Monday, January 25, 2010

Isu nama 'Allah' - jangan terkeliru atau dikelirukan.....

http://belajarterjemahalquran.blogspot.com/2010/01/isu-nama-allah-jangan-terkeliru-atau.html

Dalam suasana yang mengelirukan (confusion) berkaitan isu penggunaan nama 'Allah' oleh bukan penganut agama 'Islam' sekarang ini, saya terpanggil untuk cuba untuk membincangkan beberapa isu berkaitan yang mungkin mengelirukan ramai orang iaitu dengan mengambil keterangan yang jelas mengenainya dalam Al-Quran.

Bani Israail digambarkan dalam Al-Quran sebagai golongan yang berterusan gagal menunjukkan perilaku yang baik dalam pelbagai situasi, tiada kesabaran, sentiasa tidak puas hati (suka mengeluh, mengadu, dsb), tidak mempunyai keyakinan dan sentiasa curiga terhadap penilaian, keputusan dan arahan Nabi Musa. Bagaimana pun mereka hanya layak dipanggil “orang-orang yang beriman” disebabkan mereka percaya kepada Nabi Musa dan Tuhannya iaitu Allah. Tetapi ini tidak bermakna tiap-tiap seorang yang bersama Nabi Musa didalam kumpulan yang berhijrah meninggalkan Mesir itu penganut agama Nabi Musa yang sejati. Mengikut Al-Quran, penganut agama yang sejati perlu ada dua kriteria iaitu “percaya” dan “beramal soleh”. Pengakuan beriman sahaja tidak semestinya benar-benar penganut sejati agama yang diajarkan oleh Nabi mereka. Ia mesti di sertai dengan berkelakuan baik dan mengerjakan amal soleh (berbuat kebajikan).

Dari Al-Quran Surah 5 Ayat 69;

إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَالَّذِينَ هَادُواْ وَالصَّابِؤُونَ وَالنَّصَارَى مَنْ ءَامَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وعَمِلَ صَالِحًا فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
[5:69] Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi (mereka yang telah bertaubat), dan orang-orang Sabiein, dan orang-orang Nasrani (pengikut Nabi Isa), sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan para RasulNya) dan (beriman kepada) hari Akhirat serta beramal soleh (berbuat kebajikan), maka tidaklah ada kebimbangan padanya, dan mereka pula tidak akan bersedih hati.

Manakala seorang “Muslim” pula bermaksud sesiapa sahaja yang “berserah diri kepada Allah”, termasuk penganut mana-mana agama Tauhid yang lain. Hal ini dijelaskan dalam Al-Quran melalui beberapa Ayat berikut:

Dari Al-Quran Surah (2:128);

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
[2:128] "Ya Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua (Nabi Ibrahim dan Ismail) orang-orang yang berserah diri kepadaMu (Muslim), dan jadikanlah daripada keturunan kami (juga) umat yang berserah diri kepadaMu (Muslim), dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara melakukan ibadat (haji) kami, dan terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang;”

Dari Al-Quran Surah (4:125);

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِّمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لله وَهُوَ مُحْسِنٌ واتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَاتَّخَذَ اللهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلاً
[4:125] “dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (Muslim), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid)?”; dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.

Dari Al-Quran (12:101);

رَبِّ قَدْ ءَاتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِيلِ الأَحَادِيثِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنُيَا وَالآخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
[12:101] (Nabi Yusuf berkata): "Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan kepadaku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku kepadaku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. (Wahai Tuhan) pencipta langit dan bumi, Engkau pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Muslim, dan himpunkanlah aku bersama orang-orang yang soleh".

Dari Al-Quran (51:36);

فَمَا وَجَدْنَا فِيهَا غَيْرَ بَيْتٍ مِّنَ الْمُسْلِمِينَ
[51:36] Maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang penghuninya dari orang-orang Muslim (rumah Nabi Lut).

Dari Al-Quran (27:44);

قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الصَّرْحَ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَن سَاقَيْهَا قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُّمَرَّدٌ مِّن قَوَارِيرَ قَالَتْ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
[27:44] Dikatakan (Nabi Sulaiman) kepada ia (Balqis): "Masuklah kedalam istana ini." Maka ketika dia (Balqis) melihat (lantai istana), disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia menyingkap (penutup) dari kedua betisnya. Dia (Nabi Sulaiman) berkata: "Sebenarnya ini adalah lantai istana yang diperbuat dari kaca". Dia (Balqis) pun berdoa: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri. Dan aku berserah diri (memeluk Islam) bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan sekelian alam ".

Maka Islam itu adalah agama yang bermaksud berserah diri kepada Tuhan yang satu. Tuhan yang memperkenalkan diriNya kepada pelbagai kaum dalam sejarah manusia dengan nama-nama yang berbeza melalui Rasul-rasul yang didatangkan kepada kaum-kaum itu.

Takrif

Al-Quran menggunakan tiga nama apabila merujuk kepada pengikut-pengikut Nabi Musa:

1) Bani Israail
2) Ahl alkitab
3) Yahud atau Hud

Bani Israail ialah kaum atau umat dari keturunan Nabi Yaakub yang bergelar “Israail”.

Ahl alKitab (Ahli Kitab) ialah mereka yang telah diberi Kitab Allah seperti Zabur, Taurat dan Injil, sebelum Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.). Nama ini adalah khusus ditujukan kepada pengikut-pengikut Nabi Musa yang telah diberikan Taurat (Kitab Nabi Musa) dan pengikut-pengikut Nabi Isa yang telah diberikan Injil (Kitab Nabi Isa).

Dari Al-Quran (5:68);

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَسْتُمْ عَلَى شَيْءٍ حَتَّىَ تُقِيمُواْ التَّوْرَاةَ وَاْلإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم مَّا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا فَلاَ تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
[5:68] Katakanlah (Muhammad): "Wahai ahli Kitab! Kamu tidak (dikira mempunyai sesuatu ugama) sedikit pun sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil, dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (Al-Quran)". Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.

Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa kedua-dua umat yang ada pada mereka Kitab Taurat, ie orang-orang Yahudi, dan umat yang ada pada mereka Kitab Injil, ie orang-orang Nasrani (Kristian asli) kedua-duanya dipanggil “Ahl alKitab”.

Yahudi dalam bahasa Ibrani (Hebrew) ialah Yehudi atau Yehudhah yang berasal dari kaum keturunan Yehudhah (Judah) dan Bunyamin (Benjamin), kedua-duanya anak Nabi Yaakub. Keturunan 10 kaum anak-anak Nabi Yaakub yang lain telah terhapus identiti mereka disebabkan telah terpisah antara satu sama lain dan tidak tidak ada negeri tertentu yang didiami mereka sebagai pemerintah. Bagaimana pun didalam Al-Quran, Yahudi memberi makna yang berbeza.

Katakerja (Fi’il Madhi) kepada nama Yahudi itu ialah “hada” yang bermaksud “telah bertaubat dan kembali kepada jalan yang benar”. Bentuk jamaknya ialah “allazina haadu” yang bermaksud “mereka yang telah bertaubat”. Nama Yahudi ini dicipta oleh Allah dan hanya wujud selepas Taurat diturunkan kepada Nabi Musa. Sebelum itu tidak ada mana-mana umat yang dipanggil Yahudi (Jews).

Dari Al-Quran (3:65-67);

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تُحَآجُّونَ فِي إِبْرَاهِيمَ وَمَا أُنزِلَتِ التَّورَاةُ وَاْلإنجِيلُ إِلاَّ مِن بَعْدِهِ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ
[3:65] Wahai ahli Kitab! Mengapa kamu berbantah-bantahan tentang (agama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan selepas dia (Ibrahim). Apakah kamu tidak mahu menggunakan akal?

هَاأَنتُمْ هَؤُلاءِ حَاجَجْتُمْ فِيمَا لَكُم بِهِ عِلمٌ فَلِمَ تُحَآجُّونَ فِيمَا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
[3:66] Begitulah kamu! Kamu berbantah-bantahan tentang apa yang kamu ketahui (yang diterangkan Taurat), tetapi mengapa kamu tidak berbantah-bantahan juga tentang apa yang tidak kamu ketahui? dan (ingatlah), Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلاَ نَصْرَانِيًّا وَلَكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
[3:67] Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi, dan bukanlah dia seorang Nasrani, tetapi ia seorang yang lurus (tetap diatas dasar Tauhid) sebagai seorang Muslim, dan dia tidaklah termasuk dari orang-orang musyrik.

Dari Al-Quran (2:135);

وَقَالُواْ كُونُواْ هُودًا أَوْ نَصَارَى تَهْتَدُواْ قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
[2:135] dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu (pemeluk ugama) Yahudi atau Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah: "Tidak, (tetapi) Kami mengikut agama NabiIbrahim yang lurus, dan dia tidak termasuk golongan orang-orang yang syirik (mempersekutukan Tuhan)".

Dari Al-Quran (2:140);

أَمْ تَقُولُونَ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَـقَ وَيَعْقُوبَ وَالأَسْبَاطَ كَانُواْ هُودًا أَوْ نَصَارَى قُلْ أَأَنتُمْ أَعْلَمُ أَمِ اللهُ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَادَةً عِندَهُ مِنَ اللهِ وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
[2:140] "Ataukah kamu mengatakan bahawa Nabi Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah (penganut agama) Yahudi atau Nasrani?" Katakanlah: "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) daripada Allah yang ada padanya?" dan (ingatlah), Allah tidak lalai akan apa yang kamu kerjakan.

Yahudi kuno itu tidak ada kena mengena dengan bangsa yang dikatakan Hebrew atau Ibrani kerana tidak ada bukti bangsa Hebrew atau Ibrani pernah berada di Mesir pada zaman itu, dan diperhambakan.

Sebagai rumusan, semua Yahudi itu adalah dari kaum Bani Israail, tetapi bukan semua Bani Israail itu Yahudi. Bahkan, ada juga sebilangan mereka yang mengikut Nabi Musa berhijrah keluar dari Mesir itu bukan dari keturunan Nabi Yaakub tetapi bangsa-bangsa lain dari golongan Semit (bangsa Asia keturunan Sam, iaitu satu daripada tiga anak Nabi Nuh). Jadi tidak semestinya nama Yahudi itu untuk Bani Israail saja. Bangsa yang bukan daripada Bani Israil di Kana’an (pada zaman itu atau sekarang) juga berhak dengan nama Yahudi itu dengan syarat mereka menganut agama Nabi Musa iaitu percaya sepenuhnya dengan kenabian Musa dan ke esaan Allah dan juga patuh kepada Taurat yang telah diturunkan kepada Nabi Musa.

Begitu juga sebelum Injil diturunkan, tidak ada kaum yang dinamakan Nasrani (Nazarenes). Mereka sebenarnya adalah orang-orang yang percaya (penyokong) kepada Nabi Isa a.s. dan agama Tauhid yang diajarkannya, dan mereka percaya dengan Kitab Injil yang diturunkan Allah kepada Nabi Isa. Manakala agama Kristian itu tercipta hanya selepas Nabi Isa wafat, malah Kristian itu bukanlah agama Nabi Isa.

Dari Al-Quran (4:171);

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لاَ تَغْلُواْ فِي دِينِكُمْ وَلاَ تَقُولُواْ عَلَى اللهِ إِلاَّ الْحَقِّ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِّنْهُ فَئَآمِنُواْ بِاللهِ وَرُسُلِهِ وَلاَ تَقُولُواْ ثَلاَثَةٌ اْنتَهُواْ خَيْرًا لَّكُمْ إِنَّمَا اللهُ إِلَـهٌ وَاحِدٌ سُبْحَانَهُ أَن يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَات وَمَا فِي الأَرْضِ وَكَفَى بِاللهِ وَكِيلاً
[4:171] Wahai ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)! janganlah kamu melampaui batas dalam agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya al-Masih Isa Ibni Maryam itu hanya seorang utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimatNya yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (Allah, Isa, Ruhul Kudus)". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), adalah lebih baik bagi kamu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Dia daripada mempunyai anak. MilikNyalah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. dan cukuplah Allah sebagai menjadi pelindung (yang mentadbirkan sekalian makhlukNya).

Apa pun, yang pasti semasa Al-Quran itu mula diwahyukan kepada Muhammad Rasulullah (saw), belum ada orang Islam diMakkah/Madinah pada masa itu, bahkan Nabi Muhammad sendiri belum lagi Islam. Jadi, Al-Quran itu sebenarnya diturunkan untuk siapa? Ya! sudah tentunya untuk semua manusia, yang sudah tentunya waktu itu belum Islam, tetapi cuma ada Yahudi dan Nasrani (tidak termasuk Kristian sebab Al-Quran tidak ada menyebut tentang penganut agama itu) dan penyembah-penyembah berhala. Dan Allah menggunakan perkataan Arab "Allah" yang dimaksudkan "Tuhan yang satu" kerana penyampaian Al-Quran itu kebetulan dalam bahasa Arab. Jadi? aaah...kalian fikirlah sendiri ek?

1 comment:

Lady Mia said...

KABAR BAIK!!!

Nama saya Aris Mia, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman sangat berhati-hati, karena ada penipuan di mana-mana, mereka akan mengirim dokumen perjanjian palsu untuk Anda dan mereka akan mengatakan tidak ada pembayaran dimuka, tetapi mereka adalah orang-orang iseng, karena mereka kemudian akan meminta untuk pembayaran biaya lisensi dan biaya transfer, sehingga hati-hati dari mereka penipuan Perusahaan Pinjaman.

Beberapa bulan yang lalu saya tegang finansial dan putus asa, saya telah tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman online. Saya hampir kehilangan harapan sampai Tuhan digunakan teman saya yang merujuk saya ke pemberi pinjaman sangat handal disebut Ibu Cynthia, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari Rp800,000,000 (800 juta) dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres dan tingkat bunga hanya 2%.

Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya diterapkan, telah dikirim langsung ke rekening bank saya tanpa penundaan.

Karena saya berjanji bahwa saya akan membagikan kabar baik, sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan menghubungi dia melalui email nyata: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com dan oleh kasih karunia Allah ia tidak akan pernah mengecewakan Anda dalam mendapatkan pinjaman jika Anda menuruti perintahnya.

Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: ladymia383@gmail.com dan Sety yang memperkenalkan dan bercerita tentang Ibu Cynthia, dia juga mendapat pinjaman baru dari Ibu Cynthia, Anda juga dapat menghubungi dia melalui email-nya: arissetymin@gmail.com sekarang, semua akan saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya bahwa saya kirim langsung ke rekening mereka bulanan.

Sebuah kata yang cukup untuk bijaksana.

Linkwithin