Monday, January 11, 2010

Polemik kalimah Allah: Antara sandiwara politik dan keintelektualan Ulama

kelulut@telokbakong.com

8.1.10





Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol


Polemik baru sedang melanda Malaysia ironis kali ini paling sensitif.Kebiasaannya hanya melibatkan hubungan antara manusia.Nampaknya isu sudah melampaui isu kemanusiaan. Kini hingga hal Ketuhanan bakal menjadi persengketaan baru jika tidak segera di 'rawat.

Penulis melihat isu ini dari dua sudut .Pertama sebagai sandiwara politik keduanya menguji daya keintelektualan para ulama, agamawan mendepani masalah sensitif ini.

Ketika artikel ini ditulis sudah ada gereja yang hangus di bakar oleh pihak yang tidak dikenali.Kebetulan pula hari ini adalah jumaat maka terdapat pula pihak yang menganjurkan protes namun kelihatan agak suram.





Bukan salah mahu mempertahankan pendirian bahawa perkataan ALLAH hanya untuk Islam.Tetapi biarlah di asas akhlak dan fakta jelas dengan kata lain menentang didalam keadaan berilmu dan faham.

Musuh Islam memang menanti keadaan ini bagi membuktikan betapa ekstremnya penganut Islam.Bagi kalangan orang politik pula inilah peluang mahu menangguk di air yang keruh.

Kadang kala agak lucu ada kedapatan pihak begitu bersemangat mempertahankan nama Allah .Tetapi dimana mereka apabila hukum hakam ALLAH di langgar sewenang wenangnya.

Apakah hanya beriman kepada nama bagi Tuhan tetapi tidak beriman kepada suruhan dan laranganNYA.Mereka begitu marah apabila kes dibicara dimahkamah tidak menyebelahi mereka.

Kenapa pihak- pihak ini tidak sensitif kepada Kristianisasi yang begitu rancak berjalan.Media hiburan dan pelbagai sumber yang dikuasai kerajaan yang melalaikan umat.Hedonisme yang bermaharajalela dimana pembela agama, bangsa dan negara ini?

Gejala murtad , kesalahan hudud yang diperlekehkan undang - undang ini dianggap kuno bukankah ia dari Tuhan yang bernama ALLAH ?.

Maka itulah saya katakan adakala manusia membela Tuhan bukan kerana keimanan.Tetapi sebenarnya adalah sandiwara politik bagi membuktikan akulah pejuang, akulah pejuang ketuanan bangsaku.



Terlebih malu mereka membela agama dengan cacian , carutan dan pelbagai gaya yang memualkan.Terbelakah agama ditangan pencarut?




Bahagian kedua pula adalah yang paling penting.Para agamawan dan ulama perlu segera turun ketengah masyarakat bagi menerangkan kepada umat.Kaedah menyelesai masalah agama dengan cara agama.

Kenyataan perlu dikeluarkan dengan segera. Jangan dibiarkan orang politik semata memberi pandangan. Kebiasaannya pendapat dan pendekatan orang politik hanya bersifat jika ' parti ada untung'.

Intitusi Agama jangan hanya tertumpu pada isu - isu biasa , kes titik bengik yang di perbesarkan.

Isu penggunaan kalimah ALLAH pada agama lain bukan boleh dikupas secara sambil lewa olah para ustaz.Orang awam pasti bertambah keliru jika ulama gagal memberi gambaran yang jelas kepada mereka.

Apatah lagi jika para agamawan ' sama naik' beremosi maka bilakah isu ini boleh selesai?

Terlebih malang apabila para ulama mendiamkan diri disaat umat memerlukan bimbingan agar menunjukkan suri teladan.

www,telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

No comments:

Linkwithin