Sunday, February 19, 2012
Debat satu langkah kearah kematangan demokrasi
Debat diantara Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang mewakili DAP dari Pakatan Rakyat dengan Dr. Chua Soi Lek dari partai MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN) sedikit sebanyak dapat dapat membuka jalan kearah kematangan berpolitik seperti di negara maju yang membenarkan pihak pembangkang mendapat hak bersiaran di media utama. Debat antara dua tokoh utama partai ini disiarkan melalui saluran ASTRO.
Sebelum ini kita dikejutkan dengan debat diantara saudara Rafizi Ramli dari PKR dengan YB Khairy Jamaluddin MP Rembau selaku wakil BN, debat ini berlangsung di United Kingdom.
Kedua-dua debat ini nampaknya berjalan dengan lancar, apakah selepas ini akan ada lagi debat diantara tokoh utama dari BN dan PR. Nampaknya cabaran Datuk Seri Anwar terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat masih belum mendapat balasan dari Datuk Seri Najib.
Apa kata jika ada penganjur seperti ASLI dan lain-lain anjurkan dulu debat antara Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Tan Sri Muhyidin Yassin pula selepas ini. Akhirnya menyusul pula debat antara DSAI dengan Datuk Seri Najib dengan disiarkan secara langsung melalui media penyiaran utama negara.
Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti semua partai politik yang bertanding diberi ruang untuk bersiaran samada secara langsung atau tidak langsung, adakah ini akan terlaksana. Adakah politik di Malaysia akan berterusan seperti sekarang atau ada perubahan positif selepas ini. Atau itu semua hanya mimpi...????.
Penulis:
debat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment