Saturday, December 22, 2012

ADE JUGE YANG TAK BEKENAN..WEH..Ceramah politik timbulkan masalah?



Sumber Sinar Harian..
19 Disember 2012

Antara penduduk yang tidak puas hati terhadap penganjuran ceramah di kawasan perumahan awam Sidec.
SERI ISKANDAR - Pihak berkuasa diminta supaya tidak membenarkan program ceramah politik dilakukan di kawasan perumahan awam.

Perkara itu diutarakan beberapa pihak yang mendakwa tidak berpuas hati apabila sebuah parti politik mengadakan perhimpunan di padang awam di kawasan perumahan Sidec, di sini, 16 Disember lalu.

Antara yang mengutarakan perkara itu ialah Jawatankuasa Penduduk (JKP) Iskandar Perdana 1, JKP Iskandar Perdana Seksyen 5, 6, 7, 8, orang awam dan kariah masjid Al-Sidiq Iskandar Perdana.

Wakil Kariah masjid Al-Sidiq, Nurbidawimunir Arshad berkata, perhimpunan yang dilakukan di kawasan perumahan awam itu menimbulkan masalah kepada penduduk.

Menurutnya, akibat daripada program itu, berlaku kesesakan luar biasa di kawasan perumahan dan jalan berhampiran.

“Mereka yang hadir ke kawasan itu lebih kurang dalam 7,000 orang menyebabkan kawasan perumahan menjadi sesak dan penduduk terhalang untuk keluar masuk.

“Kakitangan awam yang mahu pulang bekerja juga terpaksa bersesak akibat laluan menjadi sempit kerana banyak kenderaan yang datang,” katanya.

Kata Nurbidawimunir, penduduk juga terganggu dengan bunyi bising kerana program itu berjalan sehingga tengah malam.

Jelasnya, keadaan itu mengganggu penduduk yang mahu berehat setelah seharian bekerja dengan bunyi kuat daripada program berkenaan.

“Pihak berkenaan juga mengambil kesempatan menggunakan masjid berhampiran untuk mengadakan tazkirah yang berunsur politik semasa tazkirah maghrib.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana masjid adalah tempat untuk beribadat bukannya menyebarkan perkara berunsur politik,” katanya.

Katanya, pihak penganjur perlu lebih peka terhadap perkara itu dan tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama dengan menganjurkan program di kawasan perumahan.

 Msinc- penganjur dah mintak permit nak adakan himpunan jauh dari tempat kediaman.tak kasi..jadi kalau nak salahkan..salahkan pihak berkuasa tempatan.3 tempat telah dicadangkan ,ketiga tiga tempat ditolak.Rasanya kalau dianjurkan Sure Heboh kat situ,rasanya orang orang ni tak membantah..sememangnya lalu lintas sedikit sebok..tetapi tak lah sampai susah nak keluar masuk.Ada unit amal yang bertugas dan kesesakan bukanlah seteruk yang digambarkan.Banyak jalan boleh keluar masuk.Kalau orang tempatan ,dia tau lah macam mana nak cari jalan yang tak sebok.Kepentingan ramai mustilah mengatasi kepentingan segelintir masyarakat.Agama dan politik tidak boleh di[isahkan.Golongan sekular yang pisahkan agama dengan kehidupan. Rasa nya tiada bantahan sebahagian besar kariah masjid al siddiq,cuma yang teman tau UMNO jer yang bantah bantah nie..hi..hi..tapi guna nama lain seperti kariah masjid lah,JKP lah..hi.hi..lagi satu...diaorang kata jumlah yang berhimpun tu 7000 orang jer...meh aku betulkan fakta tipu korang tu..jumlah sebenornye cume 700 orang jer..macam mana depa buleh kata ramai ...tak caya tanya rais yatim..ha...ha..ha..lawak gerombolan nihhh...

Ada lagi satu wehhh...nampak betul penipu tanah ayor nye deme ni..deme kata kakitangan kerajaan bersesak sesak mahu pulang kojer...himpunan tu buat pada hari Ahad...mana ada orang kojer..nak nipu pun bior ler real sikit...ha..ha..kantoii...codek benor lee deme ni..sekolah ke ijak..sampai form berapa?

5 comments:

Anonymous said...

Nurbidawimunir..guna nama ahli kariah masjid, pada hal ahli UMNOOO.. dari zaman sekolah lagi UMNOnye

Telok Bakong said...

ye ke..dah agak dah...mengaku jer lah umno yang tak berkenan..bukannya penduduk atau kariah masjid..setau saya kariah masjid tu ramai penyokong PR..temasuk dengan imam imam nye sekali..

Amri Mat Saaid said...

confirm UMNO nye

cucukerinci said...

tanda umno dah semakin reput....

batu pelangi said...

Yang takut nak buat perubahan ni
orang UMNOla siapa lagi? Merelakan
diri diperLEMBUkan dulu kini dan
selamanya!

Linkwithin