Wednesday, December 21, 2011

apa ditunggu lagi..


Isu Dr. Hassan Ali yang mempersoalkan dasar Negara Berkebajikan yang telah di bahas dan di luluskan dalam Muktamar PAS yang lalu mendapat respon dari Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, beliau berkata " tindakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan konsep negara kebajikan anjuran parti itu seperti mengisytiharkan perang terhadap parti Islam itu.

Bagi TBO amat wajar Dr, Hassan Ali meninggalkan PAS dan menyertai UMNO pujaaanya jika dasar yang telah  diputuskan secara kolektif pun boleh beliau pertikaikan. Amat memalukan  bagi beliau  yang mempunyai ijazah phd dan juga bekas pimpinan tertinggi bersikap demikian.  Pengerusi  Jawatan Kuasa Tata Tertib PAS Pusat tak nak ambil tindakan ke..atau  masih nak simpan duri dalam daging ni sampai membusuk.

Kepada Dr. Hassan Ali  kami ucapkan sayonara,  pergilah kamu ke sebelah sana..apa lagi ditunggu letaklah jawatan sebagai ADUN dan jua EXCO  Kerajaan Negeri Selangor. Tak hinggin kami nak dengar moti basi lapuk kamu tu. Selamat jalan romeo...

No comments:

Linkwithin