kelulut@telokbakong.com
4.09.09
Kebetulan adik penulis juga tinggal di seksyen 23 Shah Alam .Seminggu sebelum kejadian 'mengusung kepala lembu' di SUK penulis berkunjung kesana .
Setiba dikawasan Taman kelihatan pagar zink yang melindungi hutan kecil bersebelahan berconteng dengan kata - kata kesat .Sasaran mereka Pakatan Rakyat ,YB Rodziah, YB Khalid Samad.Contengan diselang seli grafiti kononnya membantah pembinaan kuil Hindu.
Selintas hati penulis sudah boleh meneka siapa mereka yang membantah secara samseng tahi minyak ini.
Sejak demontrasi mengarak kepala lembu berdarah terjadi , khalayak rata-ratanya ingin tahu siapakah sebenarnya di belakang demonstrasi yang mendakwa diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam ini.
Analisis impirikal ini dibuat bersama dua Exco Pemuda PAS Selangor Nadzham Haji Ahmad Nazir (berkolar kuning) dan Mohd Khairul Afandi Ibrahim (berbaju hitam berlogo PAS).
Berdasarkan klip youtube tersebut, Nadzham mendakwa bahawa dalang sebenar perhimpunan terbabit adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23, Haji Azmir Mohd Zain.
Tambah Nadzham lagi, antara demontran yang cuba menyamar sebagai pemuda PAS dalam demontrasi ekstrem tersebut adalah bekas Bendahari Pemuda Umno Shah Alam sendiri, selepas meneliti klip youtube Malaysiakini.
Menurut Khairul Afandi pula, demontrasi melampau tersebut turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Selayang, Sohaimi Shahadan.
Sumber dalamam Umno ketika dihubungi kemudian bukan sahaja mengesahkan keahlian Umno Sohaimi, malah menjelaskan bahawa Sohaimi bukanlah penduduk tempatan Seksyen 23, di sini. Sebaliknya, beliau bermastautin di Batu 19, Kuang, Rawang.
Sumber tersebut juga mendedahkan bahawa terdapat kes kuil bersebelahan masjid di Sungai Buluh (berdekatan Kuang) yang sampai ke pengetahuannya beberapa tahun lalu (iaitu sewaktu Umno BN memerintah Selangor), tetapi beliau mengambil sikap sambil lewa sahaja.
Nampaknya samseng Umno semakin mengila .Mereka kebal dari penguasaan undang - undang.Mereka meniupkan api perbalahan antara kaum/ agama permainan ini amat merbahaya.Sekian lama mereka melaga - lagakan Pakatan agar terjebak didalam kancah ini namun gagal.
Kini mereka bertindak sebagai dalang dengan memperalatkan NGO dan Persatuan Penduduk.
Inilah padah apabila berjuang atas nama bangsa semata -mata. Isu agama yang sepatutnya diselesaikan secara beragama .Mahu menghalang tidak salah tetapi kenapa tidak diguna saluran yang terbaik.Jika diteliti secara mendalam pun projek ini siapa yang memulakan?
Teringat kisah cadangan perkuburan / pembakaran mayat dikawasan perumahan Taman Kasih/Sg Sekamat kajang beberapa bulan lalu.Kebetulan penulis tinggal ditaman yang sama.
Gegak gempita hard core umno menaikkan sepanduk kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang yang meluluskan projek tersebut.Selang beberapa hari laporan dikeluarkan terbukti projek kubur tersebut diluluskan pada 2002 .( zaman Khir Toyo)
Maka tergangalah mereka, terkulat - kulat menelan malu.
Kita yakin rakyat semakin matang , khalayak tidak termakan isu palsu yang mahu dijaja .Umno kini dicabar oleh pemimpin mereka agar " bekerja kuat ' ( anda faham maksudnya).
Bagi mempastikan Selangor kembali jatuh ketangan gengaman BN .Maka gendang sudah dipalu serangan disetiap penjuru .
nota: artikel asal http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022342&Itemid=90 edited oleh kelulut untuk TBO.
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
1 comment:
Terima kasih daun keladi! Thank you for naming the culprits. Excellent job, hope Khalid Abu Bakar offers you guys a handsome reward for saving the Polis so much detective work! :-)
Post a Comment