Friday, July 24, 2009

Demo besar Pro-, anti-ISA umpama pertembungan tentera Merah dan Kuning .



kelulut@telokbakong.com

24.07.09


Demonstrasi serentak dua kumpulan berlawanan pendirian - penentang dan penyokong Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) - pada 1 Ogos ini .

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.

Sementara penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.

Satu sejarah akan terlakar jika benar perarakan dua kumpulan yang berlainan fahaman ini berlaku.Perhimpunan yang penuh emosi dijangka akan berlaku pada tarikh tersebut .

Perancangan awal telah dibuat oleh GMI iaitu kumpulan yang menentang ISA serta menuntut penghapusan akta ISA.

Sementara itu kumpulan yang menyokong pula dilihat sebagai langkah provokasi sahaja .

Kemungkinan berlaku kekecohan besar tidak boleh dinafikan. Dijangka pemimpin dan penggerak Pakatan Rakyat dijangka turut akan hadir .Maka cara mudah untuk menangkap para penentang ditiupkan api keganasan .

Jika berdasarkan jumlah peserta penyokong ISA sekitar 3000 orang secara kekuatan mereka bukanlah majoriti.Selama ini pun mereka hanyaklah pengecut yang berselindung disebalik pihak berkuasa .

Pihak yang menentang ISA dijangka puluhan ribu .Walau bagaimanapun provokasi ala era reformasi pasti berlaku. Bagi membuktikan pihak Anti ISA, yang bertanggungjawab penuh keatas huru hara tersebut .

Pertembungan ini bolehlah dianggap sebagai ' pertempuran ' tentera merah dan kuning .

Satu pihak mempertahankan kebenaran , satu lagi mempertahankan kebatilan .

Hapuskan I S A !

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

http://budaksekolahlambor.blogspot.com

Thursday, July 23, 2009

Dun Galas dalam perhatian ?


kelulut@telokbakong.com
23.07.09


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS kawasan Galas di Parlimen Gua Musang, Che Hashim Sulaima, 45, kini dilaporkan dalam keadaan uzur akibat kanser perut.

Menurut sumber rakan terdekat Che Hashim berkata beliau kini sentiasa berulang-alik dari kawasannya ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kimoterapi bagi penyakitnya itu, yang kini berada di tahap empat.

Itu antara petikan akhbar yang pernah tersiar sebelum ini .

Minggu lepas penulis bertemu dengan biras yang bertugas sebagai SB .Beliau terlibat dan bertugas di PRK Bukit Gantang sebelum ini .

Setiap kali bertemu antara topik penting jadi bahan adalah politik.Malah PRK sebelum ini penulis sering bertanya tentang peluang PR.

Jawapan beliau sering positif , PR menang katanya .

Setelah kemenangan di Manek Urai dia mengingatkan bahwa Dun Galas didalam Parlimen Gua Musang sedang didalam perhatian .

Secara logiknya Umno pasti sudah menggerakkan jentera sedikit demi sedikit .

Apakah PRK akan berlaku lagi ? Jika SB sudah berkata demikian maksudnya sebarang kemungkinan perlu di hadapi .

Walau bagaimana pun sebagai muslim , ayuh kita mendoakan agar YB Che Hashim Sulaima di sembuhkan oleh ALLAH SWT .

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Reaksi tertuduh yang penuh dengan keinsafan bakal disebat

kelulut@telokbakong.com
23.07.09






IPOH: “Saya akan terima hukuman di dunia. Hukuman di akhirat kelak biar Allah s.w.t yang menentukannya. Saya menghormati keputusan mahkamah dan mengaku itu kesalahan saya, bukannya kesalahan ibu bapa, keluarga saya atau orang lain.

“Justeru, saya memohon mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan itu memandangkan mahkamah belum memberitahu bila hukuman ini akan dijalankan,” kata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Dia yang dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah meminum arak, memohon supaya mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan supaya dia boleh menumpukan masa depan bersama keluarganya.

“Saya anggap ini ketentuan Allah dan balasan kepada saya kerana memandang ringan soal agama. Sekiranya kejadian ini tidak berlaku mungkin saya masih lagi ‘hanyut’ dalam keseronokan dunia.


Reaksi mereka yang 'melompat '

Seorang individu awam yang juga merupakan bekas kapten tentera, Datin Malina Su Malik hari ini turut tampil melahirkan rasa tidak puas hati dan ingin membuat petisyen sebagai tanda bantahan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas model kelahiran Sungai Siput, Perak itu.

"Apa yang dilakukan oleh Kartika memang salah, tetapi hukuman sebatan itu tidak adil dan amat melampau. Saya pernah terlihat gambar orang-orang Islam sedang minum arak yang disiarkan di dalam majalah. Tapi mengapa tiada tindakan?

"Jika benar ia dibuat untuk menyedarkan orang lain juga, tidak adakah hukuman lain yang boleh dibuat selain sebatan? Dia sudah sedar kesilapannya dan apa yang menyedihkan, dia sudah pun mempunyai anak.

Ulasan kelulut

Pada mula kes ini tidak begitu menarik untuk diikuti.Tetapi setelah membaca pengakuan tertuduh membuatkan bulu roma berdiri .

“Saya anggap ini ketentuan Allah dan balasan kepada saya kerana memandang ringan soal agama. Sekiranya kejadian ini tidak berlaku mungkin saya masih lagi ‘hanyut’ dalam keseronokan dunia.- Kartika Sari Dewi Shukarnor .

Ucapan ini penuh bermakna jika lihat dengan mata hati. Bukan mudah untuk seorang pesalah minta diadili . Apatah lagi dizaman ini manusia bangga dengan kejahatan atau dosa yang dilakukan.

Yang menghairankan adalah kenapa muslim yang lain pula bersimpati tetapi bernada sinis terhadap Mahkamah Tinggi Kuantan .Kenapa tidak membuat analisa agar lebih membina ?

Kenapa cepat melatah apabila kes bersangkutan syariah dibicarakan ?.Jangan hendaknya umat Islam kelihatan goblok apabila berdepan isu syariah .

Kes wanita dibunuh di Jerman hanya kerana memakai tudung tidak pula mendapat simpati .Benarlah kata Dr Asri media dunia akan memadamkan atau memperkecilkan isu yang melibatkan umat Islam .Tetapi jika ada kesalahan orang Islam maka ia dilihat seperti masalah satu dunia .

Persoalannya dimana kita ?

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

http://budaksekolahlambor.blogspot.com

KTB:Posting pertama gunakan streamyx baru hehehe

Tuesday, July 21, 2009

CCTV hanya berfungsi ketika masuk, tidak berfungsi ketika keluar?

Saya blogmaster edyesdotcom, sangat-sangat bersetuju dengan pernyataan di bawah. Amatlah diterima logik akal!


Jangan Biarkan diri anda diselubungi
misteri Kematian Teoh...

01. Kalau Teoh dah dibebaskan mengapa kelengkapan beliau termasuklah Handphone masih berada ditangan SPRM???? ( Sepatutnya.. setiap individu yang telah dibebaskan selepas sesi soal siasat,akan dipulangkan segala barang kepunyaannya )

02. CC TV hanya dapat merakamkan gambar beliau jam 5.30 petang semasa berjalan masuk ke pejabat SPRM,CC TV tidak dapat mengesan Teoh keluar dari pejabat SPRM,maksudnya beliau masih berada dalam pejabat itu sehingga mayatnya dijumpai????

03. Sekira Teoh ingin membunuh diri, sudah pasti beliau akan terjun terus kebawah,untuk maut secara total.. Mengapa pula beliau perlu terjun ke tingkat lima sahaja yang mayatnya tersorok dan tidak dilihat oleh orang ramai.???

Sendiri Mau Ingat ma......

http://edyesdotcom.blogspot.com

Kes Liwat Anwar: Mahkamah dengar permohonan pendakwa tangguh pelaksanaan esok

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan mendengar tuntutan pendakwa raya untuk menangguhkan pelaksanaan perintah agar menyerahkan sebahagian besar dokumen bagi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Semalam pihak pendakwaan memfailkan notis usul memohon penangguhan tersebut.

Pada 16 Julai lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Anwar dan memerintahkan pihak pendakwaan menyediakan dokumen berkenaan dalam tempoh tujuh hari sebelum perbicaraan kes liwat tersebut bermula.

KTB:Dakwa orang tak guna akal....dah kelam kabut..dunia sedang memerhatikan 'raja lawak' beraksi...

Thursday, July 16, 2009

'Pakatan kuasa' tertentu cuba halang pengumuman laporan PKFZ — Tee Keat

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat mendedahkan wujudnya “pakatan kuasa-kuasa tertentu” yang telah cuba menghalang beliau daripada mengumumkan laporan audit PricewaterhouseCoopers mengenai Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Kuasa-kuasa itu termasuklah orang-orang yang terbabit dengan projek tersebut, kuasa-kuasa bisnes politik yang berkaitan dengan orang-orang itu, dan pihak-pihak tertentu dalam parti pemerintah.

"Mereka antara lain mengugut untuk mengancam keselamatan diri saya, dan mengenakan tekanan dalaman… dengan tujuan untuk cuba menghalang saya mengumumkan kandungan laporan itu,“ kata beliau dalam temu ramah dengan Sin Chew Daily hari ini.

Menurut Ong, memang wujud beberapa kuasa yang berpakat yang “mengepung” beliau dari semua penjuru, dan ini termasuklah juga khabar angin yang disebarkan parti-parti pembangkang Cina selepas pengumuman laporan audit tersebut.

Malah, katanya, ada pihak yang menghantarkan mesej melalui perantara kongsi gelap untuk mengugut beliau bahawa "jika kamu hilang daripada dunia ini suatu hari nanti, kamu akan tahu kenapa ini berlaku.”

Ong menjelaskan, tujuan beliau melantik PWC menyiasat PKFZ amatlah mudah.

“Memandangkan bahawa projek itu merugikan sejumlah wang yang besar, saya tidak mahu jumlah hutang yang besar itu diwarisi oleh anak cucu kita," katanya.

Beliau mengaku bahawa kes PKFZ itu merupakan ‘racun’ yang menyebabkan kekalahan teruk BN dan MCA dalam pilihan raya umum ke-12 .

Tetapi oleh kerana kes itu tidak dapat dipadamkan daripada ingat rakyat hanya dengan langkah pengelakan isu, beliau memilih untuk menyiasat projek itu secara menyeluruh untuk mengembalikan kebenaran kepada rakyat.

Ong turut mendedahkan bahawa kes PKFZ itu menyebabkan kepentingan-kepentingan bisnes tertentu merasapi parti MCA dengan tujuan untuk menyingkirkan beliau dari parti dengan apa cara sekalipun.

“Kuasa-kuasa ini cuba membawakan satu nilai moral yang pelik: Bahawa pihak yang menyiasat sesuatu skandal itu jauh lebih jijik daripada pihak atau individu yang terbabit secara langsung dengan skandal berkenaan; dan mencipta ilusi yang indah dan tenteram adalah lebih penting daripada usaha mendapatkan kebenaran,” ujarnya.

Antara michael jackson & marwa al-sharbini

Sedih. Miris. Itulah yang saya rasakan ketika melihat tayangan pemakaman the King of Pop, Michael Jackson yang begitu gegap gempita di televisi-televisi kita sepanjang hari kemarin. Beberapa stasiun tv bahkan bela-belain menayangkan tayangan eksklusif langsung dari AS acara penghormatan terakhir bagi si Raja Musik Pop sampai pagi ! Dan entah berapa juta mata masyarakat Indonesia yang rela menahan kantuk demi menyaksikan acara itu.

Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung pemakaman seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, wafat akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di televisi-televisi Indonesia, negara yang mayoritas penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa.

Picture (Metafile)

Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa ke tempat peristirahatannya yang terakhir, memang tidak sebanyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas kasusnya. Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya "teroris" hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa
berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan kaparat keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.


Picture (Metafile)

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeda jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita kemarin cuma dijejali dengan pemberitaan seputar pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan "Pahlawan Jilbab". Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangis kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa ... karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli ...

Wednesday, July 15, 2009

Keputusan PRK Manek Urai : kerana lalai, Pas hampir terburai !


kelulut@telokbakong.com
15.07.09


Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Keputusan ini amat memeranjatkan .Semalam belum pun tamat waktu pengundian Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah membuat kenyataan - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

Malangnya setelah mendapat keputusan penuh calon Pas hanya menang 65 undian. Yang menghairankan bagaimana Fatah mendapat maklumat dan teori matematik apakah yang digunakan ? .

Ketika sibuk berkempen Abdul Fatah juga membuat kenyataan " malu mata " apabila ditanya tentang ketidakhadiran Timbalan Presiden PAS .Peluang ini digunakan sebaiknya oleh Umno. Soalnya apa perlu mengeluarkan kenyataan sinis sedemikian?.

Ada penganalisis sudah mendapat fakta bahawa Jentera pilihanraya PAS pada kali ini adalah paling lemah dalam sejarah.Ini dikuatkan lagi oleh fakta bergambar oleh pihak Zentrum Future Studies Malaysia (ZENTRUM. Manakala jentera UMNO pula amat bersemangat dan tersusun.

Inilah diantara punca-punca 'kekalahan' moral bagi PAS ini. Sikap terlalu yakin ditambah lagi masalah dalaman yang masih belum terungkai.

Kini terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin PAS. Apakah mahu terus terperangkap didalam jebak UMNO. Manakala disuatu pihak yang lain pula suka mencipta masalah tanpa berfikir panjang apabila mengeluarkan kenyataan.

Kini pola pengundian terhadap PAS terutama pengundi Melayu teruji lagi. Jika di Bukit Gantang menurun kini Manek Urai juga tiada yang boleh dibanggakan.

Apakah PAS akan terus relevan didalam PRU akan datang ? segalanya berada diatas pundak pemimpin PAS. Bagaimana mahu memikat pengundi Melayu. Selama ini pun PAS masih gagal menarik undi mereka secara tuntas.

Pemimpin PAS jangan hanya pandai menyalahkan parti lain.Ada kalanya perlu memuhasabah adakah dakwah PAS telah meresap ke akar umbi.

Manek Urai adalah deringan loceng kecemasan, jika PAS terus berada didalam kemelut PRU 13 PR akan gagal menawan Putrajaya.

Sekaligus Kelantan akan jatuh ketangan BN.Apakah ia mustahil ?

Kepada pemimpin PAS ayuh bangun dan bersatulah !

www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

Friday, July 10, 2009

Tun Mahathir mula serang Najib , terus lanyak Tun Abdullah.

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".

Tambahnya, ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Najib yang genap 100 hari esok.

bukit gantang by election mahathir ceramah and luncheon 060409 04Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Bercakap selepas menyampaikan ucap utama program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia" yang diadakan secara tertutup, Dr Mahathir ditanya sama ada pentadbiran Najib telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.

Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."

Jawapannya disambut dengan gelak ketawa para hadirin.

Masa depan orang Melayu

Ketika ditanya mengenai nasib orang Melayu di negara ini, Dr Mahathir berkata, ianya bergantung kepada orang Melayu sendiri.

“Mereka harus bertindak untuk orang Melayu tetapi lima tahun pentadbiran (Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi rosak semua - rakyat, ekonomi, kewangan dan parti-parti BN.

“Tetapi saya tidak dengar orang Melayu komplen terhadap Tun Abdullah,” katanya.

Mantan perdana menteri itu berkata, orang Melayu hari ini tidak puashati kerana dituduh menjadi penghalang perpaduan, pertumbuhan ekonomi dan sebagainya.

Katanya, mereka bimbang apa yang akan berlaku kepada mereka nanti dan mereka harus tahu apa yang akan berlaku dalam negara mereka sendiri.

Dr Mahathir juga berkata, parti pembangkang tetap diperlukan untuk menegur kerajaan jika membuat salah .

Thursday, July 9, 2009

Isu Royalti Petroleum dan Gas Asli Kelantan


Isu Royalti Petroleum dan Gas Asli Kelantan
9 07 2009 dari blog kickfella

DSC_0338

Foto Ehsan LanJan
Oleh Syed Azidi AlBukhary
Pada 16 Mac 2009, sebuah seminar berhubung KDNK mengikut Negeri telah diadakan di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Menerusi bahan-bahan yang dibentangkan satu penemuan menarik telah mengesahkan segala yang sebelum ini sering cuba disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Statistik Negara memaklumkan angka baru sektor perlombongan di Negeri Kelantan. Ianya sangat signifikan iaitu RM2,615 juta bagi tahun 2006 dan RM2,721 juta bagi tahun 2005. Bagi memudahkan kita, elok sahaja angka itu dibaca sebagai RM2.6 Billion dan RM2.7 Billion. Pada kebiasaannya sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.5% sahaja iaitu didalam lingkungan RM70 ke RM100 juta sahaja.
Wakil Jabatan Statistik Negara memaklumkan bahawa kesahihan data tersebut adalah berpunca daripada PETRONAS. Didalam erti kata lain, apa yang difahami dari seminar sehari tersebut ialah Petroleum dan Gas Asli telah mula menyumbangkan kepada KDNK Negeri Kelantan dari tahun 2005 lagi.
Pada 9 Mei 1975, Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut yang kebelakangan ini cuba pula dinafikan oleh beberapa pemimpin BN termasuk tokoh BN Kelantan bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”.
Section 4 di dalam perjanjian tersebut di baca seperti berikut,

“Section 4. Cash payment by the Corporation.

In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned.”

Oleh yang demikian, sekiranya royalti Petroleum dan Gas Asli dibayar kepada Kelantan berdasarkan data EPU Jabatan Perdana Menteri mengikut akta dan perjanjian yang ditandatangi maka Kelantan berhak mendapat royalti 5% daripada hasil pengeluaran.
Oleh yang demikian, royalti yang harus dibayar secara tunai oleh kepada negeri Kelantan pada tahun 2005 ialah sejumlah RM131 juta. Bagi tahun 2006 pula ialah RM136 juta. Data Rasmi bagi tahun-tahun seterusnya belum dikeluarkan. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada kenyataan Media PETRONAS, SHELL, CS MUTIARA dan AREMADA HESS menyakinkan bahawa aktiviti carigali dan penggerudian Gas Asli di beberapa blok berhampiran Perairan Kelantan sedang bertambah aktif, bererti jumlah hasil semakin meningkat setiap tahun.
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia

statistik petroleum JPM
Pada 2004, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak 62.5% hasil galian Petroleum di Malaysia.
Ketiga-tiga negeri ini menghasilkan keluaran kasar sebanyak RM46,810,935 ribu (atau RM46 Billion). Sila rujuk buku mukasurat 187, Jadual 5.3 buku jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2004.
Kekeliruan Dalam Isu Petroleum dan GAS Kelantan
Kekeliruan tidak dinafikan tetapi bukan dari soal wujudnya aktiviti perlombongan Petroleum dan Gas tetapi dalam soal hak Negeri Kelantan. Tahun lalu, Menteri Senator Amirsham memberitahu Dewan Rakyat bahawa tiada sumber Petroleum dan Gas di Kelantan.

Kenyataan Mustapha

Kenyataan Media Mustapha Mohamed
Pada 28 Jun 2009, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed menafikan bahawa hasil bumi itu adalah hak Kelantan kerana katanya ia adalah di kawasan pertindihan antara Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan Vietnam.

Mustapha Tidur Ketika Abdullah Badawi Merasmikan ECER 2007
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang BN, Alwi Che Mat dan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek lebih positif dan lebih mementingkan hak Kelantan dari bermain politik lantaran bersedia untuk bersama-sama rakyat Kelantan mendapatkan hak tersebut.
Peguam dan ahli politik, Zaid Ibrahim turut sama menyertai usaha mulia ini. Adalah diharapkan, YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga akan turut serta.
Memahami Kekeliruan
Perairan Negeri ditakrifkan hanya 3 batu nautikal. Bagaimanapun apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedua-dua negeri tersebut dijanjikan hak bahawa segala hasil petroleum mereka akan terus menjadi milik mereka walaupun telaga minyak mereka jauh ke tengah laut dan ditakrifkan sebagai jatuh kedalam Perairan Malaysia.

Petroleum Act 1

Akta 144
Bagaimanapun dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan hak Malaysia dari terus digerudi dan di sifon oleh syarikat-syarikat petroleum asing dengan pulangan yang sedikit kepada Malaysia, PETRONAS ditubuhkan.
Beberapa buah negeri setelah berdepan dengan pelbagai tekanan akhirnya tunduk dan menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.

Petroluem Act section 4

Seksyen 4 Akta 144
Persoalan 3 batu nautikal tidak lagi menjadi isu. Negeri-negeri menyerahkan hak mereka terutama seperti Sabah dan Sarawak. Bagi Kelantan dan terengganu pula, sebelum tubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, kedua-dua negeri ini adalah Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Penyertaan ke dalam Persekutuan menyebabkan banyak hak Raja-Raja mereka terlucut. Oleh yang demikian, di dalam banyak hal antara Negeri dan Persekutuan, semangat yang memeterai perjanjian Persekutuan sering diutamakan.

Petroleum Act Agreement

Contoh Draf Perjanjian Yang Ditandatangi Oleh Negeri-Negeri
Atas semangat tersebut, Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.
Hak Kelantan

Telaga Minyak Semenjanjung

PM301 dan PM302 dalam Perairan Kelantan, Bersebelahan Dengan JDA (Lihat Juga Blok Minyak Terengganu Yang Lebih Jauh)
Perairan Kelantan tidak dinafikan kaya dengan Gas Asli. Blok PM301 iaitu bermula dari Tumpat hingga ke tengah laut dan blok PM302 yang bersempadan dengan blok PM301 adalah dua blok yang telah diterokai melalui usahasama Petronas Carigali dan Shell. Bukti hasilnya akan di dedahkan di ruangan selepas ini.
Kawasan pertindihan atau di Kenali sebagai Joint Development Area (JDA) Malaysia – Thailand pula adalah kawasan teraktif di Teluk Siam. Aktiviti mengeluarkan gas asli di sini telah mula membuahkan hasil bermula 2 Januari 2005.
Ini adalah salah satu kawasan yang disebut oleh Mustapha Mohamed, seorang rakyat Kelantan sebagai bukan hak Kelantan.
Mustapha Mohamed seorang dayus. Mustapha Mohamed juga buta geografi. Kawasan JDA di mana operasi projek Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.
Fakta JDA

JDA Location MAP

Kota Bharu Hanya 150 Km dari JDA
Sehingga hari ini, Mustapha tidak pernah memperjuangkan hak mendaratkan gas asli itu ke Bachok seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Kelantan walaupun ternyata ianya adalah kawasan paling ekonomikal dan strategik.

Pipeline

Paip Menyalurkan Minyak Menerusi Jalan Bahaya dan Jarak yang Amat Jauh

* Gas Asli dari kawasan JDA di daratkan ke Songhla 110 km lebih jauh dari Kota Bharu, bandar terdekat.
* Gas Asli itu mahu disalurkan menggunakan paip ke Gurun Kedah dari Songhkla menerusi laluan konflik di wilayah bergolak di Selatan Thai.
* Perjanjian penerokaan dengan Thailand adalah berdasarkan 50:50.
* Hak Malaysia di hantar dulu ke Songhkla mengapa tidak terus ke Malaysia?

Apa yang dinamakan JDA ialah

* Kawasan seluas 7,250 km persegi dengan bandar terdekat ialah Kota Bharu Kelantan.
* Tenaga kerja di kawasan JDA berkumpul di Kota Bharu dan dihantar dengan helikopter ke JDA kerana ia paling ekonomikal.
* Berdasarkan data penghujung 2007, dianggarkan kawasan JDA menpunyai reserve gas asli sebanyak 8.5 trillion standard cubic feet.
* Lebih 20 zon gas asli telah ditemui.
* Produksi gas asli telah bermula pada 2 Januari 2005 di zon Cakrawala.

Pada 3 Mei 2005, Kastam Thailand telah mengeluarkan kenyataan berikut,
“The Joint Development Area is 260 kilometers far from Songkhla Province, where gas, oil, and condensate are located. The gas production in the JDA has been commenced since 2 January 2005 and the approximate profit to Thailand at the first stage will be of 45,000 million baht.”

Untuk maklumat lanjut tentang hasil yang diperoleh oleh Thailand, pembaca boleh hubungi Public Relations Sub- Division Tel.02-671-7077 ,02-249-9017.

Offshore Magazine

Petikan Berita Dalam Majalah Offshore

Jika Thailand memperolehi bahagiannya sebanyak 45 billion Baht dari satu zon di JDA, bererti Malaysia juga memperolehi jumlah yang sama atau lebih kurang RM4.5 Billion.

Hess Statement 1

Kenyataan Media Hess
Blok eksplorasi di JDA adalah seperti berikut,

* A18 – Kontraktor ialah PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%) dan Hess Oil Company of Thailand (JDA) Ltd (49.5%), Hess Oil Company of Thailand Inc. (0.5%). Operator ialah Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd.
* B17 (termasuk B17-1) dan C19 – Kontraktor ialah PTTEP International Limited (50%) dan PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%). Operator Carigali PTTEP Operating Company Sdn Bhd.

Petronas Statement JDA 1

Kenyataan Media PETRONAS
Pengeluaran bagi kawasan JDA adalah seperti berikut,

* Blok A18 ( 9 zon) – Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudra, Wira dan Samudra North.
* Blok B17 (9 zon) – Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.
* B17-01 (3 zon) – Tanjung, Jinda dan Andalas.

Komplex utama terletak di Blok A18 bernama Cakrawala Production Complex. Siap pada 2002 dan mengeluarkan hasil menerusi 19 telaganya mulai 2 Januari 2005.
Blok B-17 dijangkakan akan mengeluarkan hasil pada Oktober 2009.
Mengapa Kelantan Tidak Mendapat Imbuhan?

DSC_0371

Anak tempatan Hanya Berputih Mata Kalau Kita Tidak Sanggup berputih Tulang – Foto Ehsan LanJan
Malaysia menerusi PETRONAS memperolehi 50% dari hasil penemuan di JDA yang begitu dekat dengan Kota Bharu sehinggakan pemancing tempatan pun boleh pergi ke pelantar tersebut.

Terengganu

Telaga Minyak Terengganu 166 KM Pun Dihantar Balik Ke Terengganu
JDA lebih dekat dengan Kota Bharu berbanding telaga minyak di Terengganu dan jaraknya dengan Kerteh.
Hujah mengatakan Kelantan tidak berhak kerana ia terletak di kawasan bertindih adalah begitu mentah sekali kerana,

* Kawasan itu dituntut sebagai hak Malaysia kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia,
* Malaysia memperolehi 50% dari hasil di situ kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia.

Oleh yang demikian, ia menunjukkan pentingnya Kelantan didalam penyelesaian dan hak Malaysia ke atas JDA.
Jika Kelantan adalah sebahagian dari Thailand atau sebuah wilayah bebas, tentu sekali Malaysia tidak ada hak langsung ke atas hasil bumi dan lautan di situ.
Sempadan perairan Malaysia disitu dipengaruhi oleh kewujudan Kelantan sebagai sebuah wilayah di dalam Malaysia.
Kelantan bukan sebuah negeri yang dijajah atau dirampas oleh Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah membuktikan bahawa Kelantan pernah berada dibawah pengaruh Siam, Jepun dan Inggeris. Sewaktu dibawah pengaruh Inggeris, Kelantan diiktiraf mempunyai sebuah Kerajaan Berdaulat diketuai oleh baginda Sultannya. Inggeris mengklasifikasikan Kelantan sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu.
Penyertaan Kelantan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah atas semangat Persekutuan bukan dengan rasa dijajah. Sultan Kelantan terus dijamin hak kekuasaannya dibawah semangat Persekutuan dan juga berdasarkan haknya sewaktu menjadi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Kelantan menyertai Persekutuan Tanah Melayu atas dasar penyatuan. Bersatu turut bererti berkongsi. Kedayusan yang ada pada Mustapha Mohamed harus tidak mempengaruhi rakyat Kelantan dalam mempertahankan hak mereka.
(Bersambung kelak – Analisa PM301 dan PM302 hak Kelantan menjelang 2011 dan 2012).

Linkwithin