Sunday, February 19, 2012

Debat satu langkah kearah kematangan demokrasi


Debat diantara Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang mewakili DAP dari Pakatan Rakyat dengan  Dr. Chua Soi Lek  dari partai MCA yang mewakili  Barisan Nasional (BN) sedikit sebanyak dapat dapat membuka jalan kearah kematangan berpolitik seperti di negara maju yang membenarkan pihak pembangkang mendapat hak bersiaran di media utama. Debat antara dua tokoh utama partai ini disiarkan  melalui saluran ASTRO.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan debat diantara saudara Rafizi Ramli dari PKR dengan YB Khairy Jamaluddin MP Rembau selaku  wakil BN, debat  ini berlangsung di United Kingdom.

Kedua-dua debat ini nampaknya berjalan dengan lancar, apakah selepas ini akan ada lagi debat diantara  tokoh utama  dari BN dan PR. Nampaknya cabaran Datuk Seri Anwar terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat masih belum mendapat balasan dari Datuk Seri Najib.


Apa kata jika ada penganjur seperti ASLI dan lain-lain anjurkan dulu debat antara Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Tan Sri Muhyidin Yassin pula selepas ini. Akhirnya menyusul pula debat antara DSAI dengan Datuk Seri Najib dengan disiarkan secara langsung melalui media penyiaran utama  negara.

Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti semua partai politik yang bertanding diberi ruang untuk bersiaran samada secara langsung atau tidak langsung, adakah ini akan terlaksana. Adakah politik di Malaysia akan berterusan seperti sekarang atau ada perubahan positif selepas ini. Atau itu semua hanya mimpi...????.

Saturday, December 31, 2011

Ceramah Umum



Ceramah bersama
  • Tuan Haji Mohamad Sabu 
  • Laksamana Pertama (B)Imran Abd Hamid
  • Dr. Najihatul Solehah
  • Ustaz Ismi Mohd Taib
  • di Kg Nasarudain Seri Iskandar
  • pada 4 Jan. 2012 
  • Rabu 9.00 malam.

Jemput hadir beramai ramai

Friday, December 23, 2011

Antara dua darjat- tahi dan ludah

  • Turun bendera gambar PM..hina dan perlu diludah dan dimaki..UMNO bising
  • Hadiah kek tahi mulia dan perlu disanjung..akhirnya mereka sendiri yang makan... PR diam je


hincitkan aje...

Muak dah kami dengar tentang Hassan Ali...pecat je le kalau masih degil..x guna di simpan daging busuk ni...


Thursday, December 22, 2011

udah keme kabor kan..kaki kencing



 Rujuk artikel terdahulu...malam ni dapat slot temubual dalam TV 3 1/4...letih lah layan mamat ni

Ulasan Terkini SU Akhbar TG Nik Aziz Berhubung Laporan Akhbar The Star

Merujuk kepada laporan muka hadapan The Star hari ini yang memetik bahawa pendirian Dato Dr Hassan Ali disokong oleh YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am, sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan samada menyokong atau tidak pendirian Dato Dr Hassan Ali. Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Dato Dr Hassan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat. Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Dato Dr Hassan Ali.

Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, 19 Disember 2011. Keadaan beliau stabil dan insya-allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi.

Wednesday, December 21, 2011

apa ditunggu lagi..


Isu Dr. Hassan Ali yang mempersoalkan dasar Negara Berkebajikan yang telah di bahas dan di luluskan dalam Muktamar PAS yang lalu mendapat respon dari Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, beliau berkata " tindakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan konsep negara kebajikan anjuran parti itu seperti mengisytiharkan perang terhadap parti Islam itu.

Bagi TBO amat wajar Dr, Hassan Ali meninggalkan PAS dan menyertai UMNO pujaaanya jika dasar yang telah  diputuskan secara kolektif pun boleh beliau pertikaikan. Amat memalukan  bagi beliau  yang mempunyai ijazah phd dan juga bekas pimpinan tertinggi bersikap demikian.  Pengerusi  Jawatan Kuasa Tata Tertib PAS Pusat tak nak ambil tindakan ke..atau  masih nak simpan duri dalam daging ni sampai membusuk.

Kepada Dr. Hassan Ali  kami ucapkan sayonara,  pergilah kamu ke sebelah sana..apa lagi ditunggu letaklah jawatan sebagai ADUN dan jua EXCO  Kerajaan Negeri Selangor. Tak hinggin kami nak dengar moti basi lapuk kamu tu. Selamat jalan romeo...

Terserlah sudah...

Saturday, December 17, 2011

Nasharudin Mat Isa dan Hassan Ali kaki kencing

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.


Datuk Dr Hassan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah datang ke mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.

Mustafa berkata demikian dalam wawancara khas dengan wartawan Harakah dan Harakahdaily semalam.

Nasharudin Mat Isa ni kalau kuliah beliau ada 12 kali setahun beliau hanya datang 2-3 kali je...tanya mereka yang menjadi jemaah tetap di SPPK Jalan Dungun, Kuala Lumpur, tu belum lagi isu keluarga beliau semasa beliau menetap di Bandar Tun Hussein Onn. Nama je masa tu Timbalan Presiden PAS ( masa itu)hanya sekali dua je berkuliah di surau dan masjid kawasan sekitar Bandar Tun Hussein Onn dan Serdang dalam tempoh beberapa tahun menjadi YB dan Timbalan Presiden PAS.



Isu YB Dr. Hassan Ali malas nak ulas.. lah dah jelas sangat dah...

Linkwithin