Wednesday, July 15, 2009

Keputusan PRK Manek Urai : kerana lalai, Pas hampir terburai !


kelulut@telokbakong.com
15.07.09


Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Keputusan ini amat memeranjatkan .Semalam belum pun tamat waktu pengundian Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah membuat kenyataan - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

Malangnya setelah mendapat keputusan penuh calon Pas hanya menang 65 undian. Yang menghairankan bagaimana Fatah mendapat maklumat dan teori matematik apakah yang digunakan ? .

Ketika sibuk berkempen Abdul Fatah juga membuat kenyataan " malu mata " apabila ditanya tentang ketidakhadiran Timbalan Presiden PAS .Peluang ini digunakan sebaiknya oleh Umno. Soalnya apa perlu mengeluarkan kenyataan sinis sedemikian?.

Ada penganalisis sudah mendapat fakta bahawa Jentera pilihanraya PAS pada kali ini adalah paling lemah dalam sejarah.Ini dikuatkan lagi oleh fakta bergambar oleh pihak Zentrum Future Studies Malaysia (ZENTRUM. Manakala jentera UMNO pula amat bersemangat dan tersusun.

Inilah diantara punca-punca 'kekalahan' moral bagi PAS ini. Sikap terlalu yakin ditambah lagi masalah dalaman yang masih belum terungkai.

Kini terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin PAS. Apakah mahu terus terperangkap didalam jebak UMNO. Manakala disuatu pihak yang lain pula suka mencipta masalah tanpa berfikir panjang apabila mengeluarkan kenyataan.

Kini pola pengundian terhadap PAS terutama pengundi Melayu teruji lagi. Jika di Bukit Gantang menurun kini Manek Urai juga tiada yang boleh dibanggakan.

Apakah PAS akan terus relevan didalam PRU akan datang ? segalanya berada diatas pundak pemimpin PAS. Bagaimana mahu memikat pengundi Melayu. Selama ini pun PAS masih gagal menarik undi mereka secara tuntas.

Pemimpin PAS jangan hanya pandai menyalahkan parti lain.Ada kalanya perlu memuhasabah adakah dakwah PAS telah meresap ke akar umbi.

Manek Urai adalah deringan loceng kecemasan, jika PAS terus berada didalam kemelut PRU 13 PR akan gagal menawan Putrajaya.

Sekaligus Kelantan akan jatuh ketangan BN.Apakah ia mustahil ?

Kepada pemimpin PAS ayuh bangun dan bersatulah !

www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

3 comments:

SMT03 said...

Begini jawapan saya, mudah saja:

1) Tolong jgn salah kan media arus perdana! Takdir ilahi telah menentukan, mereka di lahirkan untuk mengadu domba jemaah kita!
2) Dalam barisan jemaah kita ini, masih ada yang MUNAFIQ…kecintaan pada allah hanya di bibir, di hati …..lain kot!!
3) Bezanya ialah; MUNAFIQ yang ada dalam jemaah kita ini sedikit bilangan nya (secara relatifnya) daripada yang berada di gerombolan be-END
4) Walaupun berada dalam jemaah islamiyah, kita tetap memegang tittle yang sama…MELAYU
5) Ingat! MELAYU ini kaya…kaya dengan: hasad dengki, busuk ati, tak boleh tengok org senang, suka cari pasal, suka cari publisiti murahan, suka glamor, singkat akal,...dan yag palin penting! CEPAT LUPA DIRI!
6) Apa yang jemaah lupa? Jemaah kita lupa apa yang berlaku di tahun 1999+2008 (menang bergaya!) berbanding 2004(kalah teruk!)..Lupa menginsafi diri! Lupa, bagaimana cara menguruskan kemenangan.
7) Ada beza dia antara berikut ini: mengurus atur kemenangan, mengekalkan kemenangan, mencari kemenangan dan……mempertahan kan kemenangan untuk satu jangka waktu yang panjang!
8) Jemaah lupa! Mereka di luar sana sedang memerhatikan kita (terutama yang bukan islam kot)…tentang perselisihan pendapat kita, tentang pertelingkahan secara terbuka, tentang perpecahan kepimpinan… Mungkin juga ada yang MUAL melihat semua ini..Hentikan lah….!(susah kot nak berhenti..sbb kita pegang tittle yang sama = MELAYU!)
9) Yang tersirat nya adalah…..ini adalah kemenangan mutlak & besar be-END…usaha tentang UG telah membuah kan hasil.
10) Jgn kita bodoh menanalisis apa yang PiEM Najib katakan…. Yang tersurat nya adalah skongan kembali pulih..tetapi untuk kita yang malas berfikir…biar aku jelas kan, yang tersirat nya kesah dongengan Kerajaan Perpaduan telah menampak kan hasil untuk be-END…. Bersedialah wahai jemaah..”peperangan“ yang lebih besar dlm bentuk “tersirat“ akan dtg lagi...lebih dahsyat lagi! Soalan nya: telah kah kita bersedia!??????
11) Jika pilihanraya ini adalah permainan bolasepak, saya boleh simpulkan PiEM Najib adalah “pakar taktikal” …pikir2 kan lah…
12) Takbir…allahu akbar….

Budak Sekolah Lambor said...

aku setuju dengan pandangan syahriza ini...kita salahkan media ..tapi bila nak salahkan diri sendiri ( pas)?

Budak Sekolah Lambor said...

ada satu group si bongok dalam pkr dan DAP....PUN ada lagi berotak pembangkang sepanjang masa...

agaknya dah lama sangat jadi pembangkang otak dah jadi BODOH !

hoi ! sedo le kome udah jadi pemerintah..!

Linkwithin