Monday, August 6, 2012

Amukan Toyol Di Telok Bakong Part 2



Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam agama Islam.Sekiranya tidak dijaga dengan baik, toyol akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik toyol. Sekiranya toyol tidak lagi diperlukan, pemilik toyol perlu mendapatkan tuan pengganti, atau menghantar toyol itu balik ketempat ia dibeli, atau ia perlu dibuang, biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai.
Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan, diletakkan hampir dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang. kacang hijau yang diletakkan kedalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol.Selain itu, ikan puyu yang dipelihara di dalam akuarium mampu dapat melalaikan toyol dan toyol akan tidak akan berhasrat mengambil wang dari mangsanya.

Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Mungkin Kerana kata orang tua-tua yang mengatakan bahawa "budak-budak jangan pegang duit banyak banyak". Pemilik toyol juga perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas

Semperna kedatangan Hari Raya Puasa ini.Adalah dinasihatkan supaya semua anak rantauan yang pulang berhari raya dapat mengambil langkah langkah tertentu untuk mengelakkan kecurian dari berlaku samada dari toyol atau dari manusia yang berperangai seperti toyol.

Antara langkah langkah yang boleh diambil:-

1.Jangan simpan banyak wang tunai dirumah.Simpan sekadar perlu.Jangan simpan duit dalam tabong dirumah. Masukkan wang anda didalam bank.

2.Jangan heboh atau ceritakan kedudukan kewanganan anda kepada orang ramai.Seboleh bolehnya kekalkan sifat rendah diri anda.Balik kampong jangan eksen sangat nunjukkan kereta,kasut handphone dan sebagainya.

3.Jangan gantung seluar yang mempunyai dompet ditepi tingkap.Begitu juga dengan handphone,jangan cas ditepi tingkap..takut kena kait wehh..

4.Pasangkan lampu dan periksa setiap jerigi tingkap..pastikan ianya kukuh.Perhatikan disekeliling rumah anda,mana mana point yang memungkinkan pencuri boleh masuk kedalam rumah.

5).Baca Al Quran..zikir banyak banyak..baca ayat Kursi..

6).Jangan Undi BN….ini spesis perampok jugek hi..hi..sapu komisen 500 juta beri 5 ratus BR1M..Dia sapu permit teksi..dia bagi komer tayar 4 biji...dia tak sapu habis..sikit sikit dia ambik duit rakyat..dia tinggai sikit untuk komer..ha..ha..so jangan undi..kalau undi..sapan duit kome..

7).Lain..lain…korang piker ler sendiri..tak kose aku nak mikir kan..perot lapor nih..lagi pun minyak motor aku pun baru ni kene songlap…Hampess punya penyamun tarbus..pandai pakai moto..pandai pandai ler cari duit isi minyak…aku boleh agak sapa..tak pe..tak pe..takkan ler tak bertemu rabu ngan khamis..

3 comments:

Yong said...

Salam Yob

Toyol sekarang guna teknologi. Oleh kerana Yong pernah menjadi mangsa toyol yang advance, Yong tahu menghalang toyol amat sukar. Menghalang toyol kepala hitam peringkat tinggi lagi sukar.

Telok Bakong said...

ade jugek toyol pakai hi tech yer..mungkin jugek.Menghalang toyol peringkat tertinggi yang pegang tampuk negara lagi sukar..jadi jangan undi..hi..hi..

Maimunah Sabran said...

ate kalau rope itu usah balik kampung le..ate kalau tak balik tak ade orang le pulak kat kampung...ate kalau tak balik toyol tu ngejo juge rasenya...sekarang ni udah ramai anak-anak toyol berhijrah ke merata ceruk..yg di bandar hijrah ke desa..yg toyol desa hijrah ke bandar..yg dekat bandar KL pun tak mau balik kg dah...Apa-apa pun usah berkawan dgn spesis toyol dan yang sama waktu dengannya kome oi..kalau toyol tu nak jadi calon pikio le dua, tiga kali...usah di undi deme yg macam toyol..

Linkwithin