Monday, November 5, 2012

Persembahan Kumpulan Libang Libu Di Kampung Halaman Sendiri


          Libang Libu,sebuah band dari kampong Telok Bakong dengan secara resminya menerima pelawaan dari pihak penganjur BBQ Santai Bersama Orang Muda di depan Dewan Orang Ramai Padang Marhum Telok Bakong pada pukul 9.00pm hari ini(17 Nov 2012).Band yang lebih dikenali dengan lagu lagu reformasi dan kritikan politik semasa ini dijangkakan akan menyampaikan 5 lagu iaitu Lembu Rakus,Bersih dan beberapa lagu yang berunsurkan ketuhanan seperti Jenazah kah Aku.

            Libang libu dianggotai oleh Jaiswings (penyanyi) dan Msinc (2rd Lead) manakala pemain gitar utama diisi oleh Jazz.Pemain gitar bass akan digalas Hamdan Mat Lias.Persembahan akan dilakukan secara unplugged atas permintaan penganjur.Libang Libu dijangkakan akan mengiringi pihak penganjur mengadakan Tour diseluruh Perak Tengah.Sekarang ahli ahli band sedang giat berlatih untuk persembahan pada hari jamuan tersebut.Kepada semua anak ank muda ,anda semua dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.

No comments:

Linkwithin