Wednesday, December 5, 2012

Ribut 05.05pm..Melanda,Badai Menjelma..Musibah Menimpa,Rakyat Sengsara...

Seri Iskandar Perak-3 hb Disember 2012 telah berlaku ribut yang kuat sehingga merosakkan kira kira 26 buah rumah di Felcra Nasarudin.Ribut ini dikatakan bermula pada pukul 5.05 petang.Banyak atap atap rumah telah diterbangkan oleh angin yang deras itu.Menurut warga felcra,ini adalah kejadian ribut yang ketiga yang pernah mereka alami semenjak menetap disini.Kejadian kedua berlaku pada tahun 2008.Terdapat juga rumah rumah yang terjejas dengan teruk akibat pokok yang berhampiran menghempap bumbung rumah.Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilapurkan.

Menurut seorang penduduk di sini Encik Shukri,ribut yang melanda itu membentuk lingkaran hitam di sekeliling kawasan tersebut.Beliau sempat melaungkan seruan azan ketika kejadian.Isterinya Puan Faridah,terpaksa menyelamatkan barang barang seperti bantal dari kebasahan memandangkan atap rumah mereka telah diterbangkan oleh angin.Pada malam itu mereka terpaksa tidur didalam kebasahan dan tidak selesa.Dalam kes kes yang lebih teruk,memaksa mereka tidur berlangitkan bintang bintang.

Pas Parit telah mengambil langkah segera dengan menghantar lebih kurang 50 orang anggota Unit Amal pada keesokkan harinya.Unit ini telah dipertangungjawabkan untuk melakukan kerja kerja pembersihan keatas rumah rumah yang terlibat.Seorang penduduk yang sempat ditemui menyatakan bahawa beliau begitu berterima kasih keatas pertolongan Unit Amal berkenaan.Beliau tidak dapat membayangkan bagaimana sukarnya untuk beliau melakukan kerja kerja pembersihan jika tiada bantuan berkenaan.Pada petang hari,Muslimah Pas juga turut membantu penduduk membersihkan kawasan rumah.Muslimah Pas diketuai oleh Dr Najihah.




Ustaz Zulkifli Ibrahim, Ketua Penerangan PKR Perak,telah sempat melawat mangsa mangsa yang terlibat serta menyantuni mereka.Ustaz Zul menganggap bahawa kejadian itu adalah suatu ujian dari Tuhan kepada hamba hambanya dan beliau menasihatkan kepada semua penduduk yang terlibat agar redha dengan kejadian dan banyak berdoa agar mereka dilimpahi keberkatan.Sesungguhnya setiap musibah yang menimpa dapat menghapuskan dosa dosa.Pihak pengurusan Felcra telah mengambil data data kerosakan dan akan memberi bantuan atap kepada semua 26 rumah tersebut. 

No comments:

Linkwithin