Friday, February 12, 2010

Malaysia miliki kapal selam atau kapal terapung ? alami 29 kerosakan ?



kelulut@telokbakong.com

12.02.10


 MASALAH TEKNIKAL PUNCA KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM 

Panglima Tentera Laut, Jeneral. Laksamana Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.

Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Abdul Aziz berkata, berikutan kerosakan itu, kapal selam yang tiba secara rasmi di perairan negara pada 3 September tahun lepas dinasihat untuk tidak menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

"Kerosakan itu hanyalah kerosakan kecil dan kini sedang dibaik pulih oleh kontraktor yang dilantik, alat gantinya sudah diperoleh dan kerja menyelenggara sedang dilakukan,” katanya.

Nota:

Ada maklumat mengatakan bahawa kapal selam ini mengalami 29 kerosakan mekanikal .
sejauh mana kebenaranya tidak dapat dipastikan.Secara logiknya jika masalah ini terlalu kecil bagaimana sebuah kapal selam moden yang baru dibeli sedemikian rupa?.

Apakah pada masa hadapan kapal ini akan menghadapi kesukaran untuk terapung?
Pembelian kapal selam ini penuh kontroversi maka diharapkan pihak berkuasa lebih teliti
agar negara mendapat malu dimata dunia.

Enjin jet hilang, maklumat ketenteraan bocor apa lagi selepas ini ?

www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com



No comments:

Linkwithin