Saturday, June 28, 2014

Kepala Pun Tak Faham...Jangan Harap ler Anak Buah Nak Paham..ha..ha..ha

Muhyiddin tidak faham isu yang saya bawa - Rafizi

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli rasa agak terusik dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak faham mengenai konsep penswastaan atau private finance initiatives (PFI).

Ini kerana menurut Muhyiddin ia banyak mendatangkan kebaikan kepada UiTM.

Malah, Muhyiddin memaklumkan bahawa kabinet telah menugaskan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memberi penerangan mengenai konsep PFI itu.

“Saya rasa Tan Sri Muhyiddin dan keseluruhan kabinet tidak faham dengan kritikan dan isu yang saya bawa,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, beliau bukanlah menentang bulat-bulat kaedah PFI untuk membiayai projek kerajaan jika ia dibuat secara telus dan menguntungkan rakyat.

Rafizi berkata, beliau mempertikaikan perkara-perkara berikut:

1. Kenapa penswastaan ini dibuat tanpa tender terbuka dan secara rundingan terus sehingga kesemua keenam-enam kampus UiTM diswastakan kepada syarikat milik pimpinan Umno yang kemudiannya melantik subkontraktor untuk mengendalikan projek?

2. Kenapa sewa dan bayaran tahunan yang terpaksa ditanggung oleh UiTM ini sehingga 5 kali ganda lebih mahal dari kos membina sendiri UiTM ini?

3. Berapakah margin keuntungan yang diberikan kepada syarikat pemegang konsesi?

“Oleh yang demikian, untuk memastikan saya dan rakyat kebiasaan lain faham dan boleh menilai kewajaran Barisan Nasional menswastakan kampus UiTM melalui konsep PFI ini, saya menyeru supaya Muhyiddin Yassin mendedahkan perjanjian konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM ini kepada umum,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, apabila perjanjian konsesi itu dapat diteliti oleh umum, barulah beliau dan rakyat boleh memastikan bahawa tidak ada unsur keuntungan berlipat kali ganda yang diberikan kepada pemegang konsesi seperti mana yang berlaku dalam perjanjian-perjanjian konsesi yang lepas melibatkan penswastaan air dan lebuhraya.

Kata Rafizi, jika Muhyiddin tidak bersedia untuk mendedahkan perjanjian konsesi itu, sampai bila-bila beliau dan rakyat tidak akan faham kenapa Kerajaan Persekutuan mengikat perjanjian yang kosnya nanti akan membebankan UiTM, sedangkan ia lebih murah untuk membina sendiri kampus-kampus itu. - HARAKAHDAILY 

Bengong Melantun  Lantun..hi..hi..

No comments:

Linkwithin