Friday, July 4, 2008

Protes Sejuta Rakyat Ditukar Ke Stadium MBPJ Kelana Jaya

Jumaat, 4 Julai 2008 • Kategori: Berita Utama

Perhimpunan Aman Protes Sejuta Rakyat yang dijadualkan pada 6 Julai ini di Padang Timur Petaling Jaya ditukar ke Stadium MBPJ Kelana Jaya.

Penyelaras Gabungan Protes Dr Hatta Ramli mengesahkan penukaran lokasi perhimpunan itu. Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin, perubahan tempat itu diputuskan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di kediaman Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim di Bukit Segambut Damansara malam semalam.

Parti-parti Pakatan Rakyat dijangka menggemblengkan sejuta rakyat sebagai tanda bantahan kepada kenaikan harga minyak dan inflasi mutakhir ini.

Stadium Kelana Jaya, terletak berhampiran Tasik Kelana Jaya dan pasaraya Giant, boleh memuatkan 50,000 tempat duduk dan terletak bersebelahan Lebuhraya Damansara-Puchong. Padangnya juga boleh memuatkuan jumlah hadirin yang sama.

Hadirin boleh menaiki sistem Transit Aliran Ringan (LRT) ke Stesen Kelana Jaya atau Taman Bahagia, atau menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL iaitu: U84 Pasar Seni-Kelana Jaya, U86 Bandar Utama-Sri Damansara, U88 Pasar Seni-Kota Damansara dan U89 Stesen LRT Kelana Jaya-Kota Damansara, T623 Stesen LRT Kelana Jaya-Taman Mayang Mas, T624 Kelana Jaya Sunway-Subang Parade dan T625 Kelana Jaya-Stadium MBPJ.

No comments:

Linkwithin