1. Saya menyeru kepada semua rakyat Perak menjadikan tahun 2013 dijadikan Tahun Rakyat. Ini penting kerana bukan sahaja tahun ini rakyat akan melalui pilihanraya umum ke-13, malah ia juga adalah detik perubahan untuk rakyat mengembalikan fikrah politik dan pembangunan negara yang lebih baik .
2.Arah tuju negara semenjak permulaan
abad ke-21 memperlihatkan rakyat masih berada dalam kepompong feudalisme
yang mengekang pemikiran dinamik, merdeka dan matang.
3. Media arus perdana menjadi pembentuk
cara berfikir rakyat yang sangat terkongkong. Lebih parah lagi media
yang mengguna Wang Rakyat untuk merosakkan pemikiran rakyat.
Salah satu pemikiran negatif yang sedemikian lama dipupuk oleh media
arusperdana ialah sikap hidup bergantung. Cara hidup bergantung yang
sengaja dipupuk selama ini oleh "kerajaan yang memerintah" merosakkan
gaya hidup rakyat untuk tidak berfikiran kritikal apabila menilai
prestasi kerajaan.
4. Sudah sampai masanya rakyat belajar
memahami bahawa kerajaan adalah pengurus dan rakyat berhak menilai
semula semada kuasa yang selama ini diamanahkan kepada kerajaan, boleh
ditarik balik jika kuasa yang diwakilkan kepada kerajaan disalahguna dan
kerajaan yang memerintah menjadi kerajaan pecundang.
5. Rakyat juga perlu sedar bahawa
kepimpinan yang bersih dan bertanggungjawab serta kuat berpegang kepada
prinsip agama sangat diperlukan untuk menerajui pemerintahan Negara.
Jika tahun 2013 masih melanjutkan kerajaan yang sarat dengan pemimpin
yang menyalahguna kuasa; kuasa diguna untuk berlindung dari menghadapi
pendakwaan; akan meletakkan Negara pada posisi yang pincang dan tidak
dihormati di kacamata dunia .
6. Saya menyeru agar rakyat tidak
melepas peluang untuk menjadikan tahun 2013 sebagai tahun yang akan
membawa lembaran baru dalam politik Negara.
7. Hijrah Bota! Rakyat bangkit, Bota berubah!
Pengumuman-Rapat Jentera Pilihan Raya DUN BOTA di Markaz Gerakan Kg Bt. 16 Lambor Kanan Pada 20 Jan 2012.Pukul 9.00pagi.Semua jentera dan sukarelawan Pilihanraya Dijemput Hadir.Baju T-Shirt Percuma Disediakan Untuk Semua Jentera Dan Sukarelawan Pilihanraya.
Aturcara
7.00pm-Talkimat Khas
7.20pm-Solat Maghrib,Zikir Munajat Bersama Ustaz Badrolamin
8.30pm-Solat Isya,Solat Hajat
8.45pm-Kenduri Rakyat-Makan Malam
9.30pm-Ceramah HIJRAH BOTA-KEMENANGAN PERAK
11.00pm-Bersurai
SEMUA DIJEMPUT HADIR
"HIJRAH BOTA"
...ra'ayat bangkit,..bote berubah..
Pengumuman-Rapat Jentera Pilihan Raya DUN BOTA di Markaz Gerakan Kg Bt. 16 Lambor Kanan Pada 20 Jan 2012.Pukul 9.00pagi.Semua jentera dan sukarelawan Pilihanraya Dijemput Hadir.Baju T-Shirt Percuma Disediakan Untuk Semua Jentera Dan Sukarelawan Pilihanraya.
Aturcara
7.00pm-Talkimat Khas
7.20pm-Solat Maghrib,Zikir Munajat Bersama Ustaz Badrolamin
8.30pm-Solat Isya,Solat Hajat
8.45pm-Kenduri Rakyat-Makan Malam
9.30pm-Ceramah HIJRAH BOTA-KEMENANGAN PERAK
11.00pm-Bersurai
SEMUA DIJEMPUT HADIR
"HIJRAH BOTA"
...ra'ayat bangkit,..bote berubah..
No comments:
Post a Comment