Program zikir munajat oleh Jentera Pilihanraya Dun Bota bersama dengan
Ustaz Badrolamin pada 20hb Januari 2013 yang lalu di Kg Tua Batu 16
Lambor Kanan benar benar telah memberi kesan yang mendalam kepada semua
hadirin.Majlis yang dimulakan dengan solat berjamaah Mahgrib dan
disusuli dengan bacaan doa serta zikir itu telah berjaya mengembalikan
kesegaran dan semangat para perserta.setelah melalui pelbagai program
dan aktiviti yang berterusan selama dua bulan kebelakangan ini,telah
menyebabkan jentera merasai sedikit keletihan.Ini ditambahi dengan
provokasi serta halangan halangan yang dilalukan oleh pihak lawan telah
sedikit dsebanyak memberi gangguan emosi.Namun dengan adanyaprogram
zikir munajat ini telah dapat membri ketenangan dan menambah semangat
para hadirin untuk terus berjuang menentang kerajaan yang zalim dan
menindas.
Dalam ucapannya Ustaz Badrolamin antara lain mempertikaikan matlamat perjuangan UMNO yang berteraskan bangsa Melayu.Menurutnya apa yang perlu diperjuangkan ialah agama Islam.Melayu akan selamat dibawah syiar Islam.Tetapi jika semangat kebangsaan yang diperjuangkan,maka Islam akan diketepikan seperti yang banyak dilakukan oleh UMNO sejak memerintah Malaysia.Melayu adalah suatu bangsa sahaja.tuhan menjadikan manusia berbilang bangsa supaya manusia boleh kenal mengenali antara satu sama lain serta dapat menunjukkan kebesaran Allah terhadap seluruh makhluk dan alam.Bangsa bukan lah sesuatu yang hendak dibangga banggakan dan bangsa bukanlah tiket untuk mengenepikan hak hak bangsa lain seperti yang telah dilakukan oleh UMNO.Bangsa Melayu bukanlah suatu bangsa besar kerana ianya tiada bahasa sendiri,dimana ianya banyak meminjam bahasa dari kebudayaan lain seperti Arab,sanskrit,Portugal,cina dan lain lain.Contoh ayat yang mengunakan perkataan pinjaman:-
''Majlis mesyuarat membahaskan masalah rakyat'',
dari ayat ini,tiada satu pun perkataan yang mengunakan bahasa Melayu kecuali mem dan kan.Ini menunjukkan Melayu bukanlah suatu tamadun yang besar yang perlu dibangga banggakan kerana ianya tiada bahasa sendiri seperti bangsa Arab,China dan India.
Pemimpin lain yang turut berucap ialah Ustaz Zulkifli Ibrahim.Beliau menegaskan bahawa orang Bota perlu melakukan penghijrahan menuju arah kebaikan.Penghijrahan untuk orang Bota penting bagi menukar kepimpinan negara bagi menjamin hidup yang lebih berkualiti didunia dan akhirat.Matlamat kehidupan manusia didunia adalah untuk mencapai kebahagian di akhirat.Oleh itu memilih pemimpin yang mematuhi perintah Allah adalah tugas semua umat manusia.Pemilihan pemimpin yang betul dapat menjamin kehidupan yang sempurna dan peningkatan didalam pembangunan manusia secara rohani dan jasmani.

No comments:
Post a Comment