Thursday, September 25, 2008

Makan tak habis!!

24 September 2008 376 views 11 Comments
Ini adalah laporan Utusan Malaysia semalam.

“Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.”

Dan ini pulak yang aku tulis dalam blog aku.

“Perancangan bermua kia-kira sebulan lalu, dengan bantuan BPR Putrajaya. Seorang ejen bPR telah dihantar untuk memulakan operasi. Ejen yang bernama Imran ini dibekalkan dengan sebuah Mercedes S320 bewarna hitam, dan berlagak sebagai seorang tokoh korporat Kuala Lumpur .

Ramai orang dah warning pasai Imran ni..tapi hangpa kelabu mata. Nampak Amoi cun, bini kat rumah pun lupa.

Dalam Utusan lagi,

“Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.”

Dan ini pula yang aku tulis dalam Konspirasi BPR-BN Perak.

“Kerana Fairuz Azrim adalah informer kepada Imran, yang memberikan maklumat tentang pergerakan Usaili dan Osman.”

Dalam permohonan untuk menilai semula perintah tahanan reman terhadap Osman, Usaili, Roslan, Zul dan Azrim dimahkamah tinggi petang tadi, seperti dijangka, BPR telah membebaskan Azrim!”

Bila aku tulis, ramai yang kata aku bohong…

Memang betui la.. Azrim bukan ada jawatan dalam kerajaan, nak bagi dia rasuah buat apa? Tapi yang dia terlibat dalam kumpulan ni pasai apa? Pasai apa dia pun sama nak pulun perempuan China tu?

Azrim mengaku dia rembat perempuan tu…tapi pasai apa BPR lepas dia? Pasai apa BPR tak tuduh dia bersama-sama dengan orang lain?

Dalam laporan itu juga, Azrim berkata, “pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.”

Yang ni hangpa kata perangkap? Kalau niat hangpa dah memang nak ratah betina China tu, memang patut kena cekup. Aku mintak kalau boleh JAIP tokok lagi. Orang lain dok tidoq kat bilik Gerakan, hangpa tidoq kat hotel, siap dengan hidangan ayam tak dak bulu…Ptuih!

“Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu turut meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.”

Sapa dia yang buat fitnah dan menghina? hang pun dah mengaku pi pulun betina tu..nak suruh JAIP siasat orang lain pulak? Sepatutnya, JAIP pi dakwa depa ni kerana berzina. Tambah sekole lagi…baru ada akai.

“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujarnya.

Hang pi ikut dia pasai apa? Ada sorang drebar teksi dah bagi warning, Imran tu ejen BPR, hangpa tak mau dengaq! Gatai sangat pasai apa? Tak dak bini ka?

“Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.”

Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.”

Ni lagi sekoq. Mintak atau tidak ..tak penting. Yang pasti, hangpa terima. BPR tuduh hangpa mintak atau menerima? Nanti depa bawa keluar MP3, baru hangpa tau!

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

Ptuih! Hoi…kalau orang bagi beras, pasai hang tak makan tiga hari…memang patut hang terima. Tapi yang ni hang tak tau ka dosa pahala? Akai letak kat mana?

Yang ni aku mintak Nizar ambil tindakan segera. Buat malu saja. Kalau Nizar takut nak ambil tindakan, Nizar pun aku hayun. Buat macam Tan Sri Khalid, dia tak peduli orang dia ka..pemimpin negeri ka…dia hayun.

Turut mengiringi mereka berdua ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang dan bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias.

Zuraida pi ikut pasai apa? Nak sokong benda macam ni? Pi jaga Parlimen Ampang lagi baguih daripada dok escort tiga orang ni. Bagi Usaili sorang yang escort.. percaya sangat kat orang Umno. Bila Usaili jadi ADUN tahun 99, Zul ni tukang pulun. Tahun 2004, Zul pi sokong Umno, Usaili kalah. Bila PR menang kat Perak…Usaili pi ambil balik orang macam ni..Orang yang gantung bendera, tampai poster..buat tak tau.

Ciak beh liao!
(No Ratings Yet)
Loading ...
11 Comments »
kulop besor said:
bior die kene , memang zul hasan dan azrim ni boneka UMNO yang mencari makan dalam PR, memalukan orang telok bakong je.

# 24 September 2008 at 11:04 pm
thaqif said:
MSK,

Aku cukup pelik dgn lapuran ni,dan lagi pelik dgn si Zuraida MP Ampang tu,ikut sibuk sekali,tak ada kerja lain ke?.Orang Keadilan sekarang ramai yg goyang kaki kerana tunggu Anwar jadi PM.Anwar kerja separuh mati utk tukar kerajaan,mereka ni berangan nak jadi menteri je.Aku cukup berbulu dgn ramai di antara mereka ni.Sebenarnya aku dah berkira-kira nak join DAP,kalau Anwar masuk Sg Buloh,aku tak yakin dgn pemimpin Keadilan,kecuali beberapa org.

# 24 September 2008 at 11:08 pm
Harimau Menaip said:
Mudahnya Iman mereka bergoncang..Tapi kalau den pun pulun yo…hahaha..

Den pulun dengan diorang pulun tak sama. Den nobody tapi mereka somebody. Sebab itu den suka jadi nobody.

Den sokong kalau JAIP masuk campur,sebab benda maksiat tetap haram tak kira parti apa yang kita anuti.

Semoga Allah melimpahkan rahmat buat Tuan empunya blog. Amin.

# 24 September 2008 at 11:08 pm
MSK (author) said:
thaqif,

Aku rasa..tak lama lagi, Zuraida pulak kena. wanita PKR Perak kelam kabut pasai dia buat perangai.. sebelum menang, ada yang tengah mati tolong dia. Bila menang..dia tekan pulak orang yang sokong dia…pi ambil orang ex-umno yang baru masuk dua tiga hari.

Sebabnya…orang ex-Umno tu banyak duit..boleh buat macam-macam program. Sampai sambut Ramadan dengan karaoke.

# 24 September 2008 at 11:21 pm
kotadamansara said:
salam,

macam ni la….. dah lepas tu nak buat macam mana, aku ingat mai kita sama-sama join perkuatkan pas, selalu p usrah supaya mana-mana sifat umno tu kita buang jauh-jauh…. dalam pkr pun ada ustaz badrulamin… ajak dia buat usrah… kita muhasabah sama-sama…

takbir!!!!!!!!

# 24 September 2008 at 11:24 pm
kulatlapok said:
kalau dah tuanpunya badan sendiri dah mengaku..?? apa lagi itu saja dah menunujukan kesalahan zina… macamana nak jadi pemimpin.?? nampaknya PKR kena kaji dulu pemipin2nya yg boleh dijadikan contoh… PAS senyum aje lagijauh…..

# 24 September 2008 at 11:31 pm
Pengasas said:
Salam MSK,
Hmmmmmmm, politik apa pulak nih?
Bukan politik wang kot.
Salam.

# 24 September 2008 at 11:34 pm
irsha said:
politik betina. politik zina. politik neraka. ishk.. nak sedap pun, tengok ler kiri kanan! bertaubatlah selagi masih ada kerahmatan ramadhan ni.

# 25 September 2008 at 12:39 am
MSK (author) said:
kotadamansara,

Ni bukan soal Pas atau PKR, sat ni masuk Pas…ada pulak yang masuk Umno. Kita kat sini nak tolak perangai Umno, ada orang lain nak pi peluk Umno….haru.

kulatlapok,

Pas pun tak boleh senyum. Polis report dah dibuat terhadap seorang pemimpin kanan Pas…pasai main dengan bini orang! yang gerenti senyum….matcomot.

Pengasas,

Yang ni pun duit punya pasai la.

# 25 September 2008 at 12:59 am
arab botak said:
Bodoh punya orang , nizar apa tunggu lagi.. jangan simpan dah org ni… kalau dah beebulu UMNO tu celup dalam asid pun belum tentu tanggal penyakit bawaan UMNO tuh …

# 25 September 2008 at 1:50 am
KTB said:
Aku org Telok Bakong,memang bengang tapi bagus benda di awal2 lagi dah bocor.Pakatan Rakyat kena humban orang macam ni cepat-cepat.Tuhan dah bersihkan sikit demi sikit perosak PKR.Kami di TBO mengalu-alukan tindakan membasmi liabiliti PR diteruskan.Ii Pakatan Rakyat bukan BN yang menyimpan segala salah laku ahli mereka.

Usaili dah banyak meminggirkan pejuang asli di kawasan Parlimen Parit.Seolah-olah dia bergerak bersendirian.Aku dan rakan-rakan TBO tak masuk PKR pasal mereka berdua ni kami curiga dari awal dan kami berjuang melalui TBO yang masing-masing tiada kepentingan peripadi.Apa yang kami dapat,projek,hambuan seks….jawatan ahhh persetan itu semua.Ramai bloggers lebih mementingkan kepuasan peribadi dalam menegakkan keadilan.

Tulisan Mat Saman tepat,aku sokong!!Jangan kome anggap Telok Bakong Online pulak suka sedekah zina pulak,aku hempuk kome!! HAHAHA…jgn marah no…Fairuz kata lawyer suruh cakap macam tu…apa bangang punya loyor…agama jahil tahap gaban…

No comments:

Linkwithin