Wednesday, September 26, 2012

Siapa Bakal Tandingi Dun Bota?

                  Parlimen Parit , Dun Bota, Dun Tanjung Belanja bukanlah kubu kuat UMNO / Perikatan atau Barisan Nasional kerana pernah kalah kepada PAS dalam pilihan raya 1969 dan 1999. Pada 1969 , Hashim Gera dari PAS menang di Parit menewaskan Dato Husein Nordin tetapi kemudian menyertai UMNO / Perikatan dan menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO .Pada 1999, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob kalah mengejut kepada calon PAS , Ustaz Mat Bashir Rahmat setelah dipindahkan dari Pasir Salak ke Parit akibat undi protes - 'orang luar'. Tahun 2004,Nasaruddin Hashim menang dengan majoriti 4,696 undi menewaskan Muhammad Ismi Mat Taib dari PAS. Pada 1995 ,Ainon Khariyah Mohd Abas dari BN/UMNO menewaskan wartawan veteran Subky Latif (PAS) dengan majoriti 7,573. Pada 2008, kerusi Parlimen Parit calon BN Ustaz Mohd Nizar Zakaria dapat 12,399 undi menewaskan calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad 9,526 undi iaitu majoriti 2,873.

                    Untuk pengetahuan umum, pengundi dalam Parlimen Parit memang dikenali cukup terbuka dan sentiasa bersedia bukan sahaja untuk mengundi calon import tetapi boleh menukar selera sekiranya ada yang tidak kena kepada mereka.
               
                     Tahun 2008 ,Nasarudin menewaskan calon PKR, Kapten (B) Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi. Nasaruddin dipindahkan dari parlimen Parit ke DUN Bota bagi meredakan kemarahan penyokong UMNO. Nama bekas guru, Datuk Che Ri Daud, mantan Adun Bota digugurkan disaat-saat akhir. Dikatakan penduduk Lambor Kanan, Teluk Bedayung, Kampung Tua Batu 16 dan Rimba Raja mengundi pembangkang sebagai protes terhadap tindakan Umno Bahagian Parit membelakangkan calon mereka dari Kg Tua Batu 16 . Di Belanja calon BN Mohd Zaim Abu Hassan dapat 5,479 undi manakala Muhammad Ismi Mat Talib dari parti PAS 3,592 undi iaitu majoriti 1,887
                 
                     Untuk PRU 13 ini ,hampir pasti bahawa DUN bota akan diwakili oleh calun dari PKR.Manakala untuk DUN Belanja dan Perlimen Parit akan diwakili oleh calun dari PAS.Diberitakan Parlimen Parit akan ditandingi oleh Ustaz  Muhammad Ismi Mat Taib dan DUN Belanja oleh   Dr Najihatussalehah  Ahmad (bertukar tempat).Untuk DUN Bota berkemungkinan besar akan diisi oleh diisi oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim. Semuanya bukan lah suatu yang pasti.Kita tunggu saat yang terakhir.

Msinc- Barang harus diingat,bahawa calon calon yang disebutkan diatas adalah lebih berbentuk spekulasi setelas menilai dari pelbagai sumber.Siapa pun calun PR nanti,kita akan beri sokongan yang secukupnya.Ternanti nanti siapa calun Umno di Belanja,Bota dan Parlimen Parit..rasa nya Umno takut nak umum awal sebab takut pengikut pengikut berpecah belah pasal ketua mereka tidak bertanding.Orang Nasha satu puak,orang belah lambor kiri satu puak..belum masuk lagi puak puak Parit 11,12,13, dan 14 yang menyanggah ni..Terima kasih kepada pihak yang info.

6 comments:

Yong said...

Salam TBO

Yong tak kisah saper bertanding kat tempat2 tu. Ase adil udah. Tapi Yong tak gemor langsung kot PKR bertanding kat Sungai Manik!

Telok Bakong said...

ate..udah pembahagian deme udah macam tu..kite terima aje lah..mungkin pru 14 buleh bagi pada PAS kot..yong org sg manik ker..?

pkrcabangtambun said...

Tak betul maklumat tuu..Ustaz Zulkifly Ibrahim (PKR) akan bertanding di Dun Bukit Chandan memang dah comfirm. Dun Bota ada kemungkinan diserah kepada Setiausaha PKR Negeri, Anuar Zakaria.

anonymous said...

teman sokong cikgu hani temoleh.
anak jati telok bakong

bekamkini said...

PARLIMEN PARIT DAN DUN BOTA AGAK UNIK..MEREKA SEPERTI FIKIRAN ORANG KELANTAN DIDALAM BERPOLITIK.

BERANI MEMBUAT PERUBAHAN.

KEME MENYOKONG POLITIK BUKAN SECARA WARISAN . POLITIK PERLU PERUBAHAN JIKA SUDAH TIDAK BERKESAN

SUDAH TIBE MASE TUKOR BN KEPADA PR...ITU BUKAN SATU MASALAH...YANG MASALAH UMNO ANGGAP POLITIK ADALAH WARISAN...

Telok Bakong said...

benor tu kata kata anda bekamkini.rakyat parit ,rakyat yang berani buat perobahan tatkala maruah mereka diperkotakkatikkan..cuma perlu kempen kempen penerangan yang berkesan.Perak Tengah bakal menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat suatu masa nanti yang tidak lama lagi bakal menjelma...

Linkwithin