Saturday, February 7, 2009

KUASA RAKYAT BERSEMARAK DI PERAK

by mr. boldlend and msinc


Semalam 6hb Februari 2009, Pemberita Telok Bakong Online,Boldlend teleh berkesempatan untuk hadir di Perhimpunan Rakyat di Perkarangan Rumah Menteri Besar Perak yang sah Y.A.B Dato Seri Muhammad Nizar Jamaludin untuk mendapatkan berita berita dan penjelasan terkini dari beliau.Kediaman MB terus dikawal oleh unit Amal.Rakyat jelata juga digalakan untuk berkumpul dan terus berkubu dini.Oleh itu kepada semua rakyat,dating lah beramai ramai berkumpul di kediaman MB untuk menunjukkan sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Timbalan Ketua AMK meminta semua penyokong,agar tidak berundur dari rumah menteri besar walaupun terpaksa bertempur dgn anggota keselamatan. Dia juga menyatakan polis terkejut dengan tindakan rakyat di Kuala Kangsar yang berani melanggar sekatan polis. Kuasa rakyat sudah bermula. Dia juga minta semua mengalu-alukan kedatangan Najib ke Ipoh esok dengan gambar Altantuya. Dia juga memaklumkan pada 8hb, 9pm akan diadakan rapat umum besar-besaran disuatu tempat yg sedang dibincangkan. Timbalan Ketua Penerangan Pemuda Pas pula menyatakan PR tidak menderhaka sebaliknya umnolah yang menderhaka termasuk kes di Kelantan dan. Ketua pemuda Pas Nor Azli berkata, 10 orang peguam datang untuk membebaskan 9 orang reformis di Kuala Kangsar.

Ceramah penerangan dan penjelasan isu terkini kemudiannya telah disampaikan oleh Y.A.B Dato Seri Muhammad Nizar Jamaludin sendiri.Antara lain isu-isu yang disampaikan ialah tentang hubungan Pakatan Rakyat dengan pihak Istana,Tindakan SUK yang bertindak kurang ajar dengan pemberita,Kedudukan semasa Kerajaan Negeri dan lain-lain isu hangat termasuk isu Nasarudin Hashim.Audio dan visual penerangan tersebut akan dipaparkan dalam Telok Bakong Online secepat yang mungkin.

Umno dengan begitu takbur,riak dan ujub telah menurunkan semua bendera Keadilan dan PAS di Pekan Bota Kanan dan menaikkan bendera BN.Ini adalah suatu perbuatan yang tidak berakhlak dan bermoral.Diingatkan kepada pihak Umno supaya jangan sesekali menurunkan bendera Pakatan Rakyat di Telok Bakong.Sekiranya mereka bebuat demikian,Pakatan Rakyat Telok Bakong akan bertindak.Jangan ingat kamu boleh bertindak sewenang wenangnya tanpa batasan.Sudah lah kepimpinanan anda tidak bermoral,kamu juga nak tumpang sekaki.Kami tidak akan bertolak ansur jika anda berbuat demikian.Fikir sebelum berbuat sesuatu.

4 comments:

Prof. Dato' Dr.Burhanuddin Yeop Majlis said...

Nasihat saya, Telokbakong Online jangan banyak sangat menghina Sultan Perak. Kekuatan Melayu pada Sultan. Parti poltik adalah kaedah untk memilih pemimpin sahaja. Jangan biarkan Bukan Melayu pun hina Raja. Orang Melayu hanya tinggal Raja. Pergilah Singapura lihar apa jadi. Jangan emosi. Anak Sulatan yang jadi jurawan adalah usahanya secara profesional. Sultan Perak juga seorang profesional begitu juga Raja Muda. Itu patut jadi kebangaan orang Melayu. Jangan amal sikap yang dilabelkan kepada orng Melayu sebagai PHD..

pejuang said...

Saya bersutuju sangat dengan pandangan Prof..jangan lah kita jadi melayu yang emosi. berfikirlah dengan waras..kenapa sampai sanggup menghina sultan dan bertindak keterlaluan demi mengejar kuasa yang sedikit, itupun untuk bangsa lain pula..kenapa kita mempertikai anak melayu tersenarai jadi jutawan walaupun hanya ke 38 terkaya, tetapi kita tidak ambil kisah bangsa lain yang tersenarai terkaya sekali di bumi melayu ini..sedarlah..

tokmat-perak said...

aje yg ye tu...kalau sultan tak bijak masakan tuanku boleh jadi hakim malaya. Nih nak bagitau, apa kata DAP letak orang melayu yg tonggok di kawasan Dun DAP dan menang p'hanraya, maka sibarua tadik tentunye layak jadi MB Perak sebab orang malayu dan islam...ape jadi dengan PAS yob?? "6 kerusi di Perak ape le sangattt", kate DAP... ngeh...ngeh...ngeh

Amri Mat Saaid said...

isk isk kite tak menghine raje yg menghine raja tu UMNO sbb memaksa raje ikut kehendak deme dan semasa krisis perlembagaan dulupun yang membuang kuasa raja ialah UMNO sendiri. Minta maaf le prof kekuatan melayu pada agama dan iman nya bukan pada raja. Yg membinasakan kesultanan melayu singapura adalah UMNO bukan orang lain - tak pa kita bagi singapura kat depa no.

Linkwithin