Friday, July 4, 2008

Penyiasat bebas Razak Baginda tarik balik beberapa perkara akuan bersumpah

(Mutakhir) PETALING JAYA: Dalam perkembangan mengejutkan, tidak sampai 24 jam penyiasat bebas Razak Baginda, P.Balasubramaniam menarik balik sebahagian akuan kandungan bersumpahnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara perkara yang ditarik balik dalam akuan bersumpah itu adalah kenyataan Razak Baginda kepadanya mengenai hubungan Timbalan Perdana Menteri dan Altantuya Shaariibuu.

Kedua, kenyataan Najib memaklumkan kepada majikannya itu bahawa mereka berdua pernah melakukan hubungan seks.

Beliau telah mengadakan satu sidang media di Kuala Lumpur pagi ini untuk menarik balik beberapa perenggan dalam akuan bersumpahnya itu.

Semalam bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di pejabat PKR, Balasubramaniam telah mendedahkan mengenai hubungan langsung Timbalan Perdana Menteri bersama wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada Oktober 2006.

No comments:

Linkwithin