Tuesday, August 14, 2012
MARI KITA PROTEST STOP 114
KEADILAN SOKONG PROTES #STOP114A
Seperti yang semua sedia maklum, pindaan kepada sekysen 114A Akta Keterangan 1950 telah menerima banyak tentangan dari pelbagai sudut masyarakat, termasuk dari Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sendiri.
Pindaan ini akan meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan. Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, walaupun komen dan artikel itu ditulis oleh pihak lain.
Pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan sekiranya ada pihak yang menyalahguna perkhidmatan tersebut - sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri, dibawah pindaan ini anda dipertanggungjawabkan.
Dan jika ada sesiapa yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel mengguna nama anda, pindaan ini akan menganggap anda pemilik sebenar akaun tersebut.
Oleh itu, KEADILAN menggesa kerajaan untuk menarikbalik pindaan 114A Akta Keterangan 1950 dalam sesi Parlimen yang akan datang.
KEADILAN turut menggesa setiap anggotanya untuk turut serta dalam protes ini dengan menukar "avatar" atau gambar Facebook, Twitter, dan lain-lain ke logo #STOP114A, dan bagi yang mempunyai laman web untuk memasukkan kod "pop-up" #STOP114A yang disediakan.
Semoga keadilan bagi semua pengguna Internet terjamin demi seluruh rakyat Malaysia.
Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak merangkap
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ramai yang keliru dengan maksud pindaan pada 114a Akta Keterangan dan tidak kurang juga yang menangguk di air keruh dengan mengelirukan lagi keadaan terhadap orang yang agak jahil pengetahuan undang2. Maka ada juga cuba nak jadi hero seolahnya mereka pun arif berkenaan pindaan tersebut seolahnya mereka juga arif dalam undang2 dan mempunyai kelayakan undang2.
Andaian dalam matapelajaran keterangan (Evidence law) ada 3 tahap (i) andaian muktamad (ii) andaian undang2 yang boleh disangkal (iii) andaian fakta [may).
Andaian fakta adalah andaian yang paling rendah dmana hakim mempunyai budubicara (may) untuk menerima pakai atau tidak berbanding andaian undang2 seperti mana-mana orang yang memiliki dadah tanpa sah dengan jumlahnya melebihi kadar yang ditetapkan, maka andaian undang2 adalah dia mengedar dadah tersebut dan hanya dapat dipatahkan dengan membawa bukti pada tahap imbangan keberangkalian. Makanya andaian fakta pada seksyen 114 Akta Keterangan ini bukannya sesuatu yang perlu diributkan kerana penghjungnya hakim yang memutuskan untuk menerimanya atau tidak. Penghujungnya, OKT tidak akan disabitkan dengan pertuduhannya jika pendakwa gagal membuktikan kesnya pada tahap tanpa keraguan yang munasabah i.e. lebih tinggi dari pada tahap imbangan kebarangkalian.
Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Post a Comment