kelulut@telokbakong.com
4.09.09
siaann lembu tak pasal - pasal kena pijak...buat sup lagi baik....
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta Malaysiakini membuang dari laman webnya dua video yang didakwanya berunsur provokatif, termasuk klip mengenai perarakan kepala lembu.
Dalam suratnya kepada Malaysiakini, SKMM berkata video tersebut mengandungi kandungan yang ofensif dengan niat untuk menimbulkan kemarahan, terutama kaum India.
Pemangku pengarah kanan bahagian pemantauan dan penguatkuasa SKMM, Abdul Halim Ahmad, dalam suratnya yang bertarikh 3 September berkata, ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 211/233 AKta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Inilah keajaiban Malaysia pihak yamg melaporkan berita mahu diambil tindakan .Bagaimana pula gerombolan yang menjadi penyebab .Bukankah mereka yang bertindakan diluar adab ?.
Media hanya merakam peristiwa dan kejadian tersebut. Kenapa pendemo kepala lembu
belum diambil tindakan ?.Kenapa berdolak dalik?. Apakah kerana mereka didalangi pihak tertentu maka tindakan diperlahankan.
Polis sebelum ini mengatakan lambat bertindak kerana pegawai yang bertugas adalah masih junior.Kalau junior pun tidak mungkin tidak faham mana bahaya , mana yang tidak.
Apakah ada double standard didalam perlaksanaa undang - undang ?
Kepada pihak berkuasa , JANGAN BIARKAN AGENSI KERAJAAN DISELUBUNGI MISTERI !
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
No comments:
Post a Comment