Sunday, April 28, 2013
Saturday, April 27, 2013
Tan Sri Muhammad Mohd Taib sifatkan UMNO kereta buruk yang tiada brek
Turut berceramah dalam ceramah kelompok berkenaan ialah Calon Parlimen Parlimen Batu Saudara Tian Chua,Editor Harakah Dato' Tarmizi Mat Jam, dan YDP PAS Batu Cikgu Ishak Surin. Sorotan video akan menyusul..tunggu.TBO
Penganjur Terpaksa Bertegang Leher Dengan Agen Parti SPR..!! Ceramah Nyaris Nyaris Dibatalkan
Semalam satu ceramah umum nyaris digagalkan oleh agen parti yang turut berada didalam SPR.Kejadian berlaku di tengah tengah acara apabila sekumpulan yang mewakili SPRM telah hadir yntuk membuat lawatan mengejut disatu tapak ceramah di Bota Kiri.
Perkara pertama yang diperiksa mereka ialah permit ceramah.Salah seorang agen yang mewakili parti telah berkeras supaya pihak penganjur menunjukkan permit ceramah.Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan.Pihak penganjur berhujah bahawa permit ceramah tidak diperlukan semasa "Kempen Pilihanraya" yang berlangsung disepanjang 15 hari ini.Penganjur juga mempertikaikan sama ada pihak UMNO juga ada memohon permit untuk kempen kempen mereka?.Beliau berharap supaya SPR membuat pemantauan secara adil dan saksama tanpa memilih bulu.Jangan cuma menjadi perkakas UMNO sahaja.
Penganjur juga turut mempertikaikan mengapa SPR membiarkan bendera UMNO begitu banyak digantungkan didalam kampung kampung padahal Parti UMNO tidak bertanding didalam PRU 13.Perlanggaran undang undang itu begitu jelas tetapi tiada pihak yang buat teguran dan penguatkuasaan.Bendera Parti yang tidak bertanding cuma boleh digantung di Bangunan Parti itu sahaja dan tidak boleh digantung seperti bendera bendera parti yang bertanding.
Bagi pihak AMK Parit,menurutnya UMNO telah lama mencabuli hak hak demokrasi tetapi SPRM memandang perkara tersebut sebelah mata sahaja.Pengunaan Dewan Orang Ramai sebagai bilik gerakan BN adalah mencabuli hak hak orang ramai dan merupakan tindakan yang tidak demokatik,namun sehingga hari ini tiada satu pun larangan atau arahan dari pihak SPR.Rakyat dirasakan telah diperbodoh dan ditarik hidung kerana mereka tidak dapat menyuarakan hak dan kehendak mereka.SPR semacam cuba menyembunyi kan fakta fakta serta undang undang mengenai Pilihanraya.
Setelah berhujah dengan panjang lebar oleh Ketua Penerangan dan Ketua AMK,akhirnya agen berkenaan terpaksa mengalah kerana segala hujah hujah penganjur adalah benar dan berkemungkinan beliau sendiri kurang arif dengan peraturan peraturan Pilihanraya.
Adalah sangat menghairankan bahawa banyak berlaku dalam ceramah ceramah UMNO yang menuduh DS Anwar Ibrahim sebagai peliwat,LBGT,agen yahudi dan sebagainya.SPR tidak ambil tindakan pun ke atas penceramah,padahal Mahkamah sendiri mendapati DSA tidak bersalah dan beberapa pihak tertentu telah didenda kerana menuduh DSAI sedemikian.Mengapa fitnah dan cemuhan dibenarkan didalam ceramah politik.Perkara ini boleh dilihat di Botaonline.
Sekiranya ada provokasi dari agen parti dalam SPR ini,pihak penganjur mestilah dengan tenang dan sabar membalas setiap serangan.Sesungguhnya provokasi ini sememangnya diatur untuk memperlahankan momentum gerakkerja Pilihanraya Pakatan Rakyat.Umno merasakan sekiranya momentum seperti ini berterusan selama 8 hari lagi,nescaya BN akan kalah teruk
Kembalikan fungsi asal media
Wartawan Sinar Harian
24 April 2013
24 April 2013
Muhammad Ismi Mat Taib
Menurutnya, sebagai kerajaan, BN dilihat gagal mengembalikan fungsi media rasmi kepada fungsi asal iaitu menjadi jentera penerangan kerajaan.
“Apa yang berlaku mereka terus menjadi jentera penerangan BN seolah-olah mereka sahaja yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
“Kegagalan ini jelas menunjukkan BN tidak mahu berubah dan sentiasa berlaku zalim kepada harta dan hak rakyat,” katanya.
Beliau berkata, pilihan raya adalah kemuncak kepada amalan demokrasi di Malaysia dan BN dilihat akur dan merendah diri apabila sanggup ‘menuntut ilmu’ daripada Pakatan Rakyat (PR) dalam melaksanakan manifesto.
Penolong Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat berkata, manifesto PR wujud disebabkan oleh keinginan rakyat untuk melihat sebuah kerajaan yang adil, telus dan berkebajikan.
“Inilah mesej utama dalam manifesto PR dan jika konsep ini gagal difahami BN maka negara akan terus mundur dan keadaan ekonomi negara akan semakin terjejas,” katanya.
Friday, April 26, 2013
Nasib 4 katak di Perak : Hilang Hanyir, Bangkai Dibuang..Daaa..
![]() |
| Katak Lagi Satu..Terselamat..Dalam Pahgrit Banyak Katak..Gedek..Gedek..Ongg!!! |
Itulah nasib empat bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak yang menolong BN menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan di Perak.
Dalam pengumuman calon-calon BN , kesemua mereka tidak mendapat sebarang kerusi dalam pilihan raya ini.
(Dalam kenangan...Najib ketika mengumumkan tindakan tiga ADUN Pakatan keluar parti dan sokong BN. Sekarang ke mana mereka?)
"Setelah rampasan kuasa di Perak, kini BN mengkhianati 4 katak yang
bantunya rampas kuasa. Rakyat tak akan lupa. Ini Kalilah!" tulis Nga Kor
Meng, bekas Exco kerajaan negeri Perak.
Sebelum ini, beliau yang juga Setiausaha DAP Negeri Perak mencabar
Barisan Nasional (BN) menyenaraikan empat calon bebas, Datuk Hee Yit
Fong, Jamaluddin Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Keshvinder Singh
sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Nga Kor Ming berkata, keempat-empat penyandang kerusi Dun itu perlu
diberi peluang susulan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing
untuk membolehkan BN mentadbir negeri ini.
Katanya, BN perlu mengenang jasa keempat-empat penyandang kerusi Dun
itu dengan mencalonkan mereka untuk bertanding semula pada pilihan raya
umum kali ini.
"Mereka perlu diberi peluang selepas tindakan mereka menamatkan
pemerintahan sebuah kerajaan yang mendapat mandat sepenuhnya daripada
rakyat. Kami cabar BN Negeri Perak senaraikan 'fantastic four' ini
sebagai calon PRU13.
"Perletakan keempat-empat calon bebas itu bakal membuktikan tahap
sebenar sokongan rakyat kepada mereka," katanya pada sidang media, di
sini sebelum ini. Harakah
Kenalilah Calon Parlimen P 069 Pakatan Rakyat Ustaz Ismi Hj Mat Taib
Anak watan kelahiran Parit Perak ini merupakan seorang aktivis sosial yang telah banyak memberi impak positif kepada masyarakat dan terlbat dalam mengatasi masalah rakyat dalam pelbagai bidang.
PROFIL:
TARIKH LAHIR : 24 MEI 1974
TEMPAT LAHIR : PARIT PERAK
NAMA ISTER : HAJAH MASLINA BT MUHAMMAD
ANAK : 7 ORANG
KERJAYA : PENGARAH URUSAN DAN PEMBIMBING UMRAH
DARUL MUBARAK TRAVEL & TOUR
![]() |
| Berucap Dihadapan Markaz Pas Bota |
PENDIDIKAN
1.Sedang mengikuti pengajian doktor falsafah dalam bidang pengajian Al-Quran di Universiti Malaya
2.Ijazah sarjana Usuluddin Al-Quran & Hadith, Universiti Malaya.
3.Ijazah sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab,University of Jordan.
4.Kolej Islam Sultan Alam Shah Kelang,Sek Men Izuddin Shah Ipoh,Sek Keb Parit.
PENGALAMAN KERJAYA
1.Guru-SMK Sultan Muhammad Shah,Sek Agama Aziziah Parit.
2.Pensyarah Institiut Bahasa Melayu malaysia(IBBM),Pensyarah Sambilan UITM
3.Pengarah Urusan Mubarak Travel
4.Guru Agama bertauliah.
![]() |
| Ustaz Ismi Dihari Pernamaan Calun |
JAWATAN DALAM PARTI
1.Bendahari DPP Perak (2007-2009)
2.Ketua DPP Parit (2007-2009)
3.Timbalan YDP Parit
4.YDP PAS Parit (2011 hingga kini)
5.Penolong S/U Dewan Ulamak Pas Pusat (2011-Kini)
SUMBANGAN
1.Ajk Maahad Tahfiz Wal-Addin Parit
2.Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Perak
3.Pengasas Pondok Pengajian Al-Mubarak.
4.Bendahari Kumpulan Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN)
MINAT DAN KECENDERUNGAN
Berminat dalam kerja sosial dan kebajikan.Berpengalaman dan cenderung dalam aktiviti perlancungan,haji dan umrah.
Thursday, April 25, 2013
Bilik Gerakan Bandar Sidec Seri Iskandar Musnah Menyembah Bumi...
Pada hari Ahad yang lalu 21 hb April telah berlaku suatu ribut yang amat kuat di Seri Iskandar.Ribut yang kuat ini telah mengakibatkanBilik Gerakan Bandar Sidec yang diperbuat dari khemah telah tumbang menyembah bumi.Namun pada petang Isnin kelihatan beberapa petugas PKR Bandar Sidec telah mengalihkan sisa sisa runtuhan.Diharap Bilik Gerakan tersebut dapat dinaikkan kembali.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















