Thursday, October 18, 2012

Pimpinan PAS jenis gila mikrofon



Utusan: ADUN bimbang Nik Aziz 'sudah tua'
Seorang ADUN PAS Kelantan melahirkan kebimbangan ke atas keadaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan "sudah tua" dan mengalami "sakit".

Laporan Utusan Malaysia menyebut, ADUN Gaal Dr Nik Mazian Mohamed memberi saranan "berani" itu bagi "meminta pemimpin parti berundur ketika masih kuat dan memberi laluan kepada barisan muda".

Akhbar milik Umno itu mendakwa Nik Mazian berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan 2013 yang dibentangkan exco hal ehwal ekonomi Datuk Husam Musa di Dewan Undangan Negeri semalam.

"Yang kita bimbang ialah Tok Guru (Nik Aziz) sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula.

"Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa?

"Kita lihat keupayaan kita, kita lihat ada orang lebih bagus untuk mengganti, alhamdulillah, serah bati kepada orang lain ketika kita masih kuat lagi.

"Ini dah mual, lenguh tepi jalan, baru nak lepas baton," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Tak ada isu atau perkara lain yang lebih penting ke  nak diucap dan dibahaskan  di dalam Dewan Undangan Negeri..ADUN ni salah forum,.kalau nak bercakap pasal isu kepimpinan PAS gunakan lah ruang  mesyuarat PAS atau muktamar PAS. Tindakan beliau  seperti  memberi peluru kepada UMNO atau memang beliau ni gang UG. Amende lah YB PAS cam gini...

2 comments:

Yong said...

Macam citer Taiwan jer. Mula baik kemudian jadi jahat. Mula jahat kemudian jadi baik. Nak pilih mana?

Sudah tentu Allah akan pilih yang kemudian jadi baik kan?

makaroni bukit beruntung said...

Dok berbalah (bising) isu yang di belitkan oleh media UMNO buat apa boh...??? Ntah apa yg Adun tu kata, ntah apa pulak yang UTUSEX cerita....

Kita pulak sebok nak buat hujah...

Linkwithin