Monday, November 12, 2012

Denyut Nadi UMNO Parit Terhenti Seketika..Pentas PAS Dikuasai Orang Umno


                                Adoii...omaak aai....mintak nyawo...mintak nyawo...                         

                    Gelombang kebangkitan rakyat semakin hebat dan yang terkini ianya juga turut melanda ahli ahli Umno.Setelah banyak kempen kempen pencerahan kepada rakyat serta penerangan demi penerangan dilakukan ,telah berjaya menanamkan kesedaran dan keinsafan kepada rakyat tentang perlunya untuk mereka melakukan perubahan perubahan demi memperbaiki sistem pemerintahan Negara yang kian hampir menuju kemusnahan.

                        Umno semakin tidak bermaya apabila rakyat mula sedar dan mula mempertikaikan setiap tindak tanduk partai tersebut.Kalau dahulu setiap polisi atau dasar yang dijalankan oleh kerajaan yang memerintah tidak dapat tentangan dari rakyat kerana mereka beranggapan segala yang dilakukan kerajaan adalah benar dan sah.Namun dengan kesedaran yang tinggi,sekarang rakyat mula mempersoalkannya. Mereka ingin tahu apakah kesan dan akibat sesuatu dasar atau tindakan yang dijalankan itu kepada rakyat.Mereka akan mempersoalkan apakah polisi polisi itu diwujudkan demi kebaikan rakyat tanpa adanya muslihat disebaliknya.
                                Cikgu Khatib disisi YDP Pas Parit Ustaz Ismi.

                       Langkah kerajaan melancarkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES ) telah mendapat tentangan yang hebat daripada rakyat.Mereka sedar bahawa sebenarnya kerajaan tidak ada niat yang mendalam untuk mengurangkan kadar kemalangan dan meningkatkan disiplinrakyat.Apa yang mahu dibela ialah kroni dan keluarga sendiri.Telah terbukti bahawa syarikat yang dilantik untuk menjalankan  AES ini adalah syarikat  yang mana keluarga Umno dari Johor dan MCA mempunyai kepentingan.Syarikat ini akan menerima habuan dari banyaknya saman yang dikeluarkan.Ini dapat diterangkan kenapa begitu banyak kamera dipasang diseluruh Negara dengan hadlaju yang terlalu rendah. Contoh diselekoh Changkat Melintang akan dipasang kamera AES dan hadlaju yang ditetapkan adalah 50km/jam.Satu jalan di Langkap akan dipasang kamera dengan hadlaju 30km/jam!.

                    Disebabkan langkah langkah kerajaan yang membelakangkan rakyat ini,menyebabkan ramai ahli ahli Umno telah bertekad meninggalkan partai ini dan menyertai parti parti dalam Pakatan Rakyat. Terkini seorang tokoh lama Umno Parit iaitu Encik Khatib Sanusi atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Khatib telah mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan PAS.Beliau merupakan Mantan Pengerusi Tetap Pemuda Umno Parit.Beliau merasakan bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan nasib rakyat, dimana banyak penipuan penipuan dilakukan untuk membela kepentingan keluarga dan kroni.Padanya UMNO  sudah tidak relevan lagi untuk memerintah Negara. Umno sudah tidak lagi dapat menjalankan amanahnya sebagai pemimpin untuk orang Islam kerana banyak dasar dan polisi yang dibuat tidak selaras dengan hukum hukum Islam.Beliau adalah seorang ahli Umno yang sangat dihormati di daerah ini juga merupakan seorang yang amat berpengaruh dikalangan warga pendidik.Semoga dengan penghijrahan menuju kebaikan ini akan disertai oleh lebih ramai ahli Umno.
             Dato Arif Sabri yang merupakan orang kanan Najib suatu masa dulu.

                 Bertempat di Markas Pas Titi Gantung bekas bekas ahli Umno ini telah berkumpul dan mengunakan pentas  PAS  ini untuk memberikan penerangan kepada Rakyat.Turut berucap ialah Dato’  Arif Sabri bekas ADUN  Lubuk Manis dan Ketua Penerangan Umno Pekan Pahang,Cikgu Khatib dan Encik Nazri Nordin ,Bekas AJK Umno Gopeng. Mereka telah mengambil kesempatan yang berharga ini menerangkan tentang penghijrahan mereka dan memperjelaskan tentang isu isu terkini kepada rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

balik kampung kite ramai-ramai sape yang name ade pade senarai pengundi saye mengundi di pasir garam/pasir kubu

Telok Bakong said...

diharapkan anak rantauan dari seluruh Perak dapat balik untuk mengundi.sebelum itu silalah periksa tempat mengundi anda..mana tau spr ubah tempat mengundi pulak...nak duit minyak??..mintak kat tok sidang kome..kene cordik sikit..lagi pun tu bukan duit umno..duit rakyat jugek..lagi bagus kalau kome ade cuti cuti tu ..tolong ler calun PR kawasan kome tu kempen..ini tugas kita semua..bukan terhad kepada anggota parti jer..

Linkwithin