Blogger musti Key Poh Chi...kene molot besor...lobang idong pun kene besor jugek..
Blogger Ibarat Peniup Whisel Yang Menyampaikan Maklumat
Kepada Rakyat.Mesti Tabah dan sedikit kepohh chi..hi..hi
i. Perkembangan teknologi perkomputeran dan internet
Perkembangan teknologi perkomputeran dan internet juga memberikan suatu
momentum kepada perkembangan pemikiran rakyat.Dengan adanya kewujudan blog dan facebook
telah menyebabkan segala maklumat yang dulunya tidak tercapai oleh rakyat dapat
dinikmati pada bila bila masa.
Perak Tengah telah melahirkan beberapa Blog.Antara blog yang terawal dan terkenal ialah Blog SanggahTok Sagor yang telah dikendalikan oleh Dato Termizi Mohd Jam yang berasal dari Lambor Kanan .Beliau sekarang adalah Editor kepada Akhbar Harakah.Kemunculan blog ini telah berjaya memberi maklumat yang sebenar tentang perkembangan semasa politik.Blog Telok Bakong Online menyusul kemudian dan diikuti dengan Blog Pas Pasir Salak dan Botaonline.Kemunculan blog blog ini berjaya memfokuskan lagi senario politik setempat serta mempunyai pengunjung pengunjung tempatan.Tujuan penubuhan TBO ialah untuk menyalur maklumat sebaik mungkin kepada masyarakat.Oleh itu banyak berita berita adalah berkisar kepada isu isu tempatan bertujuan untuk menarik lebih banyak pengunjung daripada DUN Bota itu sendiri.Ia juga diharap memberi kelainan dan kepelbagaian berbanding blog blog yang sedia ada.Sebenarnya peranan blog adalah tersangat penting kerana ianya dapat mengantikan peranan akhbar yang rata ratanya menjadi pengampu dan pencacai Umno.
Namun begitu Umno tidak berdiam diri.Mereka juga menyertai perang
melalui alam maya ini.Ketua ketua kampong dan JKK telah dibekalkan dengan lap
top 1 Malaysia yang bertujuan untuk memperkuatkan propaganda Umno.Setiap dewan
Umno (Dewan Orang Ramai) sekarang telah dilengkapi dengan kemudahan wi-fi yang
bertujuan antara lain untuk membenarkan lebih ramai penyokong Umno untuk asses
ke internet.Turut ditubuhkan ialah pasukan gempur alam maya yang lebih dikenali
sebagai “cybertrooper” yang diupah untuk mengempur blog blog dan juga Facebook
pro Pakatan Rakyat .Biasanya mereka ini cuba menyanggah dan menimbulkan
kekeliruan tanpa mengunakan identiti yang sebenar.Namun secara kasarnya pihak
penyokong Pakatan Rakyat lebih menguasai alam siber berbanding cybertrooper
Umno.Ini boleh dibuktikan melalui undian undian yang dijalankan di media media
cyber yang mana setiap undian banyak memihak kepada Pakatan Rakyat.Rating
“Dislike” didalam akaun Hang Out Dato Najib Tun Razak juga membuktikan perkara
tersebut.Blog blog pro Umno ini kebanyakannya tidak aktif seperti Blog PemudaUmno Parit,Blog Umno Parit.(Cuba klik link untuk
menentukan kebenarannya).Udah tak ber update-update ate..umno ni koje semue main duit..tak de duit tak jalan beb.
Dun Bota turut terkena tempiasnya.Seperti sedia maklum, negeri Perak
mempunyai paling ramai blogger dan sebahagian besarnya bernaung dibawah Media
Perak.Penyatuan blogger bloger ini penting untuk rangkaian berita yang lebih
effektif.Terdapat juga para blogger yang berpusat di luar negeri Perak tetapi
berasal dari negeri ini seperti Yong Suka Kuning,Mom Of Three Mohd,
dan sebagainya yang memberi input input yang berwarna warni.Ramainya blogger yang
berpusat di negeri Perak telah mengakibatkan rakyat lebih terdedah terhadap
segala kepincangan yang dilakukan oleh Umno itu.
Msinc- Aku menulis bukan kerana nama…tapi kerna
kasih pada sesama insan yang diperkotak katikkan oleh partai gerombolan…
2 comments:
bagus yob.deme ni kalau orang dedulu deme pangil deme ni corodek buah pelior.Aaaaaasyik nipu aje siang malam.nipu curi -nipu curi-nipu curi itu le koje BN.deme kalah kiat siat deme didataran Merdeka yob jangan lupe.
deme pandai muslihat..inilah yang kite semua kene jaga jaga.\\\\\jangan mudah teperdaya.Ingat pilihan raya Tenang..cikgu Mala bertanding?..dua hari terakhir kajian menunjukkan Cikgu Mala lead 55% undi.Umno tahu dia dah nak kalah..ape diaorang buat...dia orang lepaskan air empangan..akibatnya habis banjir...palaing teruk di Paguh ..tengah org Pr sebok2 tolong mangsa banjir..bn mula beri bantuan ..habis orang tengah susah mudah ler beri undi pada bn...itu satu contoh..padam lampu dewan dan lain lain tu biasa ler...kita musti waspada...
Post a Comment