
Dalam
pelancaran ‘Aku Janji”-nya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
telah melancarkan manifesto yang seakan-akan manifesto yang dilancarkan
oleh Pakatan Rakyat (PAKATAN) beberapa minggu yang lalu.
Namun,
apa yang kekurangan adalah Najib tidak memberi penyelesaikan kepada
bagaimana beliau hendak menaikkan taraf hidup rakyat Malaysia dalam
menghadapi kenaikan taraf hidup dalam negara.
Di mana Najib
ingin meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Najib gagal
untuk menyatakan usaha mampan dan berjangka panjang untuk meningkatkan
taraf hidup rakyat terutamanya rakyat Malaysia yang miskin.
Pemberian
BR1M ini ternyata tidak mencukupi untuk meliputi satu tahun, malah
perbelanjaan satu minggu bagi sebuah keluarga di kawasan bandar
terutamanya kawasan-kawasan maju seperti Lembah Klang.
Di mana
PAKATAN merancang untuk mengurangkan kadar caj air dan caj elektrik
untuk membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia, Najib masih
meneruskan pemberian wang tunai yang tidak akan mengeluarkan rakyat
Malaysia yang miskin dari kemiskinan.
Najib ingin meneruskan
pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan barangan yang dijual oleh
KR1M mungkin lebih murah kerana tidak berjenama akan tetapi, dengan
skandal kualiti rendah atau merbahaya, Najib telah menolak hak rakyat
Malaysia untuk akses kepada barangan berkualiti pada harga berpatutan.
Beliau
telah menggalakkan situasi, kualiti rendah, harga rendah, keselamatan
dan kesihatan rakyat diabaikan pada jangka masa panjang.
Najib
juga mengutarakan menaikkan Baucer buku 1Malaysia (BB1M) dari RM250
kepada RM300 namun pada masa yang sama, Najib tidak mengutarakan
sebarang rancangan untuk membantu para pelajar pada jangka masa panjang,
iaitu di mana kadar yuran kemasukan universiti kian meningkat
terutamanya di sektor swasta, masih tiada penyelesaian alternatif
kecuali penerusan pinjaman PTPTN yang sebenarnya membantu pihak
institusi pengajian tinggi meraih keuntungan dan membebankan para
pelajar terutamanya selepas habis pengajian.
Begitu juga
rancangan Najib untuk melaksanakan dasar 1Malaysia 1Harga untuk barangan
keperluan asas. Akan tetapi, pada masa yang sama, Najib gagal untuk
menyatakan mekanisme untuk memastikan dasar tersebut tidak menguntungkan
mana-mana pihak berkepentingan.
Ini adalah berbeza dengan
PAKATAN merancang untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,100 sebulan
merupakan suatu permulaan yang positif untuk membantu rakyat menghadapi
taraf hidup yang kian meningkat. Di samping meletakkan jenama politik
kepada barangan keperluan asas rakyat, ianya tidak memberikan sebarang
penyelesaian kepada masalah kabotaj di Sabah dan Sarawak.
Najib
juga tidak menyatakan rancangan untuk membantu warga Sabah dan Sarawak
untuk menghadapi kenaikan barangan memandangkan kedua-dua negeri
mempunyai kadar kemisikinan antara yang tertinggi di Malaysia.
Memandangkan dasar 1Negara 1Harga ini hanya meliputi barangan keperluan
asas, ianya mempunyai skop yang lebih kecil dari skop yang diberikan
oleh manifesto PAKATAN untuk menghapuskan dasar kabotaj di Sabah dan
Sarawak.
Dalam manifesto BN, Najib memilih untuk
mentransformasikan automotif negara dengan mengurangkan harga kereta
sekurang-kurangnya 20 peratus akan tetapi, walaupun ianya diambil dari
rancangan PAKATAN untuk menurunkan harga kereta dalam cara menghapuskan
duti eksais, ianya tidak memberikan rancangan terperinci mengenai
mekanisme untuk menurunkan harga serta jangka masa yang diperlukan untuk
menurunkan harga kereta.
Secara asasnya, di bawah Najib, amalan
pemberian wang tunai diteruskan tanpa memberikan penyelesaian kukuh
kepada masalah kemiskinan dan ketidakmampuan rakyat untuk menghadapi
taraf hidup yang kian meningkat.
Di mana Najib meletakkan jenama
politik ke atas keperluan asas rakyat seperti pendidikan, perumahan,
barangan runcit, kesihatan, Najib memilih untuk mempolitikkan kehidupan
seharian rakyat.
*KPRU adalah Kajian Politik untuk Perubahan yang menjalankan kajian berkaitan pilihan raya.