Thursday, July 23, 2009

Reaksi tertuduh yang penuh dengan keinsafan bakal disebat

kelulut@telokbakong.com
23.07.09






IPOH: “Saya akan terima hukuman di dunia. Hukuman di akhirat kelak biar Allah s.w.t yang menentukannya. Saya menghormati keputusan mahkamah dan mengaku itu kesalahan saya, bukannya kesalahan ibu bapa, keluarga saya atau orang lain.

“Justeru, saya memohon mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan itu memandangkan mahkamah belum memberitahu bila hukuman ini akan dijalankan,” kata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Dia yang dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah meminum arak, memohon supaya mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan supaya dia boleh menumpukan masa depan bersama keluarganya.

“Saya anggap ini ketentuan Allah dan balasan kepada saya kerana memandang ringan soal agama. Sekiranya kejadian ini tidak berlaku mungkin saya masih lagi ‘hanyut’ dalam keseronokan dunia.


Reaksi mereka yang 'melompat '

Seorang individu awam yang juga merupakan bekas kapten tentera, Datin Malina Su Malik hari ini turut tampil melahirkan rasa tidak puas hati dan ingin membuat petisyen sebagai tanda bantahan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas model kelahiran Sungai Siput, Perak itu.

"Apa yang dilakukan oleh Kartika memang salah, tetapi hukuman sebatan itu tidak adil dan amat melampau. Saya pernah terlihat gambar orang-orang Islam sedang minum arak yang disiarkan di dalam majalah. Tapi mengapa tiada tindakan?

"Jika benar ia dibuat untuk menyedarkan orang lain juga, tidak adakah hukuman lain yang boleh dibuat selain sebatan? Dia sudah sedar kesilapannya dan apa yang menyedihkan, dia sudah pun mempunyai anak.

Ulasan kelulut

Pada mula kes ini tidak begitu menarik untuk diikuti.Tetapi setelah membaca pengakuan tertuduh membuatkan bulu roma berdiri .

“Saya anggap ini ketentuan Allah dan balasan kepada saya kerana memandang ringan soal agama. Sekiranya kejadian ini tidak berlaku mungkin saya masih lagi ‘hanyut’ dalam keseronokan dunia.- Kartika Sari Dewi Shukarnor .

Ucapan ini penuh bermakna jika lihat dengan mata hati. Bukan mudah untuk seorang pesalah minta diadili . Apatah lagi dizaman ini manusia bangga dengan kejahatan atau dosa yang dilakukan.

Yang menghairankan adalah kenapa muslim yang lain pula bersimpati tetapi bernada sinis terhadap Mahkamah Tinggi Kuantan .Kenapa tidak membuat analisa agar lebih membina ?

Kenapa cepat melatah apabila kes bersangkutan syariah dibicarakan ?.Jangan hendaknya umat Islam kelihatan goblok apabila berdepan isu syariah .

Kes wanita dibunuh di Jerman hanya kerana memakai tudung tidak pula mendapat simpati .Benarlah kata Dr Asri media dunia akan memadamkan atau memperkecilkan isu yang melibatkan umat Islam .Tetapi jika ada kesalahan orang Islam maka ia dilihat seperti masalah satu dunia .

Persoalannya dimana kita ?

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

http://budaksekolahlambor.blogspot.com

KTB:Posting pertama gunakan streamyx baru hehehe

1 comment:

mudz said...

Apa Dr Lo Lo cakap??? tolong kaji.

Linkwithin