Sunday, January 20, 2013

"AWAS!!! USTAZ PALSU... BERHATI HATI DENGAN USTAZ INI..?

                            Suasana politik di Negeri Perak kian hangit,panas dan meruncing.Kempen kempen Pakatan Rakyat semakin mendapat sambutan dan semakin kerap diadakan di serata pelusok negeri.Jentera Pilihanraya di kawasan masing masing begitu sebok mengaturkan aktiviti dan program dalam usaha memberi informasi dan kesedaran kepada rakyat tentang permasalahan yang melanda negara.Namun segala aktiviti ini kadang kadang mendapat halangan halangan tertentu.

                           Dikawasan Bota,biasanya kempen piliharaya dilakukan dengan aman dan harmoni,berlainan pula pada PRU 13 ini.Jentera Kempen Pakatan Rakyat DUN BOTA telah menghadapi pelbagai rintangan daripada balingan batu,cantas bendera,provokasi dari pihak tertentu,halangan diluar masjid,contengan banner dan sehinggalah kepada sebotaj yang terkini iaitu nota nota yang memburuk burukkan dan cubaan untuk memberi tanggapan yang negatif kepada Calun DUN Bota Ustaz Zulkifli Ibrahim.

                            Nota ini telah disebar pada malam hari 2 hari yang lepas disekitar kawasan masjid,kedai kopi dan kedai kedai komersial sekitar Pekan Lambor Kanan,Kg Batu 16,Telok Bakong dan Bota.Nota ini berbunyi "AWAS!!! USTAZ PALSU... BERHATI HATI DENGAN USTAZ INI ZULKIFLI IBRAHIM DIA NI HANYA LULUSAN SPM SAHAJA,KERJA KERANI CABOK DI PEJABAT UGAMA IPOH.USTAZ SEBENARNYA IALAH USTAZ NIZAR (YB PARLIMEN PARIT).Secara kasarnya nota ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu yang pertama untuk mempertikaikan kelayakan Ustaz Zulkifli Ibrahim sebagai pendakwah atau pun "Ustaz".Keduanya ialah untuk merendah rendahkan kredibiliti taraf pendidikan nya.

Sedih....Nota Dipamer Oleh Setiausaha PKR Parit Tuan Haji Zakaria
                     
                            Secara ringkas nya Ustaz Zulkifli Ibrahim adalah seorang pendakwah yang pernah bekerja di Pejabat Agama Islam Perak.Beliau telah mendapat tauliah untuk mengajar di seluruh Masjid di Negeri Perak oleh Seri Paduka Baginda Sultan Perak.Jadi gelaran Ustaz yang menjadi isu ini tidak boleh dipertikaikan sama sekali.Dalam bidang pendidikan beliau adalah graduan dari UTM didalam bidang Sains Pendidikan Islam.Semua data peribadi beliau boleh dirujuk disini dan situ.Terpulang lah kepada rakyat untuk mempercayai atau tidak maklumat malumat yang disebar itu.

Msinc-Untuk makluman,Jentera Pilihanraya Ustaz Zul pun dianggotai oleh mereka mereka yang mempunyai kelayakan akedemik yang tinggi.Bahagian Penerangan diketuai oleh Graduan Mass Com,bahagian strategi diangotai oleh 2 orang graduan dari UPM.Koodinator nya adalah seorang peguam yang mempunyai syarikat sendiri.Dibahagian Kewangan di ketuai oleh seorang usahawan dari UPM serta ramai lagi ketua jabatan kerajaan yang berpencen.Tak payah cerita lebih lebih ler...Hatta..tukang angkat speaker untuk Ustaz Zul berceramah pun ada Sarjana Muda Kepujian Sains Kemasyarakatan dalam Bidang Sains Politik dan Pembangunan.Lagi apa mau citer beb...wa cakap luu...

-Satu pertanyaan...Penyebar Nota ni ada apa?...SPM lepas ke?..kalau ikut ayat-ayat nota tu..rasanya SRP pun entah..entah ..HA..HA..HA...gelak besor aku..tu ler..lain kali kalau nak buat apa apa ..cermin diri sendiri dulu..jangan main sesah jer...

3 comments:

Anonymous said...

Orang umno bn banyak yg takat lulus srp spm sebab tu yg bodo bodo saja yg jadi ahli umno haram jadah , suka rasuah fitnah lucah itu semua kegemaran meka.

Anonymous said...

Bro,pertahan kn Ustaz Zul di DUN Bota,biar kami di Ipoh ni menggegar tempat malaun yg cuba utk memburuk kn Ustaz Zul di parlimen Tambun.

Telok Bakong said...

ok..siapa pun pihak lawan..kami akan pertahan ustaz zul...memang suasana semakin panas dan bergelora namaun perjuangan tetap terus berjalan.Semalam program zikir munajat bersama ustaz badrolamin telah banyak mengilap semangan dan iltizam jentera pilihanraya.mungkin ada connection pihak pihak di Tambun dengan pihak pihak yang ada di Bota?

Linkwithin