Monday, April 27, 2009

Rentap Habis




Oleh:Wartawan TBO Msinc

Kelab veteran Kampong Telok Bakong akan mengadakan suatu temasya bolasepak pada 3 hb Mei ini.Ianya bertujuan untuk mengeratkan talian silaturahim dikalangan penduduk serta untuk menggalakan penduduk menjaga kesihatan dan melakukan aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang.Ianya juga adalah untuk menyuburkan sifat kooperatif dan keativiti.Penganjuran Temasya “Rentap Habis “ ini telah mendapat kerjasama dari ketiga tiga kampong di dalam Kg Telok Bakong.Diharapkan anak tempatan di rantauan dapat meluangkan sedikit masa untuk menyertai atau menyaksikan program yang ulung ulung kali diadakan ini.Sekiranya temasya kali ini mendapat sambutan,ianya akan diadakan lagi pada tahun tahun akan datang. Sumbangan dari anda semua amat diharapkan bagi menjayakan aktiviti ini.



Perlawanan Bolasepak 11 sebelah 3 kampong.

Tarikh : 3hb Mei 2009 Masa : 3.30ptg

Tempat : Padang Koba (Belakang Masjid Shukuriah)

Pengurus Pasukan

1. Kampong Paloh : Pendek Salak h/p 0125629591

2. Kg Telok Bakong Tengah : Lan Karim h/p 0194967014

3. Padang Marhum : Am Hassan h/p 019 4966927


Syarat syarat pertandingan.

1.Pemain mestilah penduduk didalam kawasan kampong.Tiada permain import.
2.Pemain mestilah berumur 30 tahun keatas.
3.Satu pasukan tidak lebih dari 15 orang.
4.Wang peryertaan sebanyak RM 60.00 mesti dijelaskan sehari sebelum perlawanan,bersama dengan senarai nama pemain.(jika ada pemain yang tidak dapat hadir boleh diganti dan dimaklumkan kepada urusetia).
5.Setiap pemain dimestikan membawa kain pelekat atau kain batik.(ini ganti jersi ler nak bezakan pasukan nanti salah nganto bola pulak hehehe)

Peraturan Permainan

1.Setiap pemain tidak dibenarkan memakai kasut
2.Setiap permain diwajib memakai kain dibawah paras lutut,penjaga gol hendaklah sampai paras kain.Jika pemain menarik kain hingga keatas lutut akan dikira foul/batal.(kalau aku buang daerah hehe)
3.Setiap pemain dibenar membuat pertukaran tanpa had.Yang sudah keluar boleh masuk semula.(deme cepat pancit kome)
4.Pertandingan berlangsung 40 minit,separuh masa 20 minit
5.Undian perlawanan dan permakaian kain akan diundi pada hari perlawanan.
6.Perlawanan akan dijalanan secara liga ( satu pasukan ada dua perlawanan).
7.Kemenangan dikira dari kiraan mata : menang 2 mata, seri 1 mata.
8.Undian akan dijalankan pada 3.30 petang 3 hb Mei 2009.
Hadiah

Hadiah bergantung kepada pendapatan penyertaan dan sumbangan orang ramai.

Semua Bini - Bini pemain jangan marah kalau kain kotor atau koyak,kira halal jer kain tu..wakaka..


Msinc-TBO akan membuat liputan esklusif pada hari tersebut…tunggu…

No comments:

Linkwithin