Friday, November 6, 2009

JAIS, jangan berfikir sempit: Dr Asri




Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengkritik lagi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan menasihatkannya agar tidak berfikiran sempit berhubung isu tindakan terhadap sebuah masjid yang mengundang Exco Kerajaan Negeri Selangor yang bukan Islam berucap di dalamnya.

Menggesa jabatan agama itu membebaskan dirinya daripada pemikiran sempit, bekas mufti Perlis itu berkata, hujah yang diguna pakai JAIS yang menyamakan orang bukan Islam dengan wanita berhaid sebagai "pandangan segelintir sarjana Islam yang tidak mantap".

"Kenapakan pihak JAIS tidak memilih pandangan yang lebih mantap dan lebih luas? Orang kafir, orang bukan Islam pun masuk berjumpa dengan Nabi Muhammad dalam masjid.

"Masjid merupakan pejabat nabi pada zaman awal Islam. Perwakilan (kumpulan) yang Yahudi, Kristian, musyrikin, mereka masuk ke dalam masjid untuk berjumpa dengan nabi," katanya, yang masih bertegang dengan JAIS susulan penangkapannya hujung minggu lalu.

"Dengan itu, ulama Islam berpendapat, mereka boleh masuk ke dalam masjid untuk tujuan yang baik."

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, jika umat Islam masih menggunakan pendekatan sempit dan tidak memberikan ruang kepada bukan Islam mendekati agama ini, dakwah Islam akan tersekat.

"Masalahnya JAIS ini, (apabila) diberikan pandangan berbeza, nanti dituduh pula Wahabi. Dalam konteks masyakarat pelbagai kaum, kita harus menghormati pandangan yang boleh memberikan kebaikan kepada negara dan masa depan Islam.

"Pandangan JAIS seperti inilah yang sempit. Dan pandangan seperti ini menyebabkan ketegangan kaum dalam negara ini.

"Saya harap, bukalah minda sedikit. Jangan letakkan pandangan sempit ini menguasai mereka," katanya.

Pengarah JAIS, Datuk Mohamed Khusrin Munawi hari ini dilaporkan berkata seseorang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.

Beliau juga dipetik ingin mengambil tindakan kepada jawatankuasa sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang kerana membenarkan Exco Kesihatan Negeri Dr Xavier Jayakumar, juga ADUN Seri Andalas, berucap di dewan utama masjid itu Ogos lalu.

"Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat.

"Semua perkara ini patut diketahui oleh nazir masjid demi menjaga kesucian masjid serta perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia.

Mohamed Khusrin mengulas desakan wakil Pemuda Umno Kota Raja, Misnan Ahmad, supaya JAIS menyiasat tindakan jawatankuasa masjid tersebut membenarkan Xavier berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan pada 31 Ogos lalu.

Misnan mengetuai 20 anggota Pemuda UMNo bahagian itu menyerahkan memorandum bantahan berhubung perkara itu kepada Mohamed Khusrin di Shah Alam semalam.

4 comments:

bikirperak said...
This comment has been removed by the author.
bikirperak said...

Kuil Yahudi disewakan untuk Solat Taraweh ;-

Setelah mendengar keluhan beberapa jawatankuasa Masjid Virginia tentang ruang yang semakin tidak mencukupi untuk bulan Ramadhan.

Rabbi Robert Nosanchuk telah mengemukakan cadangan kepada jemaah Masjid Virginia agar menggunakan synagogue (kuil Yahudi) sebagai masjid.

Pertambahan umat Islam di Virginia, Amerika Syarikat dan ruang masjid yang amat terhad telah mendorong Imam Masjid Virginia iaitu Syeikh Mohamed Magid dan ahli jawatankuasanya bersetuju menerima pelawaan Rabbi Robert agar dapat bersolat jemaah di bangunan Northern Virginia Hebrew Congregation.

September 18th, 2009 · oleh Ibnuyaacob

Hampahhnya Di 1 Malaysia dah terbalik..52tahun merdeka. Permikiran masih bawah ketiak penjajah...kono..dan ketinggalan bas .?

Budak Sekolah Lambor said...

Teman ade pengalaman dengan mahfuz muhammad....beliau salah seoarng yang paling anti dengan asri...teman ponah ...beghamok dengan die ni...die ponah ugut nak publish...suatu ttg teman ..teman pon cakap dengan die kal brani..die punye cite pon boleh masuk internet kala brani...

mahfuz seorang yang ghulu....dia salah seoarng yang terlibat dalam penangkapan asri...

Amri Mat Saaid said...

salam BSL

ghulu dan tak faham sbb dia tuduh ibnu taimiyah pun wahabi sedangkan ibnu taimiyah meninggal beratus tahun sebelum lahir muhammahd abdul wahabi yang dinisbahkan sebagai wahabi

Linkwithin