanya dilihat sebagai retorika ketika berkempen . Selepas kemenangan PR masyarakat masih tidak nampak ada perbezaan ketara diantara zaman Umno dan PAS.Yakni dari sudut dakwah terhadap golongan sasaran malahan maksiat masih berjalan seperti biasa.
Kita akui bahawa bukan mudah untuk melaksanakan sesuatu peraturan tambahan pula di sebahagian negeri kalangan pemimpin PAS adalah minoriti didalam pembentukan kerajaan .
Tapi itu bukanlah menjadi suatu halangan .Dakwah tetap wajib kita jalankan bagaimana pihak Kawasan, cawangan apakah juga ada masalah ?.
Kita sepatutnya tidak hanya terikat kepada dakwah untuk mendapat undi yang akan berlansung 4 - 5 tahun sekali. Dimana unit - unit dakwah parti yang boleh bergerak secara meluas .
Tujuannya agar dakwah itu sampai kepada masyarakat maka tidaklah PAS dilihat sebagai parti pilihanraya semata - semata.
Masyarakat perlu didekati secara sewajarnya bukan bererti mereka yang kelihatan ' kurang iman ' secara otomatis ahli parti menjauhkan diri.Lantas membiarkan masyarakat hanyut , ini suatu pandangan dan tindakan yang paling silap.
Dengan keadaan masyarakat kini memang bukan sesuatu yang mudah untuk dilentur tetapi sekurang - kurangnya ada perbezaan daripada keadaan sebelumnya.-kelulut
No comments:
Post a Comment