Monday, August 13, 2012

Insaflah Kickdefella-Memohon maaf kepada Perbadanan Kemajuan Ladang Rakyat



            Msinc - Sebenor nya kenal lama dengan Sheik dan isterinya ni walaupun tak rapat tapi selalu bertegur sapa kalau terserempak di zaman perguruan kami di Bukit Minden kira kira 20 tahun yang lalu.Kebetulan minggu suai kenal,kami ditempatkan dipondok yang sama.Beliau ni peramah juga orangnya.Kami berbeza bidang aliran Dia Tok Guru lain,aku Tok Guru lain.Dia belajor aliran pencak wayang kulit.teman jurusan kajian Marhaen.Teman masih ingat dizaman itu beliau telah cuba mempengaruhi para penuntut yang lain supaya menyokong perjuangan Semangat 46 yang dipimpin oleh Ku Li.Ku Li ini adalah bapa saudara beliau dan merupakan idola beliau dalam politik.Dan pernah juga beliau ini mengaturkan pertemuan antara para pelajar dan Tengku Razaleigh.Namun pada masa itu perjuangan Semangat 46 kurang mendapat sambutan,kerana rata rata berpendapat perjuangan S46 sama saja dengan perjuangan UMNO.Teman pernah juga bertukar tukar fikiran dengan beliau tentang isu isu semasa dan politik dengan beliau.Nampaknya beliau amat menghormati Ku Li.

            Tiba tiba masa 20 tahun berlalu sedar sedar dia berkerja dengan kerajaan negeri Kelantan.Ok lah kalau macam tu...Beliau jadi agak terkenal kerana pernah ditangkap dibawah ISA kerana menyarankan dalam web sitenya supaya mengantung Bendera Malaysia secara terbalik ,aleh aleh lepas kejatuhan Pak Lah beliau kembali pada Umno..Aku jadi bingong..macam mana prinsip dia ni..pikir teman..asyik lompat2 saja tak de pendirian atau dengor arahan dari mentor beliau...so kalau perangainya yang flip flop semacam ini sememangnya penulisan beliau tidak boleh dipercayai..

         Nasihat teman,Syed...kalau ko ada terbaca ...engko berenti ler buat kerja memburuk burukkan Pakatan Rakyat nie..terutama Kerajaan Kelantan..engko mana paham kesusahan dan penderitaan rakyat..engko tu golongan aristokrat,orang kaya mana nak selami perasaan dan pemikiran rakyat yang tertindas.Engko yang selalu bergaul dengan TGNA dulu tak dapat merasai kebersihan jiwa dan ketulusan Ulama itu.Sepatutnya kau bergaaul dengan orang yang baik baik,kau serba sedikit dapat kebaikan itu..Cuba cuba kau balik Kelantan ,tengok rakyat susah kat Gua Musang atau dekat kawasan Parlimen Tok Pa tu..nescaya engkau boleh paham kehendak rakyat.Jangan tengok kat Kota Bharu..semua orang kaya kaya..pada aku "Dimana BN mendapat Tempat ,Disitu Melayu Banyak Merempat".

          Aku rasa beliau sudah tidak ada tempat dalam bidang politik.Percaturan anda silap disini..anda kira setelah kejatuhan Pak Lah akan membuka peluang pada Ku Li..sebenarnya politik UMNO tidak akan beri peluang kepada mereka mereka yang pernah menyanggah Umno..siapa ahli politik yang pernah selamat dari cantasan politik umno..yang paling baik pun Rais Yatim sahaja..itu pun dia kena ampu habis PM..Adalah lebih baik kau buat koje lame..bikin filem,buat filem yang bagus..cerita perjuangan macam Brave Heart ka..kau boleh buat cerita Tok Janggut atau Haji Mat Hassan menyanggah penjajah British..kau buat betul betul nescaya ianya akan jadi hasil karya yang dihormati dan diingati sepanjang zaman.


            Aku masih merasa hairan memikirkan mengapa Filem Pasir Salak arahan Jins Samsudin sampai hari ini masih belum ditayangkan.Alasannya sebab filem ini tak siap lagi...aku fikir UMNO ni masih takutkan British lagi sehingga mereka menyekat sebarang filem yang menyanggah penjajah dari ditayang kan...ada alasan lain yang konkrit?..

DiPetik dari Harakah Daily,KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon maaf kepada Perbadanan Kemajuan Ladang Rakyat di atas fakta-fakta yang silap dalam bukunya "Ladang Rakyat Ladang Airmata Rakyat".

Beliau yang juga pemilik blog Kickdefella turut bersetuju membayar sejumlah kos kepada plaintif.Permohonan maaf tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Ladang Rakyat diwakili peguam Azahir Surainie dan Azizan Ariff, manakala Aisha Mubarak mewakili defendan pertama. Pada prosiding hari ini Hafizulamin hadir bagi pihak plaintif.

Defendan kedua kes terbabit Wadah Bakat Sdn Bhd sebagai penerbit buku berkenaan.

Ladang Rakyat sebelum ini menyaman Syed Azidi dan Wadah Bakat Sdn Bhd kerana memaparkan fakta tidak tepat terhadap agensi berkenaan.Sebelum ini isu berkaitan Ladang Rakyat sering diketengahkan media dan blogger pro Umno bagi menghodohkan kerajaan negeri.

Pernyataan mohon maaf itu antara lain menyebut kami, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan Wadah Bakat Sdn Bhd secara rela hati dan terbuka memohon maaf kepada Perbadanan Ladang Rakyat di atas kesilapan fakta dalam buku "ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".

“Kami menyedari terdapat beberapa elemen yang tidak mempunyai fakta-fakta tepat terhadap Ladang Rakyat dalam buku tersebut. Dan segala kehakiman di dalam buku tersebut amatlah dikesali.

“Dengan ini kami bersetuju menghentikan pengedaran buku berkenaan dan sesungguhnya menyatakan maaf di atas fakta-fakta yang silap dalam buku tersebut yang telah menjatuhkan reputasi plaintif sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan negeri,” katanya.

Blogger terbabit dan Wadah Bakat Sdn Bhd juga memohon maaf kepada Ladang Rakyat di atas segala kesulitan yang timbul akibat penulisan dan penerbitan buku "Ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".

Peguam Hafizulamin berkata, atas persetujuan tersebut, saman yang dikenakan terhadap kedua-dua defendan ditarik balik.

No comments:

Linkwithin