Tuesday, June 19, 2012

11 ketua kampung menjadi Pembodek Umno di Parlimen Parit



, 10 NGO di Seremban buat laporan polis

Utusan Pencacai yang meloyakan melapor...PARIT 11 Jun - Seramai 11 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Parlimen Parit membuat laporan polis bagi mendesak siasatan dijalankan berhubung dakwaan akaun individu bernilai RM3 bilion yang dikawal Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

JKKK terlibat ialah dari Kampung Selat, Kampung Lengkuas, Kampung Tepus, Kampung Titi Gantung, Kampung Baru Bota Kanan, Kampung Teluk Kepayang, Kampung Kuchai, Kampung Bakong, Kampung Pulau, Kampung Dusun dan Kampung Senin.

Mereka yang disertai kira-kira 70 ahli jawatankuasa JKKK masing-masing membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, Bandar Seri Iskandar di sini pada pukul 4 petang.

Pemimpin JKKK terlibat turut membawa sepanduk yang antaranya tertulis 'Mana lepasnya duit rakyat', 'LHDN kenapa diam' dan 'SPRM harus siasat'.

Turut serta membuat laporan polis berhubung isu sama ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Daerah Perak Tengah.

Menurut Pengerusi Persatuan Ketua-ketua Kampung Parlimen Parit, Mior Hanafi Hashim, 54, mereka mahu pihak berkuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu tersebut.

"Pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini kerana rakyat berhak tahu dari mana wang itu diperoleh dan ke mana ia pergi kerana RM3 bilion merupakan satu jumlah yang sangat besar," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan IPD Perak Tengah di sini hari ini.

Tok Sidang pun turut digunakan oleh Umno..cuba anda perati gambar..siapa yang anda kenai?patut siasat diri sendiri dulu..berapa banyak dah makan..ye lah deme nak jaga periuk nasi kena lah bodek sikit..tok tok sidang ni tanah sawit pun banyak dapat..melancung ,projek plb,nebas dan racun ban,repair surau dsb semua deme dapat,elaun dah naik...boleh gi Mekah free..patut lah bersungguh sungguh betol bodeknye...tu pasal semua berebut rebut nak jadi tok sidang..bila tak dapat mula lah merajuk..lompat parti..tapi bila dah disuap..lompat balik...ohhh dunieee..

6 comments:

Telok Bakong said...

siape yang anda kenai?..che kabo kan..hi..hi..

cucukerinci said...

Ketua kg kaki bodek tu ramai yg tak lulus srp....nak hidup punya pasal terus membodek dan buat fitnah....kenapa tak suruh sprm siasat ketua kg yg salah guna kuasa dapat tanah felcra utk anak-beranak. Meor ni pakai kereta Mercedes dan Toyota estima....bini dia cikgu je....tak payah nak cari salah DSAI...cuba cari salah kamu wahai semua kaki bodek....

Amri Mat Saaid said...

ape yg direti ketue kampung ni..nak nyelesaikan urusan pembayaran one off RM3K bagi bekas polis..SC,Home Guard dll baru ni pun x reti..

Telok Bakong said...

ya..ya..patut patut siasat diri sendiri dulu..berapa banyak dah makan..ye lah deme nak jaga periuk nasi kena lah bodek sikit..tok tok sidang ni tanah sawit pun banyak dapat..melancung ,projek plb semua deme dapat,elaun dah naik..boleh gi Mekah free..patut lah bersungguh sungguh betol bodeknye..

Maimunah Sabran said...

Apabila BN tumbang nanti...ganti aje le dgn yang baru..suruh deme pencen aje. Banyakkan mengaji dan dengar ceramah. Bagi peluang meneraju kg pun buat penat bagi nasihat aje. Bio deme tengok macam mana teraju kg oleh org lain pulak.

cucukerinci said...

Nama je ketua kg tapi majlis ilmu di masjid dan surau jarang atau tak pernah dtg....sebab tu dah tak tau HALAL atau HARAM....semua disapu nanti jawab le dlm kubur ...kembalilah ke jln yg benar sebelum terlewat..

Linkwithin