Thursday, August 9, 2012
Siri 40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman 3
HADIS 3: SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di
mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang
sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw.menjawab,"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir,dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (Riwayat Abu Daud)
Keterangan:
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam
walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk
dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa
lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya. Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit “wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan “takut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan."Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalanAllah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt. Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
Penulis:
40 Hadis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment