Tuesday, May 26, 2009

AMK tubuh jentera pilihan raya

Bang Eric


BOTA KANAN - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parit melancarkan jentera pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota yang dianggotai seramai 200 ahli AMK.

Setiausaha AMK Perak dan Bahagian Parit, Eric Khor berkata, penubuhan jentera pilihan raya itu bertujuan untuk melakukan khidmat masyarakat.

Menurutnya, jentera pilihan raya itu bukan hanya bertugas pada waktu pilihan raya sahaja tetapi juga berkhidmat untuk masyarakat sekitar terutama di kawasan Bota.

“Jentera ini juga diwujudkan sebagai satu pendekatan rasmi kepada untuk penduduk Bota bagi mengadu masalah yang dihadapi oleh mereka.

“Jentera pilihan raya yang terdiri daripada 200 ahli AMK ini akan mencari alternatif bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Eric berkata, dengan rampasan kuasa yang berlaku di Perak sekarang ini, rakyat Perak tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah yang dihadapi mereka.

“Dengan itu, AMK cuba mencari jalan bagi membantu masyarakat yang mempunyai masalah dengan menubuhkan jentera pilihan raya ini.

“Sama ada DUN akan dibubarkan atau tidak, kami tetap akan menggerakkan jentera pilihan raya ini untuk membantu masyarakat,” katanya.

Menurutnya, khidmat masyarakat yang dijalakan oleh AMK sudah lama bergerak sejak Pakatan Rakyat menang untuk pilihan raya lepas.

“Dahulu semasa PR memerintah kami menubuhkan penyelia DUN yang bertujuan untuk mendengar serta membantu masalah rakyat.

“Tetapi apabila rampasan kuasa berlaku, kami terpaksa menggerakkan khidmat masyarakat ini dengan lebih agresif lagi bagi membantu masyarakat,” katanya.

Eric berkata, bermula 25 Mei lalu, AMK mengedarkan risalah yang mempunyai gambar Timbalan Ketua AMK Perak, Faizal Effendi Hashim dan juga Exconya untuk pengetahuan umum.

“Risalah berkenaan mengandungi maklumat tentang khidmat masyarakat yang akan kami jalankan serta kepada siapa mereka boleh hubungi bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.

“Kami juga menyeru kepada pemuda yang berminat untuk menyertai jentera pilihan raya AMK ini agar dapat menghubungi kami di talian 017-5856728,” katanya.

1 comment:

cposawit said...

Tuan, Thaniah atas usaha tidak mengira masa, keikhlasan AMK Bota pasti akan mendapat kejayaan besar

Linkwithin