Wednesday, February 4, 2009
Politik " high profile" kini perlukan fakta dan angka
kelulut@telokbakong.com
04.02.09
Penulis pernah menghadiri suatu kursus yang dikendalikan seorang ' mat saleh ' yang telah lama menetap di Malaysia .Didalam perbualan kami beliau tersebut tentang kehebatan politik Malaysia . Menurut beliau sepanjang kerjayanya dan tinggal dipelbagai negara Malaysia mempunyai keunikan senario berpolitik yang tersendiri .
Kenyataan itu memang ada benarnya bayangkanlah hampir setahun PRU 12 telah berlalu bahang kehangatannya masih terasa. Malah teka - teki politik semasa terus menjadi igauan para parti politik dan rakyat berdebar - debar menanti realiti yang entah bila menjadi pasti .
Tambah hangat apabila timbul dakwaan lompat melompat dan diselang - seli pilihanraya kecil yang menarik minat setiap lapisan masyarakat.
Terdapat baik dan buruk yang akan menjejaskan kelancaran pentadbiran negeri / negara didalam isu ini .Persoalan besarnya sekarang apakah relevan politik ' spekulasi' ini ?
Jelasnya ,pasca pru 12 parti politik malaysia tidak tidur lena malah UMNO - BN paling kerap mengingau .
Sejurus kemenangan PR menguasai 5 buah negeri Anwar Ibrahim mendakwa akan berlaku ' lompatan besar -besaran ' YB BN namun hingga kini parlimen masih belum banyak berubah kecuali Pas berjaya menambah 1 kerusi .
Hadiah mengubat rindu PR dihadiahkan oleh YB Nasarudin ,ADUN BOTA menguatkan kembali harapan rakyat terhadap PR .
Selang beberapa hari 2 ADUN merangkap exco kerajaan perak pula ' sakit ' tanpa berita lantas Tuan speaker Dewan menghantar surat ' cuti ' tanda letak jawatan .
Ura - ura mereka akan melompat kedalam UMNO .PM gembira tak terkata dia kata " biar lah 2 ke 3, 10 biar mereka berjuang bersama parti yang besar "kata pak lah .
Sebelum itu MB Nizar pun pernah mendakwa akan ada lagi ADUN yang akan" berhijrah" kedalam PR .
Pelbagai dakwaan yang dibuat .Apakah ini wajah politik malaysia ? Apakah ini strategi ? atau strategi yang akan memakan tuan?
Jika dakwaan tersebut tiada asas lebih baik jangan dihebahkan , jika ianya fakta biarkan masa membuktikan.
Rakyat begitu mengharap faktor ekonomi akan terjejas juga wajib diambil kira . Rakyat mungkin akan bosan dengan adegan politik ini .
Jika dikira faktor semasa BN mendapat kredit kerana mereka mempunyai media dan kewangan yang boleh dipergunakan habis - habisan untuk memancing YB PR .
Akhir kalam... rakyat mahu menilai berdasarkan fakta dan angka tambahan pula politik kini dianggap berprofile tinggi kata hamirdin .
BIAR KITA KELIHATAN PANDAI BUKAN PANDIR !
RAKYAT TIDAK MEMERLUKAN PEMIMPIN PINTAR TETAPI YANG PALING PINTAR !
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
http://kamarulbiz.blogspot.com
Penulis:
KELULUT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment