Tuesday, July 7, 2009

140 maut rusuhan penduduk Muslim Uighur di Xinjiang




BERIBU-RIBU penduduk Muslim Uighur merusuh di Urumqi kelmarin dalam ketegangan etnik paling buruk di China dalam masa beberapa dekad.

Polis dituduh lepaskan tembakan membabi buta

URUMQI: Sekurang-kurangnya 140 maut apabila penduduk Islam Uighur merusuh di wilayah Xinjiang dalam ketegangan etnik paling buruk di negara itu dalam masa beberapa dekad.

Keganasan di ibu kota wilayah itu, Urumqi, kelmarin membabitkan beribu-ribu orang, kata agensi berita Xinhua melaporkan angka kematian berkemungkinan meningkat. Lebih 800 lagi cedera dalam kejadian itu.

"Angka kematian di Xinjiang meningkat kepada 140 dan masih bertambah," menurut Xinhua dalam laporan terbaru, selepas pada awalnya berkata cuma tiga maut.
Agensi berita berkenaan, memetik kenyataan pegawai kerajaan tempatan, menyatakan 'beratus-ratus' sudah pun ditahan kerana pembabitan dalam keganasan itu.

Rangkaian televisyen CCTV menyiarkan rakaman dramatik menunjukkan perusuh menterbalikkan kereta polis dan memecahkan tingkapnya, seorang wanita ditendang ketika terbaring di atas tanah dan bas serta kenderaan lain terbakar.

"Semua pemilik kedai di sini amat takut," kata seorang pemilik bar berketurunan Han yang enggan dikenali kepada AFP.
SEORANG wanita menyelamatkan diri sambil membawa anaknya.

Dia menganggarkan kira-kira 3,000 perusuh Uighur, sebahagian daripada mereka bersenjata belantan kayu dan pisau.

Kerajaan wilayah Xinjiang menyalahkan rusuhan itu ke atas Rebiya Kadeer, pemimpin Uighur yang tinggal dalam buangan di Amerika Syarikat, kerana mendalangi ketegangan berkenaan.

"Siasatan awal menunjukkan keganasan didalangi pemisah Kongres Uighur Sedunia diketuai Rebiya Kadeer," meurut kenyataan kerajaan yang dipetik Xinhua.

Bagaimanapun, kumpulan etnik Uighur dalam buangan, yang sudah lama menentang pemerintahan China di Xinjiang, menuduh pasukan keselamatan bertindak keterlaluan dalam menyuraikan bantahan aman oleh beribu-ribu penduduk, dan berkata polis melepaskan tembakan membabi buta.
PASUKAN tentera membuat hadangan menghalang pergerakan perusuh di Urumqi, Xinjiang, kelmarin.
Polis pencegah rusuhan dan pasukan keselamatan lain bersenjatakan mesingan dan membawa perisai dilihat di Urumqi semalam, menghalang bantahan selanjutnya, kata wartawan AFP di tempat kejadian.

Trak yang membawa anjing polis turut dibawa ke Urumqi dan sebahagian besar kawasan Islam itu ditutup, katanya.

Seorang pelancong Amerika memberitahu dia terdengar bunyi tembakan ketika keganasan merebak.

"Saya dengar bunyi tembakan dan melihat polis, kereta perisai putih, dua bas dipenuhi tentera dan trak hijau tentera yang diselimuti kanvas bergerak," katanya. AFP

Thursday, July 2, 2009

DAP Kedah bertindak seperti NGO yang hanya menjaga kebajikan babi .


kelulut@telokbakong.com

2.07.09



DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.
Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis,Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Thomas mengumumkan keputusan dan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Inilah sikap segelintir pemimpin parti yang bernaung di bawah PR,gemar bertindak membabi buta tanpa memikir natijah perbuatan atau keputusan yang dibuat.

Kalangan mereka ini terlalu mahu menonjolkan diri diantara satu sama lain. Terlalu mementingkan kelompok yang mereka wakili dengan kata lain mahu jadi hero!.

BN kini sudah tidak perlu bekerja keras mahu melumpuhkan PR. Tindak tanduk pemimpin yang sebegini sudah cukup memberi kemenangan moral kepada BN .

Beginilah.. kalau sudah tidak boleh bersama PR , sertailah BN !

www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

Nizar yakin DUN Perak bubar sebelum pilihan raya




SHAH ALAM - Menteri Besar Perak Yang SAH!!(edit), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dibubarkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan situasi semasa yang menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi ‘politik tegang’ yang melanda negeri tersebut.

Malah, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa akan berlaku lagi kekecohan sidang DUN Perak yang akhirnya menyebabkan BN terpaksa memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kecil di negeri tersebut.

“Mahu tidak mahu dalam keadaan ini, Perak terpaksa mengadakan sidang DUN dalam masa terdekat bagi meluluskan belanjawan 2010, saya percaya akan berlaku situasi kekecohan yang seperti mana sebelum ini.

“Atas alasan tersebut saya menyatakan keyakinan penuh bahawa DUN Perak akhirnya terpaksa dibubarkan untuk mengelak situasi ini tidak berulang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi beberapa blog di internet yang mendakwa tindakan membubarkan DUN terpaksa diambil memandangkan beberapa ADUN BN dikatakan akan berpaling tadah dan bertindak menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Mengulas lanjut, Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan beliau tidak mengetahui spekulasi tersebut namun mengaku ada menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai perkara itu.

“Saya tidak boleh mengesahkan perkara ini betul atau tidak, tetapi perkara ini sudah lama dijadikan isu oleh pihak-pihak tertentu namun saya menolak dakwaan mengatakan ADUN Changkat Jering, Osman Jailu ada datang memohon maaf, berjumpaa biasa adalah,” katanya.

Bagaimanapun Nizar mengakui bahawa terdapat pemimpin BN yang menyatakan sokongan penuh supaya pembubaran DUN Perak terpaksa diadakan bagi menyelamatkan parti tersebut.

“Saya sempat berjumpa beberapa ahli parlimen daripada BN, mereka tidak menafikan krisis yang melanda Perak merugikan perjuangan parti itu di seluruh negara, ekoran itu mereka juga menyatakan sokongan kepada pembubaran DUN, tetapi mereka tidak boleh menyuarakan pendapat tersebut atas kapasiti parti,” katanya.

Linkwithin