SIRI 40 HADIS NABI HADIS 7:GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
Daripada Mughirah bin Syu' bah
r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sentiasa dikalangan kamu ada golongan yang
berjaya (dalam perjuangan mereka),sehingga sampailah suatu saat yang
dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".
(Riwayat Bukhari)
Keterangan:
Allah swt. telah menjadikan umat
Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt.berjanji akan memelihara kitabnya
(Al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demigenerasi yang akan memikul tugas
dakwah hingga tetap wujud golongan mukminindipermukaan bumi ini.Kalau kita meneliti sejarah umat
Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga kehari ini, kita akan mendapati
bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu
bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nasrani di
Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan
Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani,serangan bangsa Moghul dan bangsa
Tatar yang menghancurkan tamaddun Baghdad pada pertengahan abad keenam
Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramai-ramai terhadap kaum
Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya
disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam,gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nasrani yangmempunyai alatan dan kemudahan
yang banyak dan seterusnya serangan disegipemikiran dan kebudayaan dan
sebagainya dan sebagainya. Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di
sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih agi mempunyai identiti dan
peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.Walaupun di hari ini ada di
kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada
golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya.
Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi
masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan
berpekerti luhur.
Walaupun syi'ar-syi'ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi ditempat lain syi'ar-syi'ar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivisIslam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjungdan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumiini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada masa itu Allah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat.

No comments:
Post a Comment