Monday, April 27, 2009
Nik Abduh, Jangan buat kenyataan bodoh !
A.M NURUDEEN @TELOKBAKONG.COM
27.04.09
Membaca artikel Ustaz Nik Abduh bertajuk ' kerja - kerja bodoh didalam Pas ' amat memualkan .
http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/
Tulisan yang penuh sangkaan buruk dan penuh dendam . Setelah keberangkatan TGNA melakukan umrah puteranya meluah amarah . Kononnya ayahanda TGNA mangsa ' penasihat - penasihat yang sesat pekerjaan disisi Tuhan .
Nik Abduh berkata ;
Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!
Nik Abduh berkata lagi ;
Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!
OOHH..rupa - rupanya Nik Abduh menyalahkan penasihat TGNA kerana berbohong tentang maksud unity goverment .Beliau mendakwa kenyataan TGHH telah dimanipulasi oleh pihak tertentu .
Kita bertanya kepada putera TGNA ini, apakah begitu lemah MB Kelantan hingga mudah diperbodohkan oleh 'penasihat ' beliau. Apakah putera TGNA mahu menjelaskan secara berselindung bahawa ayahandanya sudah dibonekakan ?
Nik Abduh menyerang lagi ;
Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?
Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.
Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.
wahh..bukan main lagi hebatnya putera TGNA ini sudah berani memberikan peluru kepada musuh . Dulu kisah erdogan,Prolib dan pelbagai lagi .Apakah niat beliau mahu melihat Pas benar - benar berpecah belah ?.
Kini muncul pula gelaran ' mi celup ' , ulama mini , kita katakan baguslah jika keturunan putera TGNA adalah agamawan semuanya .
Tetapi janganlah sampai merendahkan sumbangan orang lain ! .Buangkanlah hasad dengki .
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Aku setuju Nik Abduh
elok semua ahli pas p mengaji semula terutama utz mi celup...
sebab yang ada lani d kelantan semuanye uTZ me celup, kecuali Nik abduh aje utz benaran..sebab iman tak bolih d warisi
Pilihan Rakyat adalah Pakatan Rakyat,
bukan Pakatan UMNO-PAS.
itu hanya helah UMNO untuk menarik sokongan, tapi jika mereka menang besar. Lihatlah...
Regards,
GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/
Alahai....aku ingat melayu jer mcm mie celup, ustz pun ade mie celup.
Mie celup ni istilah mmg sedap dimakan. Lagi satu ni nk tanya gak yg Hj Nizar dok kate manifesto PAS tidak ade hasrat nak menubuhkan kerajaan ISLAM ni ape ke hal nyer??
Mmg takde ke dlm kitab PAS?? Ayatnya selalu kluar dari mulut nk tubuhkan kerajaan ISLAM dan bukan ISLAM HADRI mcm Pak Lah yg dh kalah tu.
Adakah ini pun satu lagi mie celup gak ker??? Atau mie sup??
Sabda RASULULLAH S.A.W :
IMAN SESEORANG HAMBA ALLAH TIDAK AKAN LURUS SEBELUM HATINYA LURUS DAN HATINYA TIDAK AKAN LURUS SEBELUM LIDAHNYA LURUS.
Hadis Riwayat AHMAD.
Sekarang ni kita boleh lihat siapa yang sebenarnya berjuang kerana AGAMA, BANGSA dan NEGARA. Dari hadis diatas marilah kita renungkan sedalam dalamnya adakah pihak pembankang terutama PAS yang kononnya memperjuangkan agama yang LURUS, adakah Nik Aziz (MURSYIDUL AM PAS) mempunyai IMAN YANG LURUS sehingga LAYAK DIGELARKAN ULAMAK?????… NIZAR Suruhan DAP dan ANU-WAR ALJUBURI serta beberapa Para Pemimpin PAS yang mengunakan AGAMA untuk mendapat kuasa, pangkat dan kekayaan sehingga sanggup menghina sesama Islam mempunyai IMAN YANG LURUS…
Marilah kita sama-sama renungkan….
Assalamualaikum wbt.
Saya setuju dengan Nik Abduh. Dia manceritakan yang TGNA diterangkan dengan salah oleh para pembantunya berkenaan idea Unity Government (UG) yang dibawa oleh TG Haji Abdul Hadi.
Diterangkan oleh pembantunya bukan bermakna dia diperalatkan (atau dibonekakan) oleh pembantunya. Semestinya TGNA sangat sibuk, sangat banyak urusan yang tidak memungkinkan beliau untuk mendalami setiap isu yang berlaku di sekitar beliau dengan sendirinya. Maka saya yakin, TGNA selalu merujuk kepada pembantunya terutamanya bila ada isu-isu yang timbul.
Dan kepada perak, cuba anda dengar betul2 kenyataan YB Nizar.
"Tidak ada transkrip bertulis yang mengatakan DASAR Pas ialah untuk menubuhkan Negara Islam"
Memang benar pun kenyataan ini.
Dasar Pas ialah Islam.
Seruan Pas ialah Allahuakbar.
Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.
-sumber: wikipedia
Jadi di mana perkataan "Negara Islam" tersebut?
Itulah namanya bijak bermain bahasa... Oleh orang bijak, untuk orang bijak.
Maaf jika terasa
kesian tengok rajawali, pandai mengata orang lain tetapi diri sendiri yang kena. alahai pencacai ameno. beri komen kat blog penyokong pr konon.
"Tulisan yang penuh sangkaan buruk dan.....".
Ya, saya setuju dgn Tuan penulis. Tapi bukan pada Ust. Nik Abduh, pada penulis sendiri.
Tak tau lh saya, mungkin penulis lebih rapat dgn org2 kt Kelantan berbanding dari Ust. Nik Abduh sendiri..ye tak!
Saya faham tulisan nik abduh, tepat pada masanya.
Orang/blogger lain boleh serang terang-terang ketokohan TGHH, TGNA dan Ustaz Nasha. Nik Abduh hanya menamakan dalam bentuk umum, bukan seseorang itu.
Sebagaimana TGHH juga, tapi orang yang menyerang orang di sekeliling TGHH ni siap menamakan contohnya Mustafa Ali atau Abdul Mutalib.
Saya memahami perasaan seorang anak yang pedih melihat pembantu-pembantu ayah yang tidak menjalankan amanah dalam menyampaikan maklumat.
Post a Comment