Thursday, December 22, 2011

udah keme kabor kan..kaki kencing



 Rujuk artikel terdahulu...malam ni dapat slot temubual dalam TV 3 1/4...letih lah layan mamat ni

Ulasan Terkini SU Akhbar TG Nik Aziz Berhubung Laporan Akhbar The Star

Merujuk kepada laporan muka hadapan The Star hari ini yang memetik bahawa pendirian Dato Dr Hassan Ali disokong oleh YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am, sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan samada menyokong atau tidak pendirian Dato Dr Hassan Ali. Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Dato Dr Hassan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat. Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Dato Dr Hassan Ali.

Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, 19 Disember 2011. Keadaan beliau stabil dan insya-allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi.

No comments:

Linkwithin