Thursday, January 28, 2010

Ceramah Isu – Isu Semasa

Tarikh : 31 hb Jan 2010 (Ahad)

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Rumah Mantan Ketua Kampong Kota Pagar
Encik Zainal b. Yusof)
Layang-Layang Kanan
Parit Perak.

Penceramah : Y.B Salahudin Ayub


Suatu ceramah yang julung- julung kali diadakan dikawasan kubu Umno.Marilah kita hadir beramai ramai untuk menyambut kedatangan pemimpin utama Parti Islam SeMalaysia ini dan mengempur kawasan kubu kuat ADUN Belanja ini.Diharapkan siri ceramah ini adalah merupakan titik tolak perubahan rakyat tempat.Pastinya anda akan dihidangkan dengan isu-isu yang bakal mengerakkan minda dan dapat merungkaikan segala persoalan yang menjadi isu dan perdebatan dikalangan ahli politik,ahli akademik dan rakyat sekeliannya.Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri Y.B Salehudin Ayub beraksi ditempat anda.Kehadiran anda semua adalah dialu-alukan.Kepada rakyat tempatan,janganlah merasa gundah gulana untuk menghadirkan diri anda.

Tidak perlu rasa takut kepada tekanan dan ugutan,sesungguhnya kita hanya patut takut kepada Allah,bukannya kepada manusia.Rezeki itu Tuhan yang member bukannya Umno,jadi jangan merasa gusar untuk hadir.Dari pemerhatian,ramai juga penduduk yang merasa takut untuk menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat kerana takut segala bantuan yang diterima oleh mereka seperti tanah kelapa sawit,PPRT dan lain-lain akan ditarik balik oleh Umno.Begitulah taktik keji Umno untuk mengugut rakyat.Diharapkan rakyat dapat menilai dan memilih antara baik dan buruk ,antara intan dan kaca.

No comments:

Linkwithin