Tuesday, November 27, 2012

ANCAMAN ZIONIS KEPADA UMAT ISLAM,APA RAKYAT MALAYSIA BOLEH LAKUKAN-USTAZ ZULKIFLI IBRAHIM


                    Hari ini telah berlangssung satu ceramah umum bertempat di Taman Maju di Rumah Encik Shuhaimi.Majlis telah dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Piliharaya Dun Bota Tuan Haji Ramli.Ustaz Zulkifli bin Ibrahim (Calun DUN Bota) telah muncul sebagai penceramah utama telah mecerita kan peristiwa peristiwa yang berlaku di Gaza diiringi dengan pertunjukan slaid.Dengan ada nya pertunjukan slaid ini setiap mesej yang hendak disampaikan adalah lebih jelas.Sesunguhnya pertempuran yang berlaku baru baru ini antara Hamas dan Regim Zionis telah memberi impak yang besar kepada sosio-politik antarabangsa.Ianya dilihat memberi kesan yang besar terhadap kesedaran orang Islam kepada kezaliman Zionis.YDP PAS Parit Ustaz Ismi juga turut berkejar ke Palestin untuk memberi pertolongan kepada umat Islam di sana.

                   Kejadian perang ini telah mendapat publisiti yang besar seluruh dunia,dan ianya telah menjadi perhatian ramai pemimpin negara Islam.Presiden Mesir iaitu Dr Morsi telah secara terang terangan akan memberi bantuan kepada Hamas sekiranya Israel berterusan melakukan serangan.pendirian yang sama dilakukan oleh Tayyip Erdogan,pemimpin Turki.Dijangkakan akan ada lebih ramai lagi pemimpin pemimpin negara Islam yang akan tampil untuk memberikan bantuan kepada Hamas.

             Ustaz Zulkifli bersama Ustaz Badrulamin sedang bersantai dengan Pimpinan PKR

                    Namun apa yang lebih dikesali ialah sikap pemimpin negara Malaysia yang berterusan memberikan sokongan kepada regim Zionis.Secara tidak langsung perlantikan APCO sebagai agen penasihat kempen UMNO telah membantu kesinambungan regim Zionis.Sebanyak 70 juta setahun telah dibayar kepada agen yang dimiliki oleh orang Yahudi itu semestinya sebahagiannya diguna untuk meneruskan hayat kaum Yahudi di Israel.Bantuan bantuan kepada regim Zionis ini turut sama dilakukan disertai oleh syarikat syarikat besar yang dimiliki oleh peniaga Yahudi.

Bersambung di bahagian kedua..

  

2 comments:

Anonymous said...

Palestin dibaham Zionis sejak 50-60thn, OIC kini berusia 50 thn. ditubuhkan utk pastikan kebajikan dan kesejahteraan ummah. Sehingga kini OIC tidak begitu responsif terhadap isu Palestin. Setiap kali Palestin diserang. ramai berdemo bantahan di Kedutaan US. Hasilnya US tetap dgn pendirian sokong Zionis. Ada menyuarakan pandangan bhw "Zionis akan hentikan cengkaman pd bumi Palestin jika & hanya jika OIC mula bangkit dari lenanya". Mungkin tiba masanya kita lakukan sesuatu agar OIC menjadi lebih bertenaga. RD

Telok Bakong said...

tidak mungkin Israel akan henti serangan terhadap palestin sekiranya OIC mula bertindak.ramai yang berpendapat OIC mempunyai kuasa kerana sumber minyak yang dikawalnya.Percaya lah pemimpin yang menerajui OIC ini adalah lebih mementingkan kekayaan dan kepentingan sendiri dari pertahan Islam.Niat Israel bukan sekadar menggkuhkan negara Israel sahaja tetapi niat sebenar mereka ialah menundukkan semua umat manusia dibawah telunjuk mereka.Mereka percaya bahawa kaum mereka adalah kaum pilihan Tuhan dan kaum kaum yang lain ni adalah "goyin" iaitu binatang.Ini menerangkan kenapa bangsa Yahudi ini begitu angkuh sekali.Bangsa Yahudi ini dapat ditentang dengan adanya keimanan dan semangat juang yang tinggi dikalangan umat Islam.Diakhir zaman dijanjikan bahawa bangsa yahudi ini akan tewas ditangan orang Islam..nantikan lah bersama ..janganlah hampa...

Linkwithin