Thursday, January 17, 2013

Rafizi Mahu Hantar Rosmah Dan Najib Ke Percutian Percuma..

"Pakatan Rakyat Akan Hantar Rosmah Dan Najib Bercuti Ditanggung Sepenuhnya Oleh Rakyat Malaysia."
              Semalam telah berlangsung majlis pelancaran Bilik Gerakan Utama PKR Dun Bota yang telah dilakukan oleh Saudara Rafizi,Pengarah Strategi PKR.Dalam bicaranya beliau telah menerangkan dengan panjang lebar kaitan Rosmah Mansur dengan Deepak dan juga kaitan Raja Ropaah yang merupakan Ketua Wanita Umno Selangor.Dalam hubungan Rosmah dengan Raja Ropaah ini,Rosmah telah memberi suatu lot tanah Di Shah Alam yang sepatutnya didirikan Markas Kem Briged 9.Namun disebabkan kejatuhan Umno pada tahun 2008 di Selangor,urusan pertukaran tanah dari kementerian Pertahanan kepada Raja Ropaah tergendala kerana Kerajaan PR yang baru telah menghalang usaha usaha tersebut.Ini adalah kerana sekiranya ada tanah kerajaan negeri di serahkan kepada kerajaan persekutuan untuk tujuan pembangunan eg.membuat Markas Tentera,ianya mestilah digunakan untuk tujuan itu sahaja dan tidak boleh ditukarkan untuk tujuan lain dan kormesial.
"Saya Dan Pakatan Rakyat Berjanji Membela Nasib Rakyat Miskan Dan Orang Muda,"..Ust Zul
Kami Sokong Najib Dan Rosmah Dihantar Bercuti Selepas PRU 13...!!!
                 Urusan tanah yang tergendala ini menyebabkan Deepak yang telah melabur untuk membeli cincin Rosmah Mansor tidak dapat wangnya kembali.Sepatutnya Raja Ropaah mengunakan wang dari penjualan tanah Markas Tentera ini untuk dibayar kepada Deepak.Namun kerana kesukaran mendapatkan wang dari Rosmah,maka beliau membuat keputusan untuk mendedahkan segala kepincangan kepincangan yang dilakukan oleh Najib dan Rosmah.Untuk menutupi masalah ini Najib telah mengunakan tabung pencen Angkatan Tentera sebanyak 160 juta untuk membayar Deepak 30 Juta dan 130 Juta untuk diberikan kepada Raja Ropaah.Deepak merasa tidak puas hati dengan jumlah yang sedikit ini menyebabkan beliau terus membuat pendedahan.

                Menyedari bahawa Najib dan Rosmah amat mengemari mengunakan wang wang rakyat untuk kemewahan mereka.Rafizi telah membuat pengistiharan bahawa sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya,maka Rosmah dan Najib akan diberi percutian dan penginapan  percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh rakyat Malaysia di Hotel Sungai Buluh.
Rakyat Bangkit ..Bota Berubah..HIJRAH BOTA..

1 comment:

Anonymous said...

betina puaka tu ape dibuat antor ke sg.buloh disula aje dkhalayak ramai

Linkwithin